Isnin, 31 Mac 2014

PART 1 -Penantian 6 tahun akhirnya Berakhir :)


Assalamualaikum dan selamat hari isnin 


ENTRI INI CUKUP PANJANG- harap anda sudi membaca hingga akhir 
Tak tahu nak mula dari mana... rasa kegembiraan ini dan rasa syukur ini... tapi saya try satu persatu kupas IKHTIAR kami ( Saya dan Suami ) dalam usaha Untuk dapat kan Zuriat kami...

mungkin jika terlalu panjang kami akan buat part by part.. jika tidak cukup lah dengan satu penulisan ini

kami selamat menjadi suami isteri pada 12/12/2008 - Alhamdullilah aku terima nikahnya bersaksikan Allah s.w.t kami selamat di nikahkan...

3 bulan pertama kami jalani kehidupan suami isteri secara PJJ ( perkahwinan Jarak Jauh ) - Alhamdullilah saya akhirnya dapat bertukar ke Kuala kangsar... walaupun pada awalnya suami mahu ikut saya bertukar ke Gerik tapi saat-saat akhir kami ubah fikiran memandangkan ayah dia adalah bapa tunggal. so kami ambik keputusan  untuk menjaga Ayah beliau.. so saya bertukar :)

TAHUN PERTAMA

penuh pertanyaan, saya dan suami sendiri bertanya pada diri masing-masing tentang keadaan kami yang masih berdua :)... kadang-kadang di suarakan kepada ibu ayah kami.. tapi ibu saya awal- awal cakap

" Buat apa nak anak awal, sementara ada peluang berdua , nikmatilah, berjalan puas-puas nanti dah ada anak payah nak berdua-duaan dah " - see how positive my mom 

Dan saya sangat bersyukur tentang itu.. sebab kami tiada tekanan dari kedua-dua belah keluarga...

TAHUN KEDUA

Kami jalani rawatan kesuburan di LPPKN.. saya dapat doktor Tham.. sangat supportive dan baik hati.. kalau orang lain sebulan dua jalani rawatan mungkin dah positif kami? masih sama

hampir satu tahun tu berulang alik ke LPPKN Ipoh.. jangan cakap tentang wang ringgit walaupun tak mahal tapi satu tahap kami pun sudah bosan dan sedih

Colimid pil, cucuk dos paling tinggi, ubat perancang semua dah telan...

dan saya juga di kesan mempunyai FIBROID kecil bersaiz 10cm ( masa scan ) lepas operate ( Minor Operate ) hanya 4cm dan cuma ada sedikit pendarah kecil..

bila akhir sekali cucuk Colimid dos tinggi akhirnya telur membesar pada saiz sepatutnya 18cm - sesuai untuk sperm bertindak.. pada hari ke 12 period pada masa tu kami buat IUI

harapan dan doa moga menjadi akhirnya pada tarikh sepatutnya keputusan kami tahu menjadi atau tak ... saya period :) .. menangis saya sepanjang perjalanan... teresak-esak sampai suami tak tahu cara nak pujuk macam mana... heeeheee .. sedih yang teramat-amat

dan akhir sekali kami nekad rehat setahun nanti kalau ada rezeki kami akan sambung lagi rawatan... :)  bukan kecewa tapi biarlah kami ambik masa untuk diri kami sendiri

TAHUN KETIGA

Pertanyaan demi pertanyaan, kami jawab dengan senyuman.. saya langsung tak stress dan tak anggap pertanyaan orang sebagai bebanan.. malahan kami bersyukur masih ada yang care tentang kami.. dorang bukan sahaja tanya malah memberi pelbagai cadangan sama ada traditional atau moden

kami ambil dan ada yang kami cuba...hahahahah

minum air di pulau dayang bunting pun kami cuba .. hahaha.. tak salahkan mencuba..

TAHUN KEEMPAT

kakak saya ibu kepada kaseh iman Amilly di sahkan hamil anak kedua... masa tu dia tengah study di penang... so dia niat bila anak tu lahir dia akan bagi kat saya untuk di jaga sementara dia belajar...

perjanjiannya untuk dijaga sementara waktu sahaja sampai dia habis belajar

hiduplah kami berdua dengan orang baru... kami layan dan didik seperti anak sendiri... seronok sangat

sampai kakak dah habis belajar dan dia tengok kaseh pun rasi ngan kami so dia suruh la jaga terus....

dia tetap umi dan saya ibu.. so kaseh beruntung punyai ayah, walid, ibu dan ummi.. - heeee
Kaseh Iman Amilly


TAHUN KELIMA

hujung tahun kelima saya pula nekad nak kuruskan badan so saya cuba Berdiet.. saya cuba Atkins Diet.. dua bulan saya loss banyak kilo.. saya sangat teruja... 


TAHUN KEENAM

so kami mulakan perancangan ke arah mahukan cahaya mata

first kami suami isteri install Period tracker dalam hp kami.. saya pun install dan suami pun install ..

so kami akan tahu bila waktu tepat untuk bersama.. waktu subur... sebab saya jenis period tak stabil so saya tak tahu bila waktu tepat saya subur... eeheeheheee


Merah tanda hari period

Sepatutnya bulan ni saya period 18 hb
Selain dari tu kami try makan supplement tambahan pula.. saya cuba dan ikhtiar...

So secara kebetulan kakak ipar saya yang menantikan cahaya mata ke3 .. 10 tahun penantian telah mengandung... dia amalkan GLA, B-COMPLEKS dari Shaklee

dan 3 biji lebihan dari dia dia bagi saya pula.. so dah habis saya beli sendiri...

so ada lagi 20 biji terakhir yang belum sempat saya habiskan heeee



sambil sambil tu saya google set bajet kesuburan so ada yang suggest GLA, VITALEA untuk  Isteri

ZINK untuk suami

Vitalea saya try bulan dua.. kadang makan kadang tak pun sebab besar dan susah nak di telan... so kadang-kadang ingat saya makan.. hahah teruk kan saya 


So Suami amalkan yang ni.. dia sangat baik hati... dia ikut je.. hari-hari dia telan tanpa komplen...kikiki..saya sayang dia.. heeee
Untuk Suami


TANDA-TANDA SAYA HAMIL

Sepatutnya MAC saya akan period pada 18/3/2014 ... saya tunggu tak jugak datang.. sebab saya ni jenis period tak stabil so saya tak terlalu risau pasal period.. janji dia datang setiap bulan pun saya dah cukup bersyukur

period pain dah start.. sengugut orang kata.. setiap hari 2 kali dia akan serang... saya dah tersenyum... saya cakap kat suami tak jadi gak bulan ni rasanya sebab dah start sakit nak period ni

so dia pun okay je... sambil-sambil tu saya tetap makan GLA dan tetap meneruskan diet atkins..

Kebetulan hari khamis 27/03/2014 - saya bagitau officemate yang saya belum period dan dorang dah bersorak gembira... saya gelakkan je..sbb saya selalu macam tukan

siap angkat monitor CRT yang besar gedabak tu, siap minum cuka epal malam sebelum tu...

ada seorang officemate dengan baik hati nak sedekahkan UPT test... tapi saya tolak sebab saya tak yakin saya akan hamil lagipun denga period pain yang asik menyerang

tapi saya tetap pelik 9 hari dah lewat saya tetap senggugut.. So tengahhari tu luch hour saya balik rumah dan dengan tak sengaja saya nak try cek UPT

dua kali saya cek sebab saya perlukan keyakinan dan akhirnya alhamdullilah SAYA HAMIL

syukur YA ALLAH ;)

UJIAN KEHAMILAN 




 nanti saya sambung lagi ye...