Rabu, 19 Februari 2014

Resepi Atkins Ej : Daging Goreng Suka Hati

Daging Suka Hati


Nama tak leh blah kan... hahahah ..nak buat camner nama pun resepi rekaan.. tak tahu nak letak nama apa kat resepi..kang panjang2 mengalahkan nama menu secenot Hotel Five Stars.. owh nape kata menu seconet yea.. kuikuiukui.. yelah nama bukan main gah tapi yang hado lam pinggan besar tu dua kli suap je dah habis... hahaha.. ni puas hati sikit.. masak sendiri

buat Menu ini ada ceritanya... tak tahu lah man silapnya... daging tu tak taruk garam... hahaha.. g opis makan sambil senyum seolah-olah makanan yg di masak paling wassss kebabom meletup2 keenakan lam mulut.. walhal perit nak telan Allah je tahu... ( jangan tiru tau.. membohong tu berdosa pada mulut dan perut serta otak)... hahaha

ok lah meh nak bagi resepi atkins kat korang.. ni menu hari ke tiga berDA.. masih mengekalkan istilah "Clean Food"


Resepi Daging Goreng Suka Hati

1 Mangkuk Daging di potong dadu
1 sudu lada hita
1 ulas bawng putih ketuk je
1 potongan bulat bawang besar
2 sudu minyak zaitun/ sayur
sayur2an ikut suka
garam
daun sup & bawang


masukkan minyak dan masukkan bawang putih
masukkan daging goreng sampai masak
masukkan bahan perasa
masukkan sayur2an dan bawang besar
dah siap!!!

senang kan..

owh tu ikan goreng.. masa gemok makanan banyak tu mana cukup kan.. tapi bila berDA makan daging tu ikan tu simpan je..xmakan2.. hahahah orang gemok masa berDA makan sikit percayalah

selamat mencuba