Isnin, 22 April 2013

KARI IKAN PARI


 selamat pagi
kali ini resepi kari lagi.. aiyakkk adakah aku dah mix bollywood dalam darah aku.. aku malaywood lah... biasalah duk malaysia pelbagai citarasa boleh di dapati..

aku memang pengemar kari, kari pekat, kari cair, kari xde santan semua aku bedal asalkan namanya kari .. nak nak makan pulak dengan nasi panas dan setiti dua kicap manis.. perghhhh menjilat jari...kompom 4 kali tambah

ok kali ini resepi kari ikan pari.. tak lari byk pun dengan kari kepala ikan haritu.. 
 
sediakan bahan seperti diatas

BAHAN-BAHAN:-

3 Ulas bawang merah ricik halus
2 Ulas bawang putih jugak di ricik halus
1 Inci halia diricik halus
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
serbuk kari ikan di bancuh sedikit air jadikan paste
1 sudu teh serbuk kunyit
2 potong ikan pari di potong dadu
2 biji tomato
beberapa biji bendi
1 mangkuk air asam jawa
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa dan:-
minyak untuk menumis

bahan untuk menumis

CARA-CARANYA:-

panaskan minyak dan tumis bahan-bahan seperti diatas sampai garing

masukkan kari paste dan serbuk kunyit masak sehingga pecah minyak, tambahkan sedikit air

bila paste kari dah masak masukkan ikan dan sedikit air.. tunggu hingga ikan masak

masukkan air menutupi ikan dan santan secawan terlebih dahulu.

masukkan bendi dan tomato tunggu sehingga bendi empuk

masukkan santan selebihnya di ikuti garam, serbuk perasa dan air asam jawa

p/s: kalu pekat leh tambah air sedikit.. ikut pada kepekatan yang anda hendak... 

tunggu menggelegak tutup api dan siap...

selamat mencuba dan memasak

Khamis, 18 April 2013

ROTI JALA

Resepi kali ini kuih yang rata-rata ramai yang suka.. saya tak pernah pun buat.. ni percubaan kali pertama.. banyak saya google tapi resepi dari kak ita masam manis juga menarik perhatian...

blog kak ita memang kalau siapa singgah mesti akan ulang singgah banyak kali.. dengan teknik foodography dia memang macam pakar sangat.. tabik pada kak ita

cuma beza kaler je.. kak ita oren kuning , saya hijau kuning.. semangat kedah mungkin atau semangat BERSIH n PAS.. hahahaha.. maklumla nk pilihanraya...kihkih

oooooit xde kena mengena yea.. saja jea gurau..kang tak pasal2 kena ban ngan parti BN .. maybe lain kali saya suaikan MERAH and BIRU lak.. ok fair... jabat tangan balik.. ehehe

ok lets go dengan tujuan asal

so izinkan saya copy yea kak ita


ROTI JALA
By: Lynn
Rujukan : My Resepi

Bahan-bahan ~ Anggaran 10-15 orang.

450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur ~ di pukul sedikit
450 ml air ~ sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air 
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara-cara

Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya.
Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis dengan penapis halus.
Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus. 
Ketepikan adunan selama 20-30 minit. 
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan. 
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. 
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan. 
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan. 

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.



ACUAN MUDAH DAN SENANG DI KAWAL

Adunan mungkin agak banyak, jadi kepada keluarga yang tak ramai boleh rujuk resepi di bawah dari saudara Adnan Ibrahim. Resepi lebih kurang sama tapi dalam kuantiti yang sesuai untk keluarga yang tak ramai.


LOREKKAN TRADISIONAL

ROTI JALA
By : Adnan Ibrahim

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar ~ optional, kalau tak nak susu, letak air
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air atau minyak zaitun
Secubit garam

Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah.
Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi.
Ketepikan 10 minit.
Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci.
Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat
Kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung.
Kemaskan dan alih dalam pinggan.
Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap.
Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.

