Isnin, 31 Mac 2014

PART II : Penantian 6 Tahun - Doctor Appoiment


Sambungan dari PART I

Ok seminggu sebelum tahu saya hamil... saya mengalami simpton 

mengantuk yang teramat-amat
lapar ( always cheat day ).. hahahaa

tanda- tanda tu saya ingatkan just biasa sebab saya belajar cheat, so always nak cheat...kikiki

teruk kan..ngah diet pikir nak cheat je... ehehee


ok setelah check sendiri UPT dan ianya Positif maka saya call suami sekali... kebetulan dia cuti tengah buat wiring dekat rumah kawan dia..

saya just tanya balik lunch tak?1.. dia jawab balik tapi lambat lagi

so saya call kakak bagitau yang saya preggy, adik beradik yg lain.. semuanya menangis sebak, terharu dan ucapkan tahniah

saya call suami lagi.. kali kedua tetap jawab sekejap lagi.. jam dah nak times up...

so saya biarkan je la dulu

so saya call lagi kali ketiga dan terus bagitau saya hamil... heeee.. dia just cakap betul ke?

dan ucap alhamdullilah

balik tengahri dia tengok UPT saya dan terus sujud syukur.. dia peluk saya dan menangis... sweetkan suami saya :P .. sebenarnya saya menangis dah banyak kali.. heeee

lepas zohor terus dia bawak saya checkup di POLIKLINIK



DARI KLINIK AZHAR
KETIKA CHECKUP

Doktor cakap dia tak nampak kantung anak saya.. dia suruh saya pergi minum 500ml air dan datang semula setengah jam kemudian.. bukan setakat 500ml .. 1 liter saya minum.. hahahaa..

bila saya datang masih jugak tak jumpa kantung anak saya.. so saya fikir redha dan berserah

doktor suruh cek UPT sekali lagi dan kelihatan kabur...

so Doktor bagi 2 kemungkinan 

1. Samaada saya mengandung luar rahim
2. baby terlalu kecil

MENGANDUNG LUAR RAHIM

jika diikutkan last period saya 12/2/2014 maka pada hari itu saya dah 6 minggu 2 hari.. so doktor cakap minggu satu lagi saya dah 7 minggu..jika saya mengandung di luar rahim minggu ke 7 atau ke 8 dia akan pecah dan membahayakan pada saya

so doktor suruh saya rujuk pakar.. so dia sediakan satu surat kepada mana-mana pakar yang saya mahu pergi untuk buat details check up.. scan dari bawah

so MOOD: REDHA dan PASRAH 

BABY TERLALU KECIL

point kedua Doktor bagitau mungkin period saya jenis irregular makan pengiraan period saya ada lah tidak tepat.. maka sebab itu UPT kabur dan scan tak jumpa kantung baby

so disitu masih ada seikit harapan 50% lagi.. 

bila balik office, saya bagitau dan ada officemate cakap sebab baru memang tak nampak.. doktor memang akan kira dari tarikh period tapi kita bersama suami belum tentu tarikh tu dan kita tak tahu bila sperma jadi

see how positif my officemate.. saya sangat beruntung di kelilingi orang-orang yang positif.. heheehehe





Maka pada jumaat 28/03/2014 kami pergi ke klinik pakar sakit puan KLINIK RAOFAH di silibin Ipoh

bila turn kami doktor senyum dan ready tuk scan lanjut.. doctor terus buat 3D scan and saya terus berdoa supaya kami baik baik sahaja..

bila doctor tunjukkan kantung dan saiz bayi kami sangat bersyukur

" TAHNIAH !! Puan memang mengandung, jangan risau baby dalam kantung dan dalam Rahim, baby masih kecil ..sebab period tak regular maka kiraan dari tarikh period lepas tak boleh digunakan.. 3 minggu lagi datang baru ada janin.."

alhamdullilah.. sangat-sangat bersyukur... maka berita gembira ini kami khabarkan kepada orang lain

Doakan kami baik baik sahaja... moga kandungan kami sihat-sihat sahaja tanpa berlaku perkara-perkara yang tidak diingini





PART 1 -Penantian 6 tahun akhirnya Berakhir :)


Assalamualaikum dan selamat hari isnin 


ENTRI INI CUKUP PANJANG- harap anda sudi membaca hingga akhir 
Tak tahu nak mula dari mana... rasa kegembiraan ini dan rasa syukur ini... tapi saya try satu persatu kupas IKHTIAR kami ( Saya dan Suami ) dalam usaha Untuk dapat kan Zuriat kami...

mungkin jika terlalu panjang kami akan buat part by part.. jika tidak cukup lah dengan satu penulisan ini

kami selamat menjadi suami isteri pada 12/12/2008 - Alhamdullilah aku terima nikahnya bersaksikan Allah s.w.t kami selamat di nikahkan...

