Jumaat, 4 April 2014

RESEPI EJ : TAUHU KUKUS GORENG


Hai Assalamualaikum dan selamat petang jumaat.. saya selitkan sedikit resepi... memang sedap tak rugi mencuba...

RESEPI TAUHU KUKUS GORENG

Resepi Asal : 
Facebook :- 1001 IDEAL MASAKAN & MAKANAN

BAHAN A

2 keping tauhu petak
2 biji tauhutelur
2 biji telur
2 sudu kecil maggi cukup rasa
sedikit lada sulah
isi ayam/daging hancur secukup-cukupnya
(blender semua bahan A )

BAHAN B 

daun Sup racik halus
Daun bawang - racik halus
cili merah - buang biji dan hiris halus
bawang Goreng
( boleh tambah sayuran seperti lobak merah dan kubis )

BAHAN C

telur- di pukul sedikit menggunakan garfu

CARA-CARA

Campur BAHAN A dan BAHAN B, Gaul sebati
kukus selama lebih kurang 30 minit
biarkan sejuk dan potong
Sadurkan dengan telur dan goreng hingga kekuningan/garing
sedia di hidang bersama sos  cili
Siap di Kukus

Olahan Resepi oleh saya.. kan memang suka menderhaka.. so saya ikut apa selera tekak saya mahu.. ini resepi saya olah
TAUHU AYAM KUKUS

BAHAN A

2 ketul tauhu petak
2 Ketul  tauhu telur ( tauhu tiub)
2 biji telur
1 sudu besar lada hitam biji
1 sudu besar serbuk lada putih
1/2 cawan isi ayam kisar
Secubit garam

BAHAN B

Daun sup – potong halus
Daun Bawang- potong halus
Cabai besar merah – buang biji dan potong halus
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji kentang potong dadu
½ cawan isi ayam kisar

BAHAN C

Telur pukul dan sedikit garam

Bahan A – blend hingga hancur
Campur bahan A kedalam Bahan B , gaul sebati
Kukus 30 minit hingga keras
Sejukkan dan potong
Celup dalam bahan C dan goreng kekuningan
Siap dan hidang dengan sos
Siap Di Goreng

P/s : BAHAN B boleh la tambah apa yang anda suka.. nak tambah udang hidup ke, daging kiub ke... terpulang... asal ikut selera anda.. selamat mencuba yea

1 ulasan:

sherlina halim berkata...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/