Selasa, 27 Ogos 2013

Next: Wiring

Bila dah dapat kunci , episod seterusnya pun bermula...
apa lagi wiring lah dulu...
alhamdullilah en faizal memang berkemahiran dalam bab ni.. 
dia punya lukisan atau draf... lukisan engineering dia perghhhhh
wa caya sama lu lah dear..
patut dapat A1 dalam LK...kikiki
dia dah sketch awal2 dah tapi xjumpa lak gambar tu.. nanti update la... hihi

proses pertama lukis pelan lantai- DONE!!
seterusnya proses tarik kabel n buat lubang2 downlight dan sebagainya
balik kerja je terus dia ke sini sampai jam 9-10 malam
kan buat sensorang.. 
sib berani... bravo!!


ni eksen je.. si arip ni... kikiki
wah wah wah.. dia punya Pose kalah orang yang buat kerja... hahahaha

ni hasil tu hall... 
jadi style lak downlight petak ni
kami aim lama dah sejak mula tengok rumah contoh dekat taman bunga raya kuala kangsar
terus servey rege... 
masuk satu kedai tu ya rabbi mahalnye.. 1 set lampu rm 40.
kami hold dulu sebab lambat lagi nak masuk rumah
cari la punyalah jauh last-last kat kuala jugak murah..kiki
rm 18.00 je satu set.. bezakan?


air cond tu kami upah kedai yang pasang.cuma en faizal tak suka kabel tu nampak so dia pergi tambah casing bagi kemas... kami sengaja memilih ruang tengah tuk pasang air cond supaya kami senang nak pasang langsir tinggi nanti.. fefeling hotel.. hahahah tak menahan
so xdapat la back to back 


ok tu je.. xde tips..hihihhii








Jumaat, 23 Ogos 2013

Proses memasang Grill dan Awning

Selepas menerima kunci kami terus ke kedai yang kami aim sejak beberapa bulan lagi untuk menempah grill dan awning...

setelah ke kedai n pekerja datang sukat dan mengira semua kos kami membayar wang pendahuluan...
dalam masa 2 minggu grill kami dah di pasang dan juga awning


 
di sini nak khabarkan sedikit...

Tips menempah grill dan awning

korang servey la beberapa buah kedai.. 
1) banding kan harga
2) lihat design terkini
3) tanya harga sekaki - jgn suh dia kira terus nnti dia tambah2 sendiri... kalu kita tahu harga sekaki kita leh kira sekali.. hihiii
4) apa free gift dapat ( kan bab free aku suka ..hahaha)



aku nye grill dia bagi bunga2 cinta ni sebagai free.dia kasi kaler putih je semua.... memandang kan kami orang pertama yang pasang maka berkoyan2 la orang2 lain datang bertanya itu ini...maka hampir setiap rumah di situ mempunyai grill yang sama..ohhh tidakkkk oh noo.. maka malam sebelum raya kami senyap2 g beli cat kaler kami kaler bunga2 cinta tu..hahahahah..nyesal lak xsuh dorang kalerkan ... xbazir duit..

bila orang datang menjenguk ...dimana tempah.. berapa harga itu pertanyaan biasa...- rasa macam umah contoh lak.. weeee

kelebihannya dapat ramai kawan baru.. sambil siap kan kaminye umah leh kami jadi kiah busy jenguk umah orang lain menambah mesra kan hubungan amin

setiap inci bilik kami pasang termasuk 2 bilik yg mempunyai siling tinggi kami pasangkan grill tuk keselamatan..

so total harga :

Grill 
sliding door, tingkap bilik utama, bilik 2, ke 3, ke empat, sedikit ruang udara dapur, pintu belakng yang kami gantikan dengan pintu besi  = rm 2500.00

Awning:
 Porch depan
dan  Belakang dapur 20 X 4
=RM 2800
 
TOTAL : RM 2500 + RM 2800 = RM5300.00

Korang servey la harga paling murah tau..sebab bila ada jiran2 lain yang pasang banyak lagi dorang dapat harga lebih murah dari kami... ini kelebihan pasang lambat sedikit dari orang lain.. leh tanya2..

P/s: kami terpaksa rushing sebabnya kami nak duduk awal bulan tuk elakkan bayar sewa bulan berikutnya memandangkan gaji encik faizal dah start potong... 

lambat2 Ha?!!! nak makan pasir?.. hahahahah

Khamis, 22 Ogos 2013

Hari Penerimaan Kunci Rumah

Muka ceria encik Mohd Faizal
Bersaksikan sliding door dan rumah-rumah kosong... hahahahah.. tanggal 22 April jam lebih kurang 2 Petang.. janji 1.00 Tengahari tapi lewat sejam encik wak ni datang.... kihkih.... Kami menerima kunci rumah... sebelum kami tandatangan segala surat kepuasan hati kami di bawak memeriksa sekali cacat cela rumah yang kita bakal terima...

mu jur jugak encik wak ni baik yang mana mata kami xnampak dia nampak.. dia suh kami tulis jea.. kami komplen sebab kami ada hak kan?... waranty 18 bulan dari  dapat kunci kami boleh terima segala cacat cela di ganti dengan yang lain.. alhamdullilah rumah kami hanya mengalami sedikit je kerosakan... simen tak rata, flust tandas kedua tak berfungsi dan juga paip air sinki loose... tu je...

rumah-rumah lain ada yang siling bocor, siling retak, tingkap pecah dan sebagainya.... setelah puas hati maka encik faizal pun menandatangangi surat penerimaan kunci dan bermulalah episod kami seterusnya....

ok nanti sambung lagi... daaa

Selasa, 20 Ogos 2013

Rumah Kecil kami

Salam and salute
Alhamdullilah kami telah pun memiliki rumah idaman kami
3 tahun kami menunggu
sudah hampir 4 bulan kami dah duduk di kediaman kami
amin amin amin

 Nak tahu kronologi pembelian rumah ni? nanti aku story..ins sha allah boleh jadi panduan pada anda2 yang di luar sana.. ins sha allah yea

kalau nak singgah ni alamat ke rumah kami..jemputlah
ok kita mula....hihihh suspens lak..kuikui
mula2 aku lah yang jumpa pamplet rumah ni... masa tu aku ngah baca surat khabar kat PKG Talang... tengok macam menarik.. harga masa tu tahun 2009  RM119 800 dengan Free law Fees..
aku bab2 guaman free ni lah aku laju je... tanya jugak pendapat kawan2 yang telah beli fasa mula2.. ada banyak pendapat... nekad nak juga..

balik rumah pujuk suami... masa tu encik faizal tak mahu lagi beli rumah..katanya ekonomi belum stabil.. bila buat penilaian memang la xcukup..pas tolak gaji makan pasir lah kami nanti...
takpe aku bab mengira perbelanjaan memang terbaik..walau pun langsung xde kepakaran dalam khidmat nasihat kewangan ni tapi termakan jugak godaan dan pujukan rayu aku ni,... hahah sib xgoda secara seksi ja.. hahahahah (jangan bayangkan...dosa)..kahkahkah

Kami ni dua-dua bergred 17 je.. bukanlah bergaji diploma atau degree..cuma bergaji gred SPM... so bukan nak cakap or ngeluh cuma nak bagitau kat korang yang bergred rendah jangan lah gusar... ins sha allah niat baik lagipun nak kukuhkan hubungan kekeluargaan n membina keluarga sakinah mestilah banyak dugaan dan adalah rezeki yang kita tak jangka.. lagi satu mestilah tanam dalam diri..UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI!!!! tu penting... tengok orang buat apa pun kadang-kadang aku pun ada keinginan membuak-buak..

ok dah kelaut..hahahhaaha

Jalan2 lihat kawasan sekeliling

sambung lagi...

masa tahun 2009 ..KGT (kenaikan Gaji Tahunan) kami adalah sebanyak rm 49.++ dah lupa sahaja... bayangkan kalau kami tolak gaji bayar rumah kami hanya dapat 50 inggit la katakan setahun... kesian kan... tapi aku yakinkan juga encik faizal..aku ckp pejam mata iangat 5 tahun nanti mcmana?.. rm250 kan?.. banyak dah tu untuk kita...

tengahari esoknya , kami pergi ke pemaju, tengok2 dan nak booking... Ya ALLAH dugaan lagi.. nak tahu apa? Basic gaji encik faizal tak cukup... kami tak layak nak beli umah ni.. huhuu sedih gila... kalau kerja kerajaan nak membeli rumah berharga 120K kami haruslah mempunyai basic gaji rm1000.. encik faizal cuma masa tu 900++ sahaja..tahun depannya APRIL baru cukup 1000..see seperti aku cakap memang kalu kami beli kami akan makan pasir anak beranak... hohoho sedih lagi

Tapi memang nak jadi rezeki kami, kerani pemaju perumahan cakap takpe dia tunggu sebab rumah pun baru nak naik... dia boleh tunggu payslip tahun depan... fuh fuh fuh lega sangat-sangat..

dan muncul dugaan lagi nak booking kena bayar RM1000.. hahahaha.. kami xcukup duit...kami hanya punyai RM500 di tangan... ( nilah padah xde simpanan..silalah menyimpan yea dr awal)...

segan nak pinjam orang so kami kol la bonda di kampung... hehehee.. yeay bonda pinjamkan 500 lagi...alhamdullillah kami booking

start dari hari booking kami memasang impian dan harapan.. tak sabar tau nak memiliki rumah sendiri.... berapa lama harus di sewa? rumah makin mahal...kalau kami tunggu lagi sama je.. betul tak? apa yang sama? kami tetap makan pasir jugak nanti.... hihihi

dalam susah hati tu hari-hari doa Allah murahkan rezeki kami... Tup-tup rezeki Allah kita xtahu ada kenaikan gaji baru yang di umumkan... see? see? ada kan rezeki kita... bila, dimana hanya Dia yang tahu,....

Tuan rumah bergambar kenang-kenangan .. hahahaha
ni lah sedikit sebanyak kronologi bagaimana kami memiliki dan bertekad membeli rumah... semoga rumah kami yang kecil ini menjadi syurga kami dan kami semua beroleh keleuarga sakinah..amin
okay nanti sambung lagi.. hihihi

pandangan belakang
bye bye.. :)