NI LOREKKAN SENDIRI.. ZIG ZAG

saya guna resepi yang pertama tapi di ganti serbuk kunyit dengan pewarna hijau dan kuning.

dan jugak mentega cair saya ganti dengan minyak jagung

buat banyak-banyak sebab nak bawak ke sekolah share ngan kawan-kawan... alhamdullilah licin



untuk yang berminat dengan botol acuan yang saya gunakan, saya beli di kedai DAISO di AEON Seksyen 18, Ipoh...




 ok.. selamat mencuba & selamat menjamu selera

Rabu, 17 April 2013

Paste Ikan Bakar

SUMBER: ins sha allah sumber halal..kihkih.. sumber dari dapur sendiri la..

hyeee.. nampak x saya rajin bulan ni... tiap-tiap hari takat ni saya update resepi.. rajin kan rajin kan.. hikhik... ni mai rajin la... setakat ni....takat esok lusa lom tau yea...

resepi ni saya tak ambik dari mana-mana pun.. hanya saya rasa dan feel apa bahan yang ada didalam paste yang pernah saya makan di kedai-kedai ikan bakar.. maybe tak sama dengan yang kedai-kedai ikan bakar buat tapi ins sha allah kena dengan selera kami sekeluarga

percaya atau tak resepi ni saya buat time saya balik kampung dan my ayah cakap leh jual.. siap cadangkan jual di bazar ramadhan.hahaha. walah weh hebat anak ayahbunda ni... hikhik

oklah jom cek resepi kali ini

RESEPI IKAN BAKAR ERDAYU

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan Talapia Merah sederhana besar (500gm)
semangkuk air asam jawa
garam
gula
serbuk perasa ( optional )
sedikit air
daun pisang yang di layur - if guna magic pan xyah guna daun pisang pun xpe....hikhikhik
minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
2 batang serai potong halus
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
5 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi ( optional nak pedas tambah lagi)
sedikit air jangan terlalu banyak nanti lambat pulak paste nak kering

CARA-CARANYA:-

panaskan sedikit minyak dalam kuali,  masukkan bahan kisar dan biar paste pecah minyak dan sedikit kering, masukkan air dan biarkan paste betul-betul masak.

masukkan sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.... suaikan rasa dengan kehendak tekak anda... bagi masin sikit n masam sikit sebab nanti nak bagi dia serap dalam ikan....

bila paste dah kering angkat dan ketepikan

PANGGANG IKAN:-

panaskan magic pan, atau sediakan tempat pembakar

ambik daun pisang dan letakkan sedikit paste diatas daun pisang, letakkan ikan dan letak sedikit lagi paste diatas ikan n didalam perut ikan sikit... balut ikan dengan daun dan letak diatas tempat pembakar.

if guna magic pan.. letakkan sedikit paste atas kuali dan letakkan ikan serta letak sedikit lagi paste diatas ikan.. then tutup magic pan, perlahankan api 10 minit tiap sebelah... buka magic pan dan cucuk ikan if kurang masak tambah 2 minit lagi.. dan letak lagi paste kalu rasa nak paste banyak ler... hihiihi

bila ikan dan masak angkat dan sediakan

ok sekian.. selamat memasak & menjamu selera...



Selasa, 16 April 2013

Kari Kepala Ikan


Ok kali ini permintaan ibu baru puan ayien... 

Jujur akui memang ni first time masak kari kepala ikan, bukan apa tensen aku tak makan kat kedai mamak tapi en suami pengemar kedai mamak. tapi sejak kawin ni di jarang ke sana.. ( tq memahami)..aisheh.. kalu pergi pon ngan kawan2 je.. kalau ajak si bini.. ops sorry memang tak..

jadi menyahut cabaran sebagai isteri solehah di mata suami .. tarik nafas panjang2 n try jugak.. walahaweh sedappp.. tu suami yang cakap... kihkihkih

en suami cakap .. pasni abang tak makan dh kat kedai mamak.. elek tipu je.. lusa tu kawan dia ajak laju jea g.. tapi makan roti canai la bukan kari kepala ikan..

sebenarnya tak berbaloi pun makan di kedai mamak seketul je rate RM 30- RM 40 seketul..tu paling murah kot... pergi je tesco beli seketul kepala ikan merah antara RM19.00 sekilo... yang ni aku beli baru rm11.00 tak sampai pun sekilo

ok jom tengok resepinya:-


BAHAN- BAHAN:-

1 ketul kepala ikan merah yang di cuci sebersihnya dan di rendam bersama air asam ( bagi hilang hanyir)
2 tangkai daun kari
1 paket / RM0.50 sen serbuk kari ikan (bancuh sedikit ngan air)
2 sudu serbuk kunyit
3 ulas bawang merah diracik halus
2 ulas bawang putih diracik halus
1 inci halia diracik halus
semangkuk air asam jawa
RM 1.00 Bendi
RM 2.00 santan pekat
garam,gula dan serbuk perasa ( optional)
minyak untuk menumis
air

Cara-caranya:
panaskan periuk yang ngam atau besar sedikit dari saiz kepala ikan.. untuk elakkan kepala ikan hancur
bahan2 yang di racik tadi & daun kari hingga garing.. masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan serbuk kunyit. tumis hingga rempah pecah minyak and masak
masukkan kepala ikan dan air bagi tenggelam sedikit je kepala ikan balik2 sekejap dan angkat.. just nak bg dia sebati rempah je.. letakkan kepala ikan di tepi dahulu.
masukkan air asam jawa, separuh dari santan, bendi
empukkan bendi dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa...
bila bendi dah empuk keluarkan bendi dan masukkan kepala ikan dengan santan yang selebihnya.. tutup periuk dan biarkan api kecil...

P/s: jangan kacau2 ikan nnti ikan akan pecah.. biokan dia mendidih...
bila ikan dah masak .. baru masukkan bendi yang dikeluarkan tadi ... tujuan asingkan bendi sekejap sebab xnak bendi jadi lembik....

sekian.. selamat memasak...


jemputlah.. hihihihi


Kerabu Kerang


Kerabu Kerang

jika post yang lepas berkait rapat dengan masakan kampung.. kali ini jugak versi yang sama... yea yea i admit i anak jati kampung... ( i bagai ..hahaha)

jika anda pulang ke kampung anda akan buat-buat muka kemalasan nak ke dapur sebab anda nak jugak suruh, paksa bunda anda masak bukan?... kalau x... kira aku sorang jea la... aku tolong sedia bahan je..  sebab aku nak mak aku jugak gaul masakan tersebut.. baru nama air tangan bunda.

bahan-bahan A:-

1. RM 1.00 pucuk paku ( dicelur )
2. RM 1.00 taugeh ( dicelur
3. isi kerang yang telah di rebus
4. Beberapa biji bawang merah kecil di racik halus
5. 1 paket kerisik ( beli yg original lagi sedap berbanding paket dari kilang)
6. 1 cawan santan pekat
7. Garam, Gula, & serbuk perasa

Bahan Kisar:
 Bawang merah 4 biji, cili padi 5 biji, 3 batang serai dan 2 inci lengkuas, 2 inci belacan

Cara-Caranya:-
Bahan A di masukkan kedalam besen sederhana besar kecuali santan, tuang bahan kisar dan gaul... masukan santan sedikit demi sedikit
sesuaikan rasa mengikut citarasa anda

P/s: sekian :)



Isnin, 15 April 2013

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Labu

Maaf gambo tak lawa.. ni bekal bawak ke tempat kerja..kongsi ramai-ramai bersama opismate

salam and salute!!!

lama kan x update.. malas ya rabbi la... lagipun dh berblogging dah x sama cam zaman bujang... byk nak story tapi malas jugak... hahaha..

siput adalah makanan kegemaran seisi rumah di kampung..sekarang hasut en suami pulak..saja masak kaw2 bagi dia termimpi2.. nnti di wish lagi leh uat lagi...

masa makan ngan adik beradik selalu jadikan permukaan siput yang hitan didepan tu sebagai tahi lalat.. macam sarimah ibrahim la apa lah.. hikhik... aduhai terkenangkan kampung

ok la pergi pada tujuan asal. Resepi resepi n resepi...

kali ni masakkan favourite kalau masak siput sedut.. resepi turun menurun air tangan bonda turun ke air tangan anak bonda .. puan emi

bahan-bahan:

1. 1/2 kilo siput sedut - beli sehari sebelum nak masak.. rendam dalam bekas berisi air telaga atau sungai kalu xde rendam dalam air paip yg airnya di tadah sejam sebelum nak rendam tuk elakkan siput mati keracunana klorin.. tujuan rendaman semalaman tuk hilangkan lendir, pasir, lumut yg ada didalam badan siput... ( uhsssss penat explain) - lepas tu potong ujung siput

2.  1/4 biji labu yang di buang kulit direbus dengan menggunakan air yang di sukat ngam2 tutup isi labu sahaja - ( ingat rebus samapai empuk... kalau air lebih buang sikit untuk bagi kuat xcair sangat nnti xsedap )

3. * 1 Labu bawang besar ( di tumbuk), *1 batang serai dititik,* se mangkuk kecil air asam jawa / 2 keping asam keping, *cili padi secukup rasa ( ditumbuk ), *1 sudu teh serbuk kunyit, garam, gula secukupnya

4. RM2.00 santan kelapa.. ( hikhikhik)

5.  selepas labu empuk masukkan bahan- bahan bertanda *

6. Masukkan santan dan tunggu mengeleggak... dan rasa sesuai citarasa

7. Akhir sekali masukkan siