Khamis, 27 Februari 2014

Resepi Atkins Ej: Resepi Ke8 - Bubur "Nasi" ala Atkins

Bubur Cauliflower

Salam dan selamat beratkins


Hari ini saya nak cuba kongsi Resepi bubur " Nasi " ala Atkins

suka saya menyebut "Nasi" bagi mengantikan nama Cauliflower, sebabnya leh menghilangkan rindu pada pengemar nasi Kipas Susah Mati ( Hard die fan ).. hahaha

ok bagi yang betul2 rindu pada nasi ... ni resepi bubur Moi tuk korang.. 


RESEPI BUBUR CAULIFLOWER

1 mangkuk Cauliflower / Bunga Kobis
2 Cawan Air - 1 cawan untuk rebusan 1 cawan untuk masak
Garam
Lada putih / lada sulah
lada hitam
sebiji telur

Bahan Hiasan
daun sup dan bawang
ikan bilis goreng
cili merah


CARA-CARANYA:-

1.Rebus Cauliflower sampai empuk dan toskan air nya

2.Selepas itu blend kasar / hancur terpulang pada citarasa

3.masukkan dalam periuk dan tuangkan 1 cawan air - if nak kuah banyk letak secawan if taknak 1/2 cawan pun sudah memadai

4.masak sehingga mendidih 

5.masukkan bahan perasa ( lada putih, lada hitam dan garam)

6.akhir sekali pecahkan telur dan biarkan telur masak

7.angkat dan hidangkan dengan bahan hiasan

done!!!

NOTA TAPAK KAKI : kalau nak lebih sedap air boleh diganti dengan santan perahan bukan santan kotak ye... 




Tiada ulasan: