Selasa, 11 Disember 2012

PAVLOVA ....

PAVLOVA...

mendengar namanya sahaja buat kita tertanya2... yupss org dah banyak dh buat saya baru nak buat..
saya ni elergik sikit kalu menda menlibatkan telur putih ni.. bukan alergik apa sbb kadang2 nak mengasing kuning n putih tu memang remeh.. dah la sensitif yang amat.. tapi kali ni nekad

resepi di ambik dari CIK MAT GEBU.. thanks cik mat

 ni versi CIK MAT GEBU

Bahan-bahan:-
150 gm putih telur ( anggaran 4 biji)
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
whipping cream secukupnya dan buah2an segar


ni bulatan saiz 9cm 

Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 150C , sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel dan terbalikkan
2. Putar putih telur sehingga berbuih dan masukkan gula kastor sedikit deme sedikit pukul hingga kental dan berkilat
3. masukkan tepung jagung dan cuka ... kacau teknik kaup balik menggunakan spatula sahaja.. masukkan dalam piping bag dengan nozel saiz 9 ..paipkan bulatan mengikut saiz yang dilukis
4. turunkan suhu oven 120C dan bakar selama 1 jam 20 minit. sejukkan dan paipkan whipping cream serta susun buah2an kesukaan anda





Ni versi aku:

bahan-bahan:-\
 telur putih 75gm ( anggarn 3 biji saiz C)
1/2 cawan gula kastor
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/4 sudu teh esen vanila

dengan menggunakan teknik yang sama aku dapat hasilkan 5 biji pavlova bersaiz 9cm dengan mata nozel bentuk bintang saiz no 4

aku just bakar selama 90 minit sahaja...
 :)

crust aku yg xberaapa menarik tapi memang rasa terbaik... wah puji diri sendiri..kuikui




Jumaat, 23 November 2012

RESEPI CREPE DURIAN atau LEMPENG DURIAN

salam and salute!!
wah berzaman xupdate entri bukan sebab busy sangat tapi malas sangat...kuikui
so arini dengan hujan mencurah-curah dan mood baik punyaa maka entri permulaan untuk bulan ini menyusul...dan maybe akan terus menyusul mengikut mood kerajinan tertentu...
ok start entri dengan CREPE DURIAN/ DURIAN CREPE kalau melayunya lempeng durian tapi telah di inovasikan dan di westernkan...konon sebut lempeng tu sedap maka di ubah kepada CREPE ok modernlah sangat..


banyak resepi crepe durian punya kulit kan? tapi resepi asal sebenarnya menggunakan 7 jenis tepung.. ada yg guna tepung gandum jea kan?..kalu guna tepung gandum kulit rasa liat2 sikit... ikut lah nak guna resepi mana pon.. ni resepi terbaek xmelekat ...xyahlah nak kondem resepi orang lain nk guna 2 jenis ke , 3 jenis ke 10 jenis bergantung pada selera masing... kat sini 4 jenis tepung jea saya gunakan dan mengikut firasat lidah dah otak saya ini yg terbaik pernah saya rasa..depends pada selera anda ok..

so tanpa melengahkan masa jom start:

20gm tepung gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tepung kastard
-10gm tepung jagung
-1 biji telur
-1 sdb myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning ( leh ikut kehendak sendiri nk warna apa)

-masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat just tambah air sikit..
-boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih2 tu..dulu
untuk elakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
-ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkt..tk perlu terbalikkn masa angkat tu

FILLING..
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)

-kalau nak manis sikit leh tambah sesudu gula isi dan dipukul bersama
-isi durian/rambutan/.strawbeyr/,kastard, coklat dll

letakkan fresh cream- isi durian dan fresh cream semula. lipat macam kita uat murtabak mini..

ok done

happy cooking ;)





http://www.emocutez.com layan time hujan memang best

Rabu, 7 Mac 2012

Getuk Ubi Kayu dan Sambal Kicap



Getuk ubi kayu atau jugak di sebut kepal ubi... resepi ini hasil carian dari my resepi...
thanks pada yang sudi share...

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan ubi kayu yg di rebus dan di lenyek
1/2  cawan gula
 1  cawan kelapa parut
1/2 sudu garam

BAHAN BATTER:-

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 Cawan Air
garam
perwarna kuning atau kunyit



CARA-CARA:-

1. Ubi kayu yang di direbus di lenyek
2. Masukkan bahan2 lain gaul sekata
3. Bulat2 kan dan celup dengan Batter serta goreng

BATTER;
campur semua bahan dan masukkan sedikit demi sedikit air...celup getuk dan goreng

SAMBAL KICAP:-

15 biji cili padi 
3 ulas bawang putih
1 sudu gula
3 sudu kicap pekat

1. Tumbuk cili padi dan bawang putih
2. masukkan bahan lain dan kacau sebati
3. sedia untuk dihidangkan
http://www.emocutez.comselamat mencuba....

Homemade Nugget Ayam


entri lama dalam draf:- lupa pula nak publish..
resepi ini hasil dari carian dan jumpa di blog kak JUWITA FARIZ

so meh la kita lihat cara2nya...



BAHAN-BAHAN

400g isi ayam
100g Bread crumbs
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu lada sulah
1/2 sudu garam
2 sudu besar mayonis
1 sudu lada itam- ditumbuk emi tambah

* untuk kulit sebiji telur dan breadcrumbs




CARA-CARANYA:-

1. kisar isi ayam smpai hancur
2. masukkan bahan-bahan lain dan terus kisar if kering tambah mayonis
3. Siap dan bentukkan dengan bentk yg di sukai
4. gelekkan dengan breadcrumbs dan celup telur serta gelek sekali lagi ngan bread crumb
5. Goreng dan sediakan

:P selamat mencuba
http://www.emocutez.com

Ahad, 26 Februari 2012

Agar-Agar Pelangi


Resepi asal : Buku Resepi Pn Asmah Laili
Sumber : Rozzan

BAHAN-BAHAN A:

20gm serbuk agar-agar
1725ml air
340gm gula 
8 helai daun pandan

BAHAN B

20gm serbuk agar-agar
1725ml santan ( emi guna 1 kotak susu UHT 150ml, 1tin susu cair 170ml, 1 kotak santan 200ml + air selebihnya)
340 gm gula
8 helai daun pandan

BAHAN C
*Loyang
*pewarna pilihan... ungu,pink,kuning,hijau

CARANYA:-

sediakan 2 periuk untuk memasak bahan A dan bahan B
kacau bagi semuanya larut dan mendidih
sediakan loyang basahkan sedikit ngan air
ambik 1 cawan agar2 santan dan titik dengan pewarna pilihan
sejukkan sedikit...bagi keras sedikit je jgn keras sangat
kemudian 1 cawan agar2 kosong dan titik ngan pewarna pilihan juga...
buat seterusnya
santan,jarang, santan, jarang sampai habis...

http://www.emocutez.comselamat mencuba

Selasa, 21 Februari 2012

Nasi Goreng Kerabu

Hari ini masak sesimple yang boleh jea...taram p la..campak2 okay done... senang jea...
so moh la kita tengok resepinya


100gm isi ayam
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih - diketuk
4 cawan nasi putih - yang telah direlai2kan
100 gm kacang panjang- dipotong halus
1 batang serai- dipotong halus
1 batang bunga kantan -dipotong halus
kobis secukupnya
2 helai daun limau purut
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 sudu sos tiram

*panaskan minyak dalam kuali
*masukkan bawang putih goreng garing dan naik bau
* masukkan ayam dan tumis hingga masak
*masukkan sos tiram
* masukkan nasi dan goreng hingga masak
* perasakan dengan garam secukupnya
*masukkan cili padi, bunga kantan, serai dan daun limau purut- kacau sebati
*akhir sekali masukkan kacang panjang dan kubis
*kacau sebentar dan ready untuk dihidangkan

hidang bersama telur mata kerbau dan hirisan timun serta tomato

http://www.emocutez.comP/S: cara untuk mengetahui nasi goreng tu dah masak ke belum dengan cara bila kita goreng nasi tu dari berat menjadi ringan...ehehhe petua ni mak saya yang kasi sebab barulah nasi kita tahan lama dan tak cepat basi..sekian

Talam Roti 3 in 1 atau Talam Roti Paun


Resepi Asal : Chef Asmah
Sumber: Kak Ita masam manis

LAPISAN BAWAH: 

4 Keping roti Butterscotch- resepi asal roti putih  ( emi pakai roti butterscotch)
3 keping roti choco Raisin- resepi asal roti putih ( emi pakai roti putih)
1 biji telur
1/4 cawan gula kastor/ halus
100ml santan
secubit garam
125 ml air
1/4 sudu esen vanilla
1 sudu serbuk koko vanhaounten- emi tambah

CARA-CARANYA:
* Panas Kukusan di atas dapur
*sediakan loyang 8 inci
*oleskan loyang dengan sedikit minyak makan dan lapik plastik putih di atas loyang juga oleskan plastik dengan minyak makan

* carikkan roti kecil2 dan ketepikan- emi asingkan roti putih dengan roti butterscotch
*satukan semua bahan KECUALI serbuk coklat dan kacau dengan whisker
*bahagikan kepada 2 bahagian- 1 bahagian rendam roti butterscotch 1 bahagian lagi masukkan serbuk coklat dan kacau baru rendamkan roti putih.
* rendam selama 30 minit sehingga semua adunan serap kedalam roti dan roti jadi lembut.
*masukkan adunan kedalam loyang secara berselang seli roti butterscotch dan roti coklat
* tutup adunan dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit

P/s: emi just tutup penutup dengan kain. supaya air xmasuk kedalam adunan

sementara tunggu adunan masak kita masak adunan tengah pula

LAPISAN TENGAH

1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1 biji telur
secubit garam
100ml santan pekat
100ml air ( digunakan untuk blend daun pandan)
sedikit pes pandan- emi tak letak pun tapi gantikan dengan 4 helai daun pandan diblend dengan 100ml air tadi. tapis dan ketepikan
sedikit pewarna hijau

*Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang perlahan..
* kacau sehingga adunan tak terlalu pekat tak terlalu cair anggaran cair susu pekat jea
*tutup api

*keluarkan adunan lapisan bawah dari periuk kukusan lap sedikit air dengan tuala yang bersih..tekap2kan je supaya tiada air diatas puding roti
* cakarkan dengan garpu diatas permukaan roti supaya adunan lapisan tengah melekap dengan baik
*tuang adunan lapisan tengah dan sambung kukus selama 25 minit lagi
* sementara tunggu adunan tengah masak kita sediakan adunan  atas pulak

LAPISAN ATAS:
Bahan-bahan
1/4 cawan tepung kastard
1/4 cawan gula halus / kastor
secubit garam
2biji telur
100ml santan pekat
100ml air
Pewarna kuning - optional xletak pun xpe

* seperti cara untuk sediakan lapisan tengah
*masak di atas api kecil
*anggaran kepekatan susu pekat jea
*Angkat adunan di atas priuk kukus dan cakar pemukaan dengan garpu
*tuang aduanan lapisan atas kedalam loyang dan sambung kukus selama 30 minit

* tutup api dan biarkan adunan betul2 sejuk sebelum di keluarkan dari loyang
dan baru di potong dengan menggunakan pisau plastik yang dioles sedikit dengan minyak masak bagi membuatkan talam yang dipotong kelihatan lebih cantik

http://www.emocutez.comSelamat mencuba..memnag tak rugi cuba sangat sedap dan senang.. rasanya seperti anda makan puding roti bersama kuih talam dan juga puding kastard 3 in 1

Jumaat, 17 Februari 2012

DONUT YOGURT

 Assalamualaikum and selamat petang...

okeh kali ini resepi donut paling simple dan senang...xperlu uli bagai just masukkan bahan-bahan kacau sat then leh terus goreng..xperlu nak berbagai tunggu kembang...
so jom lets check it out

resepi asal dari : Video Jug

500gm tepung gandum
2 sudu baking powder
1sudu soda bikarbonat
1/4 sudu garam
250ml plain yogurt
45gm butter cair
2 biji telur
170gm gula
1 sudu esen vanilla


Resepi asal : VideoJug
Sumber: izahdaut


resepi izah lebih sikit adunannya..separuh jea tapi izzah menggunakan yis menggantikan soda dan baking powder...

250gm tepung
125ml plain yogurt- emi guna campuran buah2an punya yogurt
80gm ( 3 sudu besar gula)
1 sudu besar yis (larutkan dengan sedikit air suam
1/2 sudu garam
20gm butter cair
1/2 sudu baking powder
1 biji telur

CARA-CARANYA:-

*pukul telur dan gula hingga sedikit kembang ( berubah jadi warna pucat)
*masukkan yogurt, butter cair dan yis
*dalam bekas lain satukan tepung, garam dan baking powder
*masukkan campuran tepung kedalam campuran telur
* kacau menggunakan senduk jea
* tabur sedikit tepung diatas tapak tangan dan ambik sedikit bancuhan tekapkan menjadi donut
* buat adunan keil-kecil jea sebab adunan akan naik 2 kali ganda

http://www.emocutez.com

Agar-agar tembikai

 resepi agar-agar kali ni agak menarik untyuk dicuba...sangat sedap dan menepati selera anak tekak kami...
resepi ni emi kopipes dari blog kak ita masam manis jea...



1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm)
2 keping roti gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (kurangkan kalau x suka manis) ita letak 1 1/4 cwn- emi just letak 1 cawan jea tu pun manis sangat dah rasa
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau- dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)- emi guna cincau  untuk agar2 merah dan biji bijan untuk agar-agar kuning...
*kalo takde cincau, ambik sikit agar2 tu, warnakan hitam, bila beku, potong kecik2 

Rebus agar2 ngan air..
Bila sudah larut masukkan gula..
Apabila mendidih masukkan mentega..
Kemudian masukkan susu..
Ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
Kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata...
Dlm bekas lain bubuh sedikit warna hijau..masuk ke dalam loyang...jangan banyak sangat cukup untuk buat kulit dia je...biar beku skit je jangan beku sangat nnt x melekat pulak bila bubuh warna lain..
Lepas tu letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih pulak...biar beku sedikit..
Kemudian letak adunan warna merah pulak...
Tabur cincau untuk buat biji tembikai..biar beku betul2...sedap dimakan sejuk2.....
 memang sangat sedap
http://www.emocutez.comsekian

Rabu, 15 Februari 2012

PAPA ROTI or MEXICO BUN

adunan dah kembang
ready untuk di bakar
hasilnya


Hari ini cuba lak resepi baru.... lama nak cuba..teringin nak cuba...lagipun bila ke tesco selalu singgah beli Papa roti  rm 2.00 sebiji..makan panas2 lagi sedap...

resepi ni emi ambik dari Facebook masakan JOM MASAK...banyak resepi dan tips berguna dari situ..so ada yang emi ubah sikit2...eheee

bawah ni resepi asal dari situ emi kopipes jea la..

Bahan Inti:

200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang
*2sdb peanutbutter-jm tmbah.. - emi letak pon...

Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen+gula perang. Pukul sebati..Simpan dlmm bekas bertutup dalam peti ais..
*Jm guna whisk je..- sama lah kita pun..guna whisk
*Jm tk simpan..terus buat.. - pon sama bagi sejuk jea sikit...

Topping: 

100gm mentega
80 gm gula icing @ gula halus)
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas
*JM guna emulco kopi.. 1sdb - tak letak pon
100 gm tepung gandum

Cara membuatnya:

Putar mentega medium speed 5 minit.Masukkan telur, gula icing dan kopi segera. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. simpan dalam peti ais sehingga sedia untuk digunakan.
*JM tk ayak tpg n tk simpan peti pun..- oakay yg ni pon sama

Doh Roti
500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak - emi guna tepung gandum
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener (optional) - letak shortening je dua2 bahan ni xguna
20 gm susu tepung
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul
*JM guna shortening..sbb takder bread softener- ok sama

250 ml air/ susu segar (kalau guna susu tkperlu guna ssu tpg)
60 gm mentega

Cara membuatnya:

1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

2. Masukkan telur dan air & susu segar.

3. Uli doh.. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @shingga licin..
4. Bahagikan doh mengikut suka besar mana..

5. Letakkan inti..tutp semula mcm wat pau..

6. Susun di atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.

7. Rehatkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba..@ tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain..agar doh dapat haba..

8. Sementara tu, keluarkan topping dari peti ais dn masukkn dlm piping bag..toppingkan pda roti yg dah naik..

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau bun keperangan.Letakkan loyang pada medium pan..(tgh oven)..

sekian

P/s = jarak kan roti ni jauh2 yea...kalu Avon kecil tu letak 4 biji jea sekali masak


Bubur Som Som


hujan2 ni bestkan makan sesuatu yang sejuk dan manis...
pemanis kali ini emi share ngan kome yang suka sesuatu yang baru...
nak kata baru xde la..ni dulu masak kecik2 mak emi selalu pon buat..xde pun letak lam acuan bagai...
just keraskan lam kuali dan ceduk ngan sudip seorang sesudip...ehehe
nama pun reformasi (betul ke) nak kreatif aje... ate bosan la asik warna hijau xpun putih..so kita ubah dulu...yehaaaa,....

BAHAN-BAHAN:-
100gm tepung jagung
100gm tepung beras
100ml air pandan ( 100ml air blend dengan 4 keping daun pandan  atau 100ml air +pes pandan
1600ml santan ( 500ml santan KARA +  air)
1sk garam
Pewarna pilihan (hijau,kuning dan pink)

CARA-CARANYA:-
masukkan semua dalam kuali kecuali pewarna
masak sehingga pekat sampai adunan meletup2..ehehe
bahagikan 3 bekas dan warnakan
grisskan  minyak pada acuan dan tuang kedalam acuan
sejukkan 

Air Gula Merah
1000ml air
500gm gula merah
2 helai daun pandan
1 sudu gula ( emi tambah)

*Masak sehingga larut semua gula
*tapiskan gula
*tuang kedalam bubur yang sudah siap
*sedia untuk dinikmati
http://www.emocutez.comp/s : kalau nak sejuk masukkan beberapa ketul ais kedalam bubur..perghhh nikmat sejuk2...ehehe

Aiskrim Goreng


ini paling simple sekali tapi sangat menarik...budak kecil pasti suka apatah lagi yang dewasa..dalam nya sangat sejuk luar sangat rapuh..

jom kita share resepi kat sini

BAHAN-BAHAN:-

6 keping roti Gardenia ( akan dapat 3 ketul )
Aiskrim  3 Scoop ( apa-apa pun perisa)
Acuan tekan ( tupperware or mug pon boleh)
Plastik untuk masukkan aiskrim yg sudah siap

CARA-CARANYA:-

ambik sekeping roti Gardenia letakkan aiskrim dan ambik sekeping lagi (ala-ala sandwich)
tekan acuan di tengah2 - tekan sampai roti putus dari asal
picit sikit supaya aiskrim  tak keluar
masukkan dalam plastik dan simpan semalaman

CARA GORENG:-
* Bila aiskrim dah beku semalamam
* Panaskan minyak masak (betul2 panas)
* Masukkan aiskrim dan bilang 1 2 3 secara laju2...eheheee dan angkat
* jgn lama2 nnti aiskrim cair... cukup roti je masak
* sekian............

Khamis, 2 Februari 2012

Kuih keria sira a.k.a kuih gelang

salam semua.. petang ni emi buat simple jea..kuih tradisional... sedap jugak pekena time hujan camni kan...so jemputla menjamu mata dengan kuih keria sira
 rasanya yang ni tak perlu resepi kot... semua org tahu buat..emi pun tak guna sukatan.. main ambik jea... sebab semuanya main rasa-rasa..tak reti nak guna sukatan...
buat bulat2 adunan yang siap

jadikan seperti bentuk gelang
Goreng hingga masak

 maybe dalam google banyak resepi2 macam ni..so boleh la mencuba mengoogle dengan pakcik  google yea,,,


 sebelum di masak dengan air gula

 masak dengan air gula hingga perang

 

 ready untuk dimakan

TIPS:~ gunakan sedikit jea tepung, masa nak proses membuat lubang pada kuih keria ni letak sedikit tepung di tapak tangan supaya tidak melekat

http://www.emocutez.comselamat menjamu selera

Garlic Roll or Garlic Bread


Hari ini langit cerah..sangat cerah.. balik dari kerja pergi cari 2 3 barang yang masih tiada di dapur..niat nak buat Garlic Roll ni dah lama di pendam... hari ni mesti di tunaikan juga..

so bermula lah sesi pencarian resepi.. jumpa blog SUHAINA blogger masakan dari Singapura kalu tak silap cari dan cari lagi tengok AZITA masam manis pun dah buat katanya sedap

Tanpa membuang masa dan waktu ehehee terus la buat apa yang di hajati


emi ikut kak Azita punya resepi...senang dan sedap..maybe boleh jadi makanan kegemaran en suami la pasni..memang en suami sekejap2 cilok 1 2 ketul sambil tengok tv ...ehehe...


BAHAN-BAHANNYA:-

untuk roti

3 cawan tepung gandum ~ emi guna tepung roti (high protein)
1 sudu besar yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air suam - emi guna 2 1/4 cawan 
2/ 3 sudu olive oil - emi guna 2 sudu minyak jagung



nak cerita panjang2 pun xberapa nak mahir lam berbahasa ni..

CARA-CARANYA:-
masukkan semua bahan kedalam bekas kecuali minyak
uli adunan hingga menjadi doh yang elastik
akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh
tutup dengan kain lembab 
simpan selama 30 minit hingga menjadi 2 kali ganda dari doh asal
sambil tunggu doh naik kita buat butter garlic



ni bancuhan untuk sediakan garlic Butter

BAHAN-BAHAN Butter Garlic:-

50 gm salted butter
2 pokok daun ketumbar
secubit garam
1 sudu lada hitam kisar

garlic yang telah di cincang lumat-lumat menggunakan chopper jenama cosway (haha promote sat)

CARA-CARANYA:-

* biarkan butter cair dalam suhu bilik
*masukkan semua dalam mangkuk dan kacau hingga sebati
Hasilnya menjadi garlic butter

UNTUK GULUNGAN:-

* Doh yang naik 2 kali ganda di tumbuk2 untuk membuang angin
* bahagikan kepada 2 bahagian
* kalau nak tempat timbang sama banyak
*canaikan doh dan sapu garlic butter
*gulung adunan dan potong 4 ~ emi potong 6 sebab nak masukkan dalam aluminium foil pembakar je
*buat juga yang sama
* susun dalm dulang pembakar dan sapu lebihan garlic 
* tabur bijan dan bakar pada suhu 180darjah selama 30 minit
sapu di atas doh yang di canaikan

gulung adunan untuk membuat roll



masuk dalam dulang pembakar dan lebihan butter garlic di sapu ke atas roti 

sedia untuk di bakar

TIPS:~ jentik bawah adunan roti untuk mengetahui samada roti dah masak . bunyi kosong menandakan adunan masak dengan sempurna - Chef wan

 Tadaa...  


http://www.emocutez.comselamat mencuba