Khamis, 29 Disember 2011

Resepi: Dadar Durian

DADAR DURIAN

salam n salute;

menu petang ni adalah dadar durian... so mari kita tengok resepinya:

UNTUK KULIT:

3 biji telur (di pukul ringan)
100 gm tepung gandum
1/4 sudu garam
250ml susu segar
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu mentega cair

cara-caranya:

pukul telur dan masukkan semua bahan lain....tapis dan sediakan kuali non stick
panaskan kuali dan ceduk 3 /4 sudu bancuhan dan masak diatas api yang perlahan
terbalikan kulit yang di bawah untuk diletakkan inti



bancuhan tepung





sedang di masak

inti kastard durian

BAHAN INTI:-

100gm isi durian
250ml susu
2 sudu tepung jagung/ kastard
1/4 garam
2 sudu besar gula

Cara-caranya:

*susu di masak atas api bersama tepung kastard. kacau hingga sebati, masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga likat.
* angkat dan sejukkan
*ceduk 2 sudu dan letak di atas kulit sedia untuk di gulung


untuk proses mengulung

tadaaaa....macam-macam bentuk
penuh ngan inti..nyummm



http://www.emocutez.commencuba pelbagai resepi baru...credit to kak wan

Selasa, 27 Disember 2011

Cucur Kari Mee Maggie

Cucur Kari Mee Maggie



petang ni menu paling simple dan mudah....campak itu ini siap....ehehehe

RESEPINYA:-

1 Bungkus mee maggi perisa kari ( di rendam dengan air panas) * jgn rebus nannti lembik
1 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 sudu serbuk kari + perencah mee maggie kari
daun bawang + daun sup
air
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
minyak untuk mengoreng

CARA_CARANYA:-

1. rendam mee maggi sampai 1/2 masak dan toskan
2. campur semua bahan kecuali air..
3. masukkan mee maggie yg di tos dan air
4. kacau sebati dan goreng

done!!!

http://www.emocutez.combila dah masak rasa ranggup mee maggi memamg best

Jumaat, 23 Disember 2011

Cek Mek Molek di waktu Petang




hari ini jumaat..so rehat adalah lama dari kul 12.15 till 2.45 pm...so balik rehat tadi kejar2 bash baju seraga lam bilik tu..maklumlah nak lek kampung jap lagi...ehehehe

so bergegas pula kedapur sediakan makan tengahari before en somi nak p sembahyang jumaat...

samabil tunggu dia balik jumaat tengok ada keledek manis kat dapur..beli punyalah lama...igt nak buat bubur cha-cha tapi duk kesitulah berkurunnya

pikir-pikir nak potong2 pastu goreng la...rasa banyak sangat so rebus separuh tuk buat cek mek molek ni...

so nilah minum petang rini merangkap bawak ke opis tuk minum ngan kawan-kawan..uhuhu.


http://www.emocutez.comso layannnnn

Rabu, 21 Disember 2011

Homemade Mushroom Soup



TUMPUKAN PADA SUP CENDAWAN TU JEA TAU


ok next resepi seperti di janjikan...sup cendawan pulak...memang nyummy sangat...macam di pizza hut jea rasa...ehehehe..so pasni leh la makan sup cendawan selalu...uhuhuhu...

so le check bahan-bahannya yea..

BAHAN-BAHANNYA:-

1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (racik halus)
1 Biji kentang (potong dadu)
30 g mentega/ buttercup
1 kiub ayam
1 cawan air
1 kotak susu UHT DUTCH LADY ( 150ml)
1 tin cendawan Butang dipotong2...
1 sudu tepung gandum/ jagung
1 sudu black papper
garam dan gula (optional)

CARA-CARANYA :-

1.panaskan mentega dan tumis bawang besar dan putih (tak perlu garing)
2. masukkan kentang dan air - biarkan sebentar biar empuk
3. masukkan cendawan butang separuh yg di potong...
4. masukkan kiub ayam dan separuh kotak susu..dan tepung
5. masak sehingga mendidih
6. masukkan bahan di atas kedalam blendar dan blend hingga pekat
7. masukkan bahan di blend ke dalam kuali semula dan perlahankan api
8. separuh lagi cendawan di blend dengan separuh lagi susu... (jangan biarkan hancur sangat)- sebab nak bila makan kita terasa gigit cendawan tadi
9. masukkan kedalam kuali dan masak hingga mendidih..tambahkan serbuk black paper
10. rasa dan kalu x masin tambahla garam n kalu xmanis tambah gula sikit..

DONE!!!.. selamat menjamu selera


http://www.emocutez.com

Homemade Pizza Hut



hari ini memang malas nak masak..so buatla pizza segera ni...senang je..sapa2 pun boleh buat...tak payah nak uli doh bagai...ada roti gardenia or apa jua roti pun tak pe..

so let`s check it out:

BAHAN-BAHANNYA:

4 keping roti gardenia
4 batang sosej di potong bulat
4 Batang crab stick di potong bulat
1 biji bawang besar
1 sudu sayur campur segera
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
oregano
lada hitam serbuk (optional)
cheddar cheese/ mozarella cheese

CARA-CARANYA:-

1.ambik sekeping roti. sapukan sos tomato,sos cili..taburkan serbuk black papper ..taburkan bawang, sosej,sayur dan crab stick...
2 Carik-carikkan cheese dan tabur oregano
3. bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit

DONE!!!...


http://www.emocutez.com bolehla di sediakan dengan sup cendawan.... ok next resepi lak nnti

Khamis, 8 Disember 2011

Cucur Kentang minum petang

Assalamualaikum and salute :-

Petang hujan renyai2...perut lak rasa lapar...nak keluar baru jea balik dari kerja...ermsss malasnya lahai...

tit tit... mesej sampai di Handphone " sayang abang balik lewat tau harini, tengok orang buat wiring makmal ni tak habis2 lagi"..... ermssss lambat pulak

so pergi dapur jenguh mesin basuh...ada kain so tekan button on biarkan air di isi...tak tahu lah nak buat apa rini... ubi keledek ada... pisang ada... tepung ada?.... owh ada...ehehee... so rasa malas lak nak buat ubi ngan pisang... so kentang ada..kebetulan ada lagi daun bawang dan daun sup....ok jadi lah... so check it out

masak air dulu lah nanti boleh buat teh...so sambil2 tu layang cucur kentang

so BAHAN-BAHANNYA:-

2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji kentang saiz besar (di potong dadu)
2 biji bawang besar ( dipotong dadu)
1 biji cili besar merah..di potong nipis-nipis
daun sup dan daun bawang
RM 1.00 udang kering
1 sudu serbuk kunyit
secubit garam
1 biji telur ( Optional) tak masukkan pun xpe
2 Mug air kosong
minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS:

2 sudu cili kisar (dikisar bersama bawang merah,putih dan belacan)
1 sudu gula
2 ulas bawang putih

CARA_CARANYA:

masukkan semua bahan dalam besen.. dan kacau hingga sebati...

dan goreng....eeheheh :P

panaskan kuali dengan api kuat dahulu dan letakkan api paling rendah tuk proses menggoreng supaya adunan masak luo dan dalam...

ok selamat mencuba


masukkan tepung,kentang,bawang besar dan cili merah
Masukkan daun bawang,daun sup

Akhir sekali masukkan udang kering yang di tumbuk, serbuk kunyit dan jugak garam
masukkan air sikit demi sedikit dan kacau adunan...kawal penggunaan air untuk elakkan adunan menjadi terlalu cair

kacau hingga sebati.. tak cair sangat ...tak pekat sangat..sedang2 jea... yea
panaskan minyak untuk proses mengoreng

Done hidangkan dengan Teh O panas....


http://www.emocutez.comnikmatilah keenakkan nya.... selamat menjamu selera

Rabu, 7 Disember 2011

Kelas Red Velvet Cheese Cupcake dan Resepinya

adunan di sudukan kedalam cup


dah siap semuanya

ready untuk di hidangkan

RESEPI RED VELVET CHEESE CUPCAKE

250 gram tepung superfine (jenama blue key kotak kuning yea)
250 gram Gula Kastor
250 gram Butter cup
3 biji Telur
1 sudu esen Vanilla
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
2 cawan yogurt segera / yogurt buatan sendiri
2 sudu pewarna merah (Fortuna jenama star brand)

untuk membuat yogurt buatan sendiri

*1 cawan susu segar UHT
*2 sudu makan Cuka makan
* kedua-dua bahan ini di campur dan dikacau.

CREAM CHEESE
250g cream cheese
100g gula ising
20g mentega

pukul hingga kembang...