3 bulan pertama kami jalani kehidupan suami isteri secara PJJ ( perkahwinan Jarak Jauh ) - Alhamdullilah saya akhirnya dapat bertukar ke Kuala kangsar... walaupun pada awalnya suami mahu ikut saya bertukar ke Gerik tapi saat-saat akhir kami ubah fikiran memandangkan ayah dia adalah bapa tunggal. so kami ambik keputusan  untuk menjaga Ayah beliau.. so saya bertukar :)

TAHUN PERTAMA

penuh pertanyaan, saya dan suami sendiri bertanya pada diri masing-masing tentang keadaan kami yang masih berdua :)... kadang-kadang di suarakan kepada ibu ayah kami.. tapi ibu saya awal- awal cakap

" Buat apa nak anak awal, sementara ada peluang berdua , nikmatilah, berjalan puas-puas nanti dah ada anak payah nak berdua-duaan dah " - see how positive my mom 

Dan saya sangat bersyukur tentang itu.. sebab kami tiada tekanan dari kedua-dua belah keluarga...

TAHUN KEDUA

Kami jalani rawatan kesuburan di LPPKN.. saya dapat doktor Tham.. sangat supportive dan baik hati.. kalau orang lain sebulan dua jalani rawatan mungkin dah positif kami? masih sama

hampir satu tahun tu berulang alik ke LPPKN Ipoh.. jangan cakap tentang wang ringgit walaupun tak mahal tapi satu tahap kami pun sudah bosan dan sedih

Colimid pil, cucuk dos paling tinggi, ubat perancang semua dah telan...

dan saya juga di kesan mempunyai FIBROID kecil bersaiz 10cm ( masa scan ) lepas operate ( Minor Operate ) hanya 4cm dan cuma ada sedikit pendarah kecil..

bila akhir sekali cucuk Colimid dos tinggi akhirnya telur membesar pada saiz sepatutnya 18cm - sesuai untuk sperm bertindak.. pada hari ke 12 period pada masa tu kami buat IUI

harapan dan doa moga menjadi akhirnya pada tarikh sepatutnya keputusan kami tahu menjadi atau tak ... saya period :) .. menangis saya sepanjang perjalanan... teresak-esak sampai suami tak tahu cara nak pujuk macam mana... heeeheee .. sedih yang teramat-amat

dan akhir sekali kami nekad rehat setahun nanti kalau ada rezeki kami akan sambung lagi rawatan... :)  bukan kecewa tapi biarlah kami ambik masa untuk diri kami sendiri

TAHUN KETIGA

Pertanyaan demi pertanyaan, kami jawab dengan senyuman.. saya langsung tak stress dan tak anggap pertanyaan orang sebagai bebanan.. malahan kami bersyukur masih ada yang care tentang kami.. dorang bukan sahaja tanya malah memberi pelbagai cadangan sama ada traditional atau moden

kami ambil dan ada yang kami cuba...hahahahah

minum air di pulau dayang bunting pun kami cuba .. hahaha.. tak salahkan mencuba..

TAHUN KEEMPAT

kakak saya ibu kepada kaseh iman Amilly di sahkan hamil anak kedua... masa tu dia tengah study di penang... so dia niat bila anak tu lahir dia akan bagi kat saya untuk di jaga sementara dia belajar...

perjanjiannya untuk dijaga sementara waktu sahaja sampai dia habis belajar

hiduplah kami berdua dengan orang baru... kami layan dan didik seperti anak sendiri... seronok sangat

sampai kakak dah habis belajar dan dia tengok kaseh pun rasi ngan kami so dia suruh la jaga terus....

dia tetap umi dan saya ibu.. so kaseh beruntung punyai ayah, walid, ibu dan ummi.. - heeee
Kaseh Iman Amilly


TAHUN KELIMA

hujung tahun kelima saya pula nekad nak kuruskan badan so saya cuba Berdiet.. saya cuba Atkins Diet.. dua bulan saya loss banyak kilo.. saya sangat teruja... 


TAHUN KEENAM

so kami mulakan perancangan ke arah mahukan cahaya mata

first kami suami isteri install Period tracker dalam hp kami.. saya pun install dan suami pun install ..

so kami akan tahu bila waktu tepat untuk bersama.. waktu subur... sebab saya jenis period tak stabil so saya tak tahu bila waktu tepat saya subur... eeheeheheee


Merah tanda hari period

Sepatutnya bulan ni saya period 18 hb
Selain dari tu kami try makan supplement tambahan pula.. saya cuba dan ikhtiar...

So secara kebetulan kakak ipar saya yang menantikan cahaya mata ke3 .. 10 tahun penantian telah mengandung... dia amalkan GLA, B-COMPLEKS dari Shaklee

dan 3 biji lebihan dari dia dia bagi saya pula.. so dah habis saya beli sendiri...

so ada lagi 20 biji terakhir yang belum sempat saya habiskan heeee



sambil sambil tu saya google set bajet kesuburan so ada yang suggest GLA, VITALEA untuk  Isteri

ZINK untuk suami

Vitalea saya try bulan dua.. kadang makan kadang tak pun sebab besar dan susah nak di telan... so kadang-kadang ingat saya makan.. hahah teruk kan saya 


So Suami amalkan yang ni.. dia sangat baik hati... dia ikut je.. hari-hari dia telan tanpa komplen...kikiki..saya sayang dia.. heeee
Untuk Suami


TANDA-TANDA SAYA HAMIL

Sepatutnya MAC saya akan period pada 18/3/2014 ... saya tunggu tak jugak datang.. sebab saya ni jenis period tak stabil so saya tak terlalu risau pasal period.. janji dia datang setiap bulan pun saya dah cukup bersyukur

period pain dah start.. sengugut orang kata.. setiap hari 2 kali dia akan serang... saya dah tersenyum... saya cakap kat suami tak jadi gak bulan ni rasanya sebab dah start sakit nak period ni

so dia pun okay je... sambil-sambil tu saya tetap makan GLA dan tetap meneruskan diet atkins..

Kebetulan hari khamis 27/03/2014 - saya bagitau officemate yang saya belum period dan dorang dah bersorak gembira... saya gelakkan je..sbb saya selalu macam tukan

siap angkat monitor CRT yang besar gedabak tu, siap minum cuka epal malam sebelum tu...

ada seorang officemate dengan baik hati nak sedekahkan UPT test... tapi saya tolak sebab saya tak yakin saya akan hamil lagipun denga period pain yang asik menyerang

tapi saya tetap pelik 9 hari dah lewat saya tetap senggugut.. So tengahhari tu luch hour saya balik rumah dan dengan tak sengaja saya nak try cek UPT

dua kali saya cek sebab saya perlukan keyakinan dan akhirnya alhamdullilah SAYA HAMIL

syukur YA ALLAH ;)

UJIAN KEHAMILAN 




 nanti saya sambung lagi ye... 
















Rabu, 12 Mac 2014

Atkins Ej : Contoh Menu Sepanjang Beratkins

Selamat Pagi dan Happy Atkins

Meraikan hari ke 100 Ber Atkins.. alhamdullilah syukur dengan nikmatMU







Contoh Sarapan / Breakfast

  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Contoh Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Contoh Sarapan / Breakfast

  1. 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. (0.6 hingga 1 gram karbohidrat)
  2. 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carb ialah 10.1gm setiap 2 keping.
  3. Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. (0.5 karbohidrat)

Contoh Makan Tengahari

  1. Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) (0 gram karbohidrat)
  2. ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). (0 gram karbohidrat)
  3. Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat (0.2 - 1 gram karbohidrat)
  4. any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..Lebihkan sayur2 hijau dan fresh.
  5. ATAU makan salad sekali lagi

Contoh Makan Tengahari / Malam


Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

  1. Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
  2. Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
  3. Daging goreng kering
  4. ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
  1. 1 keping Cheddar cheese
  2. atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
  3. 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
  1. Air biasa
  2. Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula 
  3. Cuka Epal - 1 sudu di campur segelas air sejuk dari peti ais...

TAMBAHAN:

Garam dan Minyak tidak ada masalah dalam diet Atkins. Kerana kedua-duanya mempunyai 0 Carb. Cuma berpada-padalah dalam mengambilnya. ini kerana atas dasar menjaga kesihatan.

Nota: Carb = Karbohidrat

Khamis, 6 Mac 2014

Resepi Atkins Ej: Resepi Ke 10 - Sup Ikan Gelama



RESEPI ATKINS: SUP IKAN GELAMA

2 Ekor Ikan Gelama
1 Mangkuk Air
1 Biji bawang merah
2 Ulas bawang putih
1 Kuntum bunga lawang
1 Batang kulit kayu manis
2 Biji buah pelaga
daun sup dan daun bawang
garam
1 Sudu Air asam jawa
1 Sudu Minyak Masak


CARA-CARANYA:-

Panaskan minyak ,  tumis bawang dan rempah ratus
dah garing tuangkan air sehingga mendidih
masukkan ikan  jangan kacau takut ikan hancur..
bagi ikan masak dan masukkan bahan perasa
dah mendidih siap
hidang dan taburkan daun sup dan daun bawang



Selasa, 4 Mac 2014

Atkins Ej: Genap 3 bulan ( 01/03/2014 )





Masih ingat lagi saya bermula dengan berapa kg?  yeah  93kg ( 02/12/2013)
Kena hightlight besar2 sebabnya nak senang ingat


Semalam tanggal 03/03/2014 saya menimbang semula sempena genap ber atkins 3 bulan 01/03/2014 ialah 69.8kg,.. wehoooo

total loss weight :  23.2Kg

so sempena genap 3 bulan berDA, suami ajak ke cameron highlands..dia belanja strawberry celup coklat..

fefeling datuk K n dato siti tak?.. hahahaha




selamat maju jaya pada yang lain... seronok dah masuk angka 6... walaupun beza sikit je nk angka 7.. tapi berapa lama dah saya statik... jangan putus asa, disiplin dan semangat

gambateeee