Jumaat, 28 Februari 2014

Resepi Atkins Ej : Resepi Ke 9 - Ayam Masak Halia

Ayam Halia Versi Atkins


selamat hari jumaat dan happy atkins


kali ini nak kongsi ayam masak halia 

buat makan ratah ratah.. sedap pun sedap...

RESEPI AYAM HALIA ALA ATKINS

BAHAN-BAHAN

Ayam - di goreng garing  ( Kalau taknak goreng pun tak pe tapi saya preffer goreng garing )
Halia - 3 inci potong nipis atau halus
1 biji bawang
2 ulas bawang putih
1 btg kulit kayu manis1 bunga lawang
secubit jintan manis
minyak
air
lada hitam
cili padi -ketuk
2 sudu asam jawa / 1sk cuka epal


CARA-CARANYA:-

1.Masukkan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan jintan manis.. tumis garing dan masukkan air

2.Masukkan bahan perasa

3.Akhir sekali masukkan ayam dan cili padi

siap !!!



Khamis, 27 Februari 2014

Resepi Atkins Ej: Resepi Ke8 - Bubur "Nasi" ala Atkins

Bubur Cauliflower

Salam dan selamat beratkins


Hari ini saya nak cuba kongsi Resepi bubur " Nasi " ala Atkins

suka saya menyebut "Nasi" bagi mengantikan nama Cauliflower, sebabnya leh menghilangkan rindu pada pengemar nasi Kipas Susah Mati ( Hard die fan ).. hahaha

ok bagi yang betul2 rindu pada nasi ... ni resepi bubur Moi tuk korang.. 


RESEPI BUBUR CAULIFLOWER

1 mangkuk Cauliflower / Bunga Kobis
2 Cawan Air - 1 cawan untuk rebusan 1 cawan untuk masak
Garam
Lada putih / lada sulah
lada hitam
sebiji telur

Bahan Hiasan
daun sup dan bawang
ikan bilis goreng
cili merah


CARA-CARANYA:-

1.Rebus Cauliflower sampai empuk dan toskan air nya

2.Selepas itu blend kasar / hancur terpulang pada citarasa

3.masukkan dalam periuk dan tuangkan 1 cawan air - if nak kuah banyk letak secawan if taknak 1/2 cawan pun sudah memadai

4.masak sehingga mendidih 

5.masukkan bahan perasa ( lada putih, lada hitam dan garam)

6.akhir sekali pecahkan telur dan biarkan telur masak

7.angkat dan hidangkan dengan bahan hiasan

done!!!

NOTA TAPAK KAKI : kalau nak lebih sedap air boleh diganti dengan santan perahan bukan santan kotak ye... 




Rabu, 26 Februari 2014

Resepi Atkins Ej: Resepi ke 7- Tomyum kung atau Tomyam Putih ala Atkins

Tomyam nyum nyum


salam pagi Rabu dan Happy berAtkins

ok seperti yang di janjikan hari ini saya kongsi resepi Tomyam putih / Kung

kan dah ckp dalam beratkins boleh makan sedap2...tpi tetap turun berat kan kan

so mari kita check resepi..kompom ngah telan air liur kan memasing.. saya yg menaip ni pun kan main air liur duk telan je.. hahahaha


RESEPI TOMYAM KUNG / PUTIH

BAHAN-BAHAN:-

Beberapa Ketul Ayam
Udang
Daging - optional
Sayur - Caulifalower, Celery
Cili Padi 
Sehelai Daun Limau Purut - carikkan
Serai - Ketuk
Sebiji bawang besar - potong 4
2 ulas Bawang putih - Ketuk
1 inci Halia - Ketuk
2 Sudu Air asam Jawa
Garam
Air

CARA-CARANYA:-

Masukkan air dalam periuk dan rebus Ayam dan daging bagi empuk
dah empuk masukkan semua bahan lain kecuali sayur, udang dan bahan perasa
masukkan sayur dan tunggu mendidih
masukkan bahan perasa 

siap!!