CARA-CARA PENYEDIAANYA:

#buttercup,telur dan gula kastor di pukul hingga kembang
#Dalam bekas lain campurkan tepung superfine, baking powder dan serbuk koko ( dicampur dan di gaul sebati)
# bila bahan yang di pukul tadi kembang campurkan tepung sedikit demi sedikit,pukul lagi hingga sebati..
# masukkan yogurt dan akhir sekali pewarna

Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 25 minit (api atas bawah)

# akhir sekali letak cream cheese dan simpan dalam peti ais..sedia untuk di hidangkan

http://www.emocutez.comp/s: Bekerja lah kita sekueknyo...berusholah kito sekueknyo....eheeeee

Kelas Cheese Tart

Kelas cheese tart telah di adakan atas perintaan kawan2...so dengan kerjasama puan samha juga saya kami mencurahkan ilmu tanpa limit..hahhaha... (ayat tak leh blah kan)..so layannnnn....

cantik tak lorekkan bunga tu?...semua hasil dari tangan 1st time belajar...so memang superb...

semua berpuas hati..walaupun kulit (shell) tart keras sedikit tapi kami tetap bangga sebab semuanya 1st time belajar..eheheh yang pasti keenakkan nya tak ternilai....
http://www.emocutez.comP/s: maaf gaambar 1 sahaja...tukang ngajar nya sedang membuat cheese tart..so last baru sempat tangkap gambo...Heaven tahu...eekekkeke

Jumaat, 2 Disember 2011

kelas Deco kek menggunakan icing


hari ini Jumaat kitaorang belajar mendeco kek....kul 12 time rehat keluar dar opis then berjalan ke lab kemahiran hidup..hahahah mcm jauh beno ... so berlenggang kangkung saja la kami ini sebab semua di sediakan oleh tuan guru... eheh tq ..

bawak duit rm 20 sebagai pengeras then bersiap sedia mendengar cara-cara ngan tekun..penuh semangat ni tahu....ehehe

so layan kan gambo2 ni....

sapukan ising tuk base
ratakan dan siap tuk deco
start lah mendeco....


mula-mula mari belajar melukis
cikgu farah ngah mencuba deco
anak murid yang tekun..ngeh2
kak ina punya dh siap
ni saya punya..yang comot

cikgu farah punya
kak samha punya
ni tok guru yang punya
http://www.emocutez.comseronok dapat ilmu baru..thanks pada cikgu siti wahdina...terima kasih daun keladi...nanti buat lagi yea

Rabu, 30 November 2011

Resepi Muffin coklat chip / Muffin chip coklat



Resepi Muffin Chip Coklat / Muffin coklat chip

bahan-bahannya:

2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
1 cawan susu segar
2 biji telur
125g butter cup (separuh dari seketul butter cup)
1/3 cawan gula castor
1 cawan coklat serbuk
1 cawan coklat chip (di gaul sedikit tepung untuk elakkan coklat chip tenggelam)
1/2 sudu garam

*serbuk coklat,tepung dan garam di ayak
* pukul telur,butter dan gula hingga kembang
*masukkan bahan ayak dan susu segar
*akhir sekali masukkan coklat chip dan gaul mengguna spatulla sahaja

masukkan 3/4 kedalam mangkuk cawan dan bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit

done!!!

selamat minum petang

http://www.emocutez.com

Selasa, 29 November 2011

Maggie kari rebus cendawan




salam and salute: :)

Menu orang bujang di kala cuti pagi hari... malas nak kuar mencari nasi lemak or roti canai jugak malas nak masak..lagipun balik dari pahang badan memang terasa amat penat sepenat2nya....

so perut 2 orang harus di isi...rasa lapaq sangat...so kita masak maggie jea la...ehehhehe


ok bahan-bahannya:

2 bungkus maggie kari
5 Biji cendawan Shitake (cendawan kering)- rendam hingga lembut dn potong 2 or 4
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
air secukupnya
kubis or sawi (depends pada kesukaan anda)
2biji telur

cara-caranya:

letak air di dalam kuali, masukkan bawang,cili padi yang dipotong,bawang putih yang di ketuk.. biarkan mendidih sebentar.

pecahkan telur dan masukkan perencah kari,...... di ikuti cendawan

akhir sekali masukkan maggie dan kacau sebentar.... kalu nak kuah tambahkan sedikit lagi air dan kubis..kacau sebentar dan tadaaaa siap

jemput makan

P/s: Menu orang bujang sahaja... jadilah untuk mengisi perut