Jumaat, 29 Mei 2009

~* Tag dan Award *~


Thanks To Kak Yanmie..coz sudi kasi award ni..hhihii..ingat gak kak adik yg comel ini ye hikhik..tapi yg sadisnya tu award BER tag..so meh kita lihat apa yg ada disana..


Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.

Dah siap Mem..hihii..mmg cute sungguh


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Dia ialah adalah seorang isteri dan mempunyai dua orang anak,sekarang ngah menjalani proses menyingkirkan lebihan lemak di badannya..hikhik..dah berjaya dah tu..syabas

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

fuhs 10 eh..adoi byak tu..hihi

1. [ FAKTA ]seorang juruteknik komputer yg berkhidmat di sekolah
2. [ FAKTA ] isteri kepada Mohd faizal b abd Rahman
3. [ FAKTA ]baru bertukar dr gerik ke kuala Kangsar
4. [ FAKTA ] Sedang mengikuti kelas aerobik setiap isnin,rabu & khamis
5. [ FAKTA ] sedang berdiet jugak..hihihi..nk kurus la katakan
6. [ HOBI ] Menjahit dan aktiviti sulam menyulam
7. [ HOBI ] sangat suka memasak tapi sgt malas mengemas rumah..hihii
8. [ HOBI ] menyakat orang dan mengusik orang adalah perkara yg membahagiakan
9. [ HOBI ] menukar2 dan mencuba sesuatu yang baru
10. [ HOBI ] dulu saja mencuba dunia blog tapi akhirnya terus melekat dan menyukainya.


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

1. Ayien26
2. Biskutz
3. Bond D killer
4. yan1e
5. Lizz<
6. Niza

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda

Yes mem..


~* Kek Lagi *~


Kek Bakar..bukan kek encik bakar ye..aku namakan kek pelangi..walau 2 warna tapi 3 rasa..hihihi..Tulisan tu abaikan ye..aku mls nak uat ising so aku edit...hikhik


hihii..tiada yang special sambutan birhday kali ini..lagipun tiap2 tahun pun aku tak sambut pun..hihihi..so bila dah kawin aku ttp xsambut...maybe ada kejutan dar suami pasni sapa tahu kan?..sedih?..takla..lgsg tak sedih..biasa je..ucapan sudah memadai..

tapi aku merajinkan diri malam tadi..even penat badan balik dr kelas aerobik (hikhikhik)..aku buat dua biji kek..hahah..1 kek kukus,satu kek bakar..gila la..hikhik

hari ni bungkus2 untuk diberikan kepada rajin pejabat..wah nyummy...hikhik

Nak lihat kek kedua sila klik




Kek kukus Milo..emi gantikan coklat ngan mylo..jadi jugak ye..ubah citarasa..tulisan mcm tadi la..hikhik


aku sentiasa harap apa yg aku impi akan jadi kenyataan..amin..

P/s: meh la sapa nak rasa....sedap tu


Khamis, 28 Mei 2009

~* On My Birthday *~



my birthday iz to day..dah 24 dah eh umur aku..moga apa yg diimpikan akan tercapai..

dan hidup ini sentiasa diberkati dan dibawah rahmat illahi..




Isnin, 25 Mei 2009

~* Tiada Mood *~


aghhhh saya tiada mood sebb perut saya sedang mengalami kesakitan yg teramat..

kesiannya kat saya...adoi



~* Mak,Bunda,ibu,Umi,*~


huhuhu,,rindu kat perempuan disebelah saya itu..dia mak saya Pn zamzuriah Zaini..semalam sempat balik kg walau sekejap...

sempat makan nasi tghari dengan beliau..rindu air tgn beliau..saya tmbah 4 kali..masak lemak ubi keladi,ikan rebus goreng,sayur kangkung dan ulam2an..wah terasa sedap hingga menjilat jari

sebenarnya:-

sebelum tu

Kak saya : kak era dh masukkan duit..nati ambik kak era ye
Saya: ok
Kak saya : napa tak kol umah..mak nangis sbb kak era kata mu takde duit
saya: napa ckp?
Kak saya: dah dia tny napa mu tak blik..tepon la dia..
saya: ok


sabtu mlm saya tido di Alor setar umah kakak..ambik dia dan terus balik ke gerik..hihi..mak saya rindukan saya tu..hihii

perbualan telefon ptg sabtu dengan beliau

Mak; napa tak balik?
saya: tak de duit..(hihihi)
Mak: balik la mak bagi
saya: wah mak dah kaya ye..camner nk balik duit lgsg takde..nk isi minyak ngan apa?
Mak: ada la sikit2..abah kasi duit menebas ( siannya :( )
Saya: hihiihii..ala takpe isnin ni saya dah gaji
Mak: kata nk ambik kak era
saya: yela..ptg ni saya pergi

sekejap ni sya YM ngan Kak saya di Melaka

kak erni : kata takde duit
saya: yela makan meggie je.( sj walaupun sy mkn nasi)
Kak erni: kak erni ckp kat mak mu duk makan meggie je
saya: tu la semua suka me"REPORT"
kak erni: mak ckp kalau duk ngan dia mu makan nasi..
Saya: lain kali tutup mulut
kak erni: mulut tak leh ditutup

P/S: hargaila orang tua anda selagi masih ada..ni uat aku sedih ni..uwaaaaaaaaaaa...

Jumaat, 22 Mei 2009

~* Pelakon Dikenali *~

hahhaha..ngah tgok tv je ni sbbnya pelakonnya mcm fimiliar sangat iaitu bos PKG talang en shuhaimi

tajuk drama nye KELAS JR Intelek..hihii TV2..jom watching



Khamis, 21 Mei 2009

~* Kursus TERbatal *~


Sepatutnya 26-29 Mei ini aku akn ke Pulau Pangkor untuk berkursus..tetapi ada masalah di pentadbiran terpaksa dibatalkan..

P/s: sgt sedih sbb dh lama bertapa di sekolah..sesekali keluar kena angin pantai sedap gakkan..tapi apakan daya..hihii










Rabu, 20 Mei 2009

~* The biGgeSt Loser And Ninja Warrior*~


Saya suka melihat rancangan realiti sebegini..baru nmpak real hasilnya..skunk saya tak miss..selain memberi motivasi ia jugak memberi satu perasaan yg tak dpt di tafsirkan..

kalau la kat malaysia uat mcm ni..kan best..tentu takkan lagi ada masalah obes di kalangan rakyat malaysia..ini asik2 nyanyi nyanyi nyanyi...dah berlambak dah artis kat malaysia ni..bukannya banyak yang bagus..hanya memberi tanggapan buruk dan masalah sosial sahaja..opss saya dah melalut..hihi.. jangan lupa saksikan di channel 702 astro..

dan rancangan kedua paling saya suka di TV9 setiap isnin hingga rabu 7.30 malam ialah:-


rancangan ni..kekadang kelakar kekadang sangat teruja..rugi sapa tak tgok..

Selasa, 19 Mei 2009

~* Kek Ada arak *~

owhh sorry tajuk nya ada gempak sedikit..hari ini ngah selongkar resepi2 di internet terlihat satu posting ini di blog Chef Farid..Bagaimana mengetahui kek yang dimakan mengandungi arak

Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. Sekian


~* Two Wishes *~


Dua Ucapan untuk Si dia diatas..hiihii

1.Selamat Hari Ibu
2.Selamat Hari Guru

to my Bunda Pn Zamzuriah Bt Zaini...semoga ibu saya sehat sentiasa dan dipjgkan umur...

saya syg ibu saya (skema nya ayat)

P/s: pssttt..ibu saya dah dpt lesen memandu..pasni leh la bawak saya mkn angin ye..huhuuu








Isnin, 18 Mei 2009

~* 5 And 5 *~



ahh lihat disitu..no bertuah hari ini..hihiiihii

i Love My Faizal very Much and Much..semoga dia sentiasa sayang pada saya dan sabar melayan segala kerenah saya yang lately ni agak ting tong..hiihii

i love my faizal very much and much....semoga perkhawinan kami sentiasa dirahmati dan di redhai dan segala yang diimpi dimakbulkan..amin

~* HappY TeacHers Day *~



Belum terlewat rasanya emi nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mengajar emi sejak dr sekolah rendah hingga ke IPTA..dan yang terlibat secara lgsg ataw tidak lgsg..selamat hari Guru..ANDA MMG SEORANG GURU YG BEST

teringat balik sambutan hari guru dedulu sgt best..walaupun skunk bekerja dibidang pendidikan terasa kemeriahan sambutan hari guru sampai sekarang..

ni sebenarnya tengah berlangsung majlis sambutan hari guru di tempat aku berkerja..tapi aku lak tak sehat..so duk lam ofis je..hiihii

ok la kesempatan ini aku nk wish selamat hari guru kepada:

Bekas Guru SK Seri Adika Raja Gerik tahun 1992-1997: pn norhayati,en fadhil GB,en fadil SN,ustazah dan semua terlibat

Bekas Guru SMK Sultan Idris Shah II thun 1998-2000: ustz Helmi,ustaz yusuf,cikgu mate,sains,geografi dan sebagainya..selamat hari guru

Bekas Guru SM Teknik Gerik: cikgu Azmi,techer nora,teacher yati,cikgu kimia,fizik,mate tamb,mate mod dan semuanya...

Bekas Lect Politeknik Sultan Azlan Shah: cik maniarasi,pn hasnina,dan semuanya

bekas Guru sekolah agama rakyat,guru ngaji alquran,guru2 yg ngajar aku mcm2 la,secara lgsg ataw tidak lgsg

P/s: maaf nama tak disebutkan aku lupa tapi jasa kalian tetap aku ingat..

Jumaat, 15 Mei 2009

~* I`m Sick *~


demam telah melanda..sejak dua hari lalu..arghh tekak sakit..xleh ckp byk2..perit..ermss.kepala pun ting tong je..hiiii..ari ni aku demam..tapi leh lagi dtg kerja..nk cuti sayang lak cuti aku yg ada 18 hari lagi tu..hiihiii..byk nya cuti lagi..xtaw nak uat apa..biarkan jela dia duk situ..takut2 ada masa ya btul2 memerlukan nak guna..

setakat demam sikit2 ni apa la sgt ye tak..ihii..aku kan pekerja dedikasi,..wah..hiii








Khamis, 14 Mei 2009

~* La Tahzan *~


la tahzan..jangan bersedih duhai hati..rini cukup sedih ntah la lately ni emo je..pantang silap nk marah pastu nak nangis...hiii..cengengnya erdayu ni..ermss....

aduhai hati bersabarla..mungkin musimnya.sejak dua menjak ni ada je tak kena..malam tadi nangis sorang2..ntah no reason yg munasabah..sebb kecik je..aku nangis..mula pk menda bukan2..

ptg ni pun nangis lagi..sib la suami memahami..agaknya dia mcm perasaan yg aku nak nangis..tu pas aku masuk makmal di follow kat belakang...sembang2..pastu dia ckp perkara biasa le tu.

thanks ye sayang sbb cool je..even kena marah pun ttp cool harap abang maafkan ayang ye..mmg tak terniat pun nak tinggikan suara....

sabarlah duhai hati..ermsss


Rabu, 13 Mei 2009

~* Star Trex *~



semalam sungguh teruja dan seronok menyaksikan star trex..pada mulanya rasa mcm tak best je..bila tgok wah best sgt2..hihi..mmg tak rugi tol aku tgok..





semalam kerja separuh hari..so ptgnya g ipoh untuk menyetelkan proses tukar nama di JPJ..so pastu kitorg g la jaya jusco untuk menonton wayang..ladies day kan..harga pun murah je..hiiiiii

ok berbalik pada cerita star trex ni..mmg sgt seronok dgn tak kering gusinya,dengan berdebar2nya..mmg suspends dan pecah panggung..

kalau korang lom tgok aku syorkan korunk tgok..mmg tak rugi

aku kasi 5 bintang..










Isnin, 11 Mei 2009

~* Award *~

salam..dengan ini saya dengan baik hati ingin memberi sedikit cenderahati kepada anda semua..jemput la ambil



p/s: cenderahati ini ditujukan untuk:
1. semua followers kerana sudi menjadi sahabat saya
2. sahabat baru mengenali
3. my blog list..
4. dan juga yang baru datang kesini..hihihi

silalah sudi2 tempek di blog anda..

taip selanjutnya di sini untuk paparan penuh

~* Login Yahoo Massanger 2 ID dalam 1 PC*~

ha ramai tertanya2 kan tajuk entri kali ini..ada pun juga mesti ramai yang teruja jugak..kali ini emi nak post tips and tricks..tengah godek2 forum JTK perak..jumpa la entri ni dari Yb Arif fizlan..thanks arif

so pernah tak korunk nk buka YM 2 id lam 1 pc..tentu tak leh kan?...so korunk terpaksa la guna 2 komputer..

tapi kali ini emi postkan tips itu..so lets check it out


1. Caranya buka registry editor (start - run - regedit)

2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER -> Software -> yahoo -> pager -> Test

3. Pergi ke menu Edit -> New -> DWORD Value

4. Isikan nama value sebagai 'Plural' ( tanpa ' ' )

5. Masukkan value data = 1 (Enter @ 2x click)

so dah leh YM 2 id lam 1 pc..k selamat mencuba

Sabtu, 9 Mei 2009

~* RESEPI Kek coklat Kukus *~

salam..hari ini bermurah hati nak memberi resepi kek coklat kukus..atas permintaan ka NA SHARI..akak ni emi dah pos dah ni..senang je taw..semudah ABC..hiiiii..

Bahan-bahannya

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum ( kalau nk lagi moist 1 cawan memadai )
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur

Bahan C

setengah keping coklat masakkan
2 sudu besar mentega
1/2 cwn susu pekat
coklat rice


cara-caranya

Campur Bahan A ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
biarkan campuran sejuk sebentar

bahan B di ayak menjadi satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dengan bahan A tersebut.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan separuh shaja . Tutup acuan dengan aluminium foil atau kain agar tidak masuk wap.Kukus selama 45 minit dan sejuk kan

masak bahan C dengan cara double boiling...sapukan keatas kek dan tabur coklat rice

selamat mencuba...










Jumaat, 8 Mei 2009

~* Kek Coklat *~


semalam balik dari kerja terus menyiapkan kek ini,pada mulanya hanya nak uat butter cake tapi rasa nk mkn kek coklat kukus...hiiihii

so sediakan bahan..alamak satu menda takde..periuk kukus..so cancelkan impian asal itu...

ermss terpaksa la uat kek yang perlu dibakar..so meh tgok2 hasilnya:-

kek ni sebenarnya nak bawak ke umah abg ipar la..mula2 letak coklat rice je..uat topping dia

last2 ada lagi kismis tabur jela..

P/S: sedap ni..hari ni rajin bawak ke pejabat......jgn terliur ye..hiii

~* Rokok Dan Surah Yassin *~

tgok video ini..mmg kelakar sangat tapi ianya berunsur pengajaran dalam lembut
marilah sama-sama kita menonton pengajaran ini..

jadi hindarkan diri anda dri rokok kerana rokok menghampiri kematian




Khamis, 7 Mei 2009

~* Award Agains *~

Thanks pada setia sahabat kerana mengingati aku..hihii ada syarat tu lagi:-



Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini.

1. Letakkan logo award ini di blog anda.

2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ?backlink? dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini



blog2 yang terpilih adalah:-

1. Kak Ruwaida
2. Kak Liya
3. Kak Yanmie
4. Kak nurul
5. yat
6. Mar
7. Bibie
8. sol
9. sufi
10. erlizawani

ambik la ye..tanda cinta sayang aku untuk korunk




Selasa, 5 Mei 2009

~* kreattifnya *~

aku sgt jeles ye skunk..ish..anugerah tuhan










nape la ada org kreatif cam ni..jelesnya aku