P/s: kalu nak tomyam kaler merah masuk la cili kisar sesudu...

senang kan dan tak rumit langsung...

NOTA tapak KAKI: " ASAM JAWA" dan "DAUN LIMAU PURUT" di katakan tinggi nilai Karbo.. tapi bila kita dah masak seperiuk pandai2 lah bahagi dan kira.. xkan seperiuk nak makan kan kan.. kompom semangkuk je.. so try la ye :P

Hari Ke 86.. abaikan cermin kotor.. apalah kat hidung tu..hahahahah

ni hari ke 86 saya berDA.. tak sangka kan dah lama berDA... uhuhu...

" Cuba lah sesuatu perkara dengan penuh disiplin dan semangat, jangan mudah putus asa "- Atkins Ej

Selasa, 25 Februari 2014

Resepi Atkins Ej : Resepi Ke 6 - Sardin Roll

Sardin Roll.. roll ur eyes.. hihii


Hapapy atkins pada semua atkiners.. kali ni nak share resepi paling senang.... sedap dan di jamin xnyesal  mencuba... silakan try...Sedap ni..hahaa


Resepinya:

3biji telur pukul kembang -dapat 2 roll
Garam secubit
Butter sesudu kecil
Ikan sardin tin basuh sosnya
Dan goreng ngan sedikit butter ala2 panggang
Mayonis kraft
Kubis unggu
Daun salad
Cili padi
Bawang holland- lupa nak buh
Tomato ceri potong nipis

Hiasan
Tomato ceri di panggang
Timun jepun

Dadarkan telur nipis lam pan
Sapu mayonis sbg base
Letak bawang holland potong bulat
Tabur kubis n daun salad
Susun tomato ceri potong nipis
Tabur cili padi
Atas sekali tabur la sardin yg di lenyek bersama sedikit mayonis
Gulung n potong serong
Hidangkan ngan tomato panggang n timun jepun

Selamat mencuba

Nota tapak kaki: tomato tinggi carbs tapi leh la di ambil sikit, begitu jugak dengan timun....  :)

ni saya paling latest.. total loss 21kg

Sila disiplin


Isnin, 24 Februari 2014

Atkins Ej : Ada lebih 30 Resepi menanti anda para ATKINERS



Ada 30 lebih resepi... nnti rajin2 singgah yea.. baru sempat save 29... yang lain lom save..

cukup kot korang nak ulang2 makan selama fasa induction ni...

selamat beratkins


Resepi Atkins Ej : Menu Ke-5 "Nasi Goreng" Kampung Cili Api


"Nasi Goreng Atkins"


Salam dan Happy Atkins

haii jumpa lagi ngan korang semua para Atkiners... moga tahap Ketosis anda semua berada dalam keadaan baik baik sahaja.. ..hahah ewahh cam tulis surat cinta..

selamat pagi isnin.. apa bekal rini?..perasan x sejak amalkan atkins ni makin rajin ke dapur kan... mcam masterchef kan... sila puji diri sendiri sbb nak makan sedap kena usaha.. dah la dapat makan sedap.. dapat jadi kurus lak...

xke berbaloi amalkan atkins ni.. adala tu yang dengki tu..lek lek.. nak solim meh jadi atkiners..meh meh


ok jom check resepi atkins kali ni... "NASI".. nah nak sangatkan makan nasi..silakan..silakan cuba

RESEPI:-"Nasi Goreng" Kampung Cili Padi
1 Mangkuk Cauliflower - Disagat 
5 biji cili padi - nak pedas sila tambah lagi
2 ulas bawang putih 
Ikan bilis -secubit rendam bg lembut
isi ayam sikit
Sayur Hijau - bok choy or kangkung
Garam
Minyak
Telur

Bahan hiasan:

bilis goreng garing
bawang goreng garing


Cara-Caranya:

Tumbuk bawang putih bersama cili padi dan ikan bilis sampai lumat
Panaskan minyak dan goreng bahas tumbuk sampai garing
Masukkan isi ayam goreng bagi masak
Masukkan cauliflower goreng sampai kering - ketuk2 kuali sikit ala2 masterchef- hihiii
Masukkan sayur dan goreng lagi dan masukkan garam
Dan nak masak pecahkan telur

ok siap... hias la ngan bilis goreng dan bawang goreng
di jamin  100% nasi goreng rasanya.. hahaha


selamat mencuba :)

Jumaat, 21 Februari 2014

Atkins Ej : Journey 2 pengurangan inci berbanding berat sangat ketara

paling latest day 82


alhamdullilah rini hari ke 82 berdiet atkins

tinggal beberapa hari nak gena 90 hari / 3 bulan

chaiyok chaiyok 


Baju zaman sebelum kawin dah muat... 

sebelum kawin berat 60kg... tapi sekarang berat 74kg dah muat baju ni... 

bezakan.. so berat xpenting yg penting inci hilang

chaiyok atkiners sekalian


Resepi Atkins Ej: Kebab Atkins dengan Cauliflower Celup Tepung 2 IN 1

Kebab oo Kebab


Assalamualaikum, Salam Jumaat ,Selamat Pagi dan Happy Atkins 


ok hari ni skip menu-menu sebelum.. kita taruk yang ni dulu sebab ni fresh from oven.. aisheh.. nope la fresh from dapur kuning

ok meh kita check it out


RESEPI KEBAB:

Lapisan Luar

1 biji telur
secubit garam
secubit lada hitam kisar

Pukul telur dan masukkan bahan lain .. masukkan lam kuali, dadar senipis mungkin.. DONE!!


Bahan Inti:-

dada ayam -potong dadu
daging potong dadu-

campur dua2 dapat dalam semangkuk kecil

seulas bawang putih- ketuk
butter sesudu
lada putih
garam
lada hitam


panaskan pan- masukkan butter dan bawang putih
masukkan isi ayam& daging
masukkan bahan perasa dan ketepikan


ambik telur tadi , letakkan timun, inti dan juga mayonis ( kewpie )
lipat 4
siap!!!


RESEPI CAULIFLOWER CELUP TEPUNG

bunga kobis
1 biji telur
garam
lada hitam


pukul telur ambik cauliflower dan goreng menggunakan kaedah deep fry

goreng garing dan siap!!

heeeeeeee

simple kan....

selamat mencuba


Khamis, 20 Februari 2014

Resepi Atkins Ej: Egg Tart

EGG TART

salam dan selamat beratkins.... hari ke berapa dah korang berDA?... masih lapar lagi, masih lesu or dah hilang fokus...

ok kali ni bagi repesi kebabom sikit..elekkkk...macam hebat kan... hahahhaha..elekkkk

okla jom tengok..senang je.... 


Egg tart DA version by me:

Resepi:

6 aluminium cup
4 biji telur
6 ekor udang tuk hiasan
4 ekor udang tuk cincang
2 sudu ayam kisar
3 keping cheedar cheese belah dua
Mayonis satu sudu
1 sk serbuk black pepper
1 sk serbuk oregano
1 sk serbuk mixed herbs
1 sk garam
Cili padi ikot pedas
Daun bawang n sup
Cendawan butang optional tp aku buh
Bawang besar sebiji

Pukul telur ngan mayonis sampai mayonis sebati..masukkan bawang besar potong dadu+ cendawan ptg dadu+ udang cincang+ ayam kisar+cili+daun sup bawang+ herba n garam... Pukul ja pakai whisk
Ceduk sesenduk buh lam cup
Letak cheedar cheese n udang seekor.

Tutup magic pan n bakar api slow smpai 20 minit
T dia naik ..tengok masak ready mkn ngan mayonis ...
Selamat mencuba :)

Rabu, 19 Februari 2014

Resepi Atkins Ej : Daging Goreng Suka Hati

Daging Suka Hati


Nama tak leh blah kan... hahahah ..nak buat camner nama pun resepi rekaan.. tak tahu nak letak nama apa kat resepi..kang panjang2 mengalahkan nama menu secenot Hotel Five Stars.. owh nape kata menu seconet yea.. kuikuiukui.. yelah nama bukan main gah tapi yang hado lam pinggan besar tu dua kli suap je dah habis... hahaha.. ni puas hati sikit.. masak sendiri

buat Menu ini ada ceritanya... tak tahu lah man silapnya... daging tu tak taruk garam... hahaha.. g opis makan sambil senyum seolah-olah makanan yg di masak paling wassss kebabom meletup2 keenakan lam mulut.. walhal perit nak telan Allah je tahu... ( jangan tiru tau.. membohong tu berdosa pada mulut dan perut serta otak)... hahaha

ok lah meh nak bagi resepi atkins kat korang.. ni menu hari ke tiga berDA.. masih mengekalkan istilah "Clean Food"


Resepi Daging Goreng Suka Hati

1 Mangkuk Daging di potong dadu
1 sudu lada hita
1 ulas bawng putih ketuk je
1 potongan bulat bawang besar
2 sudu minyak zaitun/ sayur
sayur2an ikut suka
garam
daun sup & bawang


masukkan minyak dan masukkan bawang putih
masukkan daging goreng sampai masak
masukkan bahan perasa
masukkan sayur2an dan bawang besar
dah siap!!!

senang kan..

owh tu ikan goreng.. masa gemok makanan banyak tu mana cukup kan.. tapi bila berDA makan daging tu ikan tu simpan je..xmakan2.. hahahah orang gemok masa berDA makan sikit percayalah

selamat mencuba

Resepi Ej : Aiskrim Homemade

Aiskrim homeade

ok tinggal sat pasal atkins... rini nak share kat orang yg bukan atkiners...

saja merajin kan diri membuat aiskrim untuk si kaseh
so takde la dia meronta2 minta singgah di kedai nak beli aiskrim/coklat time pulang dari school


Resepi Aiskrim Homemade by Ejdee

ada dua version... ikut lah mana-mana nak follow yea... terpulang

ni versi saya buat



Versi Pertama

*1 kotak besar susu segar ( rujuk pada gambar)
*1 tin susu pekat
*3 Sk esen vanilla
*4 Sk Omellete (halal)
*2 biji telur

Perasa tambahan: milo, pandan emulco, pewarna
Hiasan : chocolate chips & coklat M&M


-Pukul semua bahan * di atas dengan mixer/ blend 
-Asingkan untuk di tambah perasa pilihan
-Masuk dalam fridge selama 6 jam keluarkan dan gores2 bagi gebu
-Hiaskan coklat chip dan coklat M&M
-Masuk semula dalam peti
-Siap tuk di nikmati




Versi Kedua

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 Sk omellete
1 biji telur
1 Sk esen Vanilla

-Pukul semua bahan di atas dengan mixer/ blend 
-Asingkan untuk di tambah perasa pilihan
-Masuk dalam fridge
-Siap tuk di nikmati



Versi Ketiga ( tanpa Telur)

3 cawan susu UHT
1/2 tin susu pekat
2 Sk omellete
2 Sk esen Vanilla


-Pukul semua bahan di atas dengan mixer/ blend 
-Asingkan untuk di tambah perasa pilihan
-Masuk dalam fridge
-Siap tuk di nikmati


ikutlah pilihan mana pun... sekian selamat mencuba 

Selasa, 18 Februari 2014

Resepi Atkins Ej: Menu Pertama

menu pertama di hari kedua berDA

ini adalah menu pertama yang di bawa ke tempat kerja..
tau basic food dan masak la cincai2 pun janji sedap di mulut sendiri..hahaha


mesti nak resepi kan kan.. oklah demi untuk tidak menghampakan korang semua...ni aku titipkan resepi sendiri.. kalu korang rasa nak add apa2 tambahan dipersilakan


RESEPI SAYUR CAMPUR :


semangkuk dada ayam di potong dadu- di goreng garing terlebih dahulu


bahan tumis:-

bawang merah
bawang putih
sayur2an DA - Broccoli, bok choy
lada benggala - merah,kuning,hijau ( ambik sikit je sbb dalam DA lada benggala lagi cantik warna lagi tinggi nilai karbo so xdigalakkan tak yah letak pun xpa )

lada hitam
garam

CARA-CARANYA:-

tumis bahan tumis dan masak semua cukup rasa
then tabur kan ayam goreng.. gaul sekejap
angkat dan hidangkan


simple kan kan.. hahahaha

nak berDA xyah nak pikir makanan nya susah nak cari..asal tau basic food tau pegang sudip makan kun fayakun .. jadi lah.. hahahaha


p/s: mula2 excited kan.. g membeli sayur mayur.. harga mak aih mahal yang amat sekarang makan kangkung  je la... kuikui

Isnin, 17 Februari 2014

Diet Atkins: My Journey

Sebelum berDA


this is me before...
ketika entri ini di tulis ini adalah hari ke 78 saya berDA

mesti korang tertanya-tanya kan.. macamana saya setabah ini.. sekuat ini and semampu ini bertahan dalam atkins.. yelah kebiasaan 28 tahun boleh makan nasi tetiba nak tinggalakn nasi sehari jenuh ooo nak pikir

kalu saya cakap elek boleh la.. sebenarnya saya tipu!...

saya pun seperti anda juga.. soalan demi persoalan bermain dalam fikiran.. boleh tak n boleh tak.. dengan faktor kerja.. dengan kalau nak makan mesti berjemaah.. kalu tak p makan rasa cam tak syiok la kan.. asik duk tahan nafsu je...hahahahahah

tapi semuanya total berubah

tanggal 2/12/2013 saya terpaksa nekad.....terpaksa ok terpaksa....hahahaa

tapi saya tak sekejam saya..saya sayang perut saya lagi.. before fully berDA ..saya dah mula berjinak2 tinggalkan nasi..sebulan lebih awal tapi tetap culas gak..seminggu sebelum habis bulan 11 saya makan nasi jugak.. nampak tak saya pun tak sekuat mana...


so saya study n study lagi sampai saya cakap ok lets start...

saya bermula pada penggal cuti persekolahan... sbb time sekolah dugaan byk...hahahaha..xtahan giler
cakap kat kawan2 saya berDA.. menu saya adalah telur
so kawan2 sangat supportive... dorang cari kedai yang menyediakan telur 1/2 masak .. so situ lah kami lepak saban hari

3 hari jugakla pening n lesu masuk hari keempat nasi bukan lagi makanan idaman saya.. believe it or not?... yesss.. i did..hahahaaa

Hari ke 74 berDA

so gambar ni hari ke 74 berDA...nanti jumpa lagi di lain masa..saya share resepi and tips tips DA saya yea...
me now.. n now


"tiada siapa leh ubah kita melainkan kita sendiri dengan disiplin, semangat kita juga"- atkins ej

Jumaat, 14 Februari 2014

Apa Itu Atkins Diet

well well well

salam jumaat and salute

ewahhh sekarang baru ada kesempatan nak menulis blog...

kali ni berkaitan diet yang aku buat...

so sebelum korang melihat perubahan badan aku better korang tahu apa itu DIET ATKINS

kalu korang google berlambak penerangan tentang atkins dalam bahasa melayu or english..

so terpulang pada korang nak study yang mana...
nak bermula harus kena belajar..kena ada ilmu.. jangan tengok orang kurus korang ikut pastu korang xleh nak adapt.. cewahhh macam konsultan lak..heeeee

so jom tengok apa itu ATKINS




Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.


Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
********************************************************
Yang anda Boleh Makan:
1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…
3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Anda boleh cuba selama 2 minggu dan lihat hasilnya..


percaya atau tidak? i lost 8kg dalam first week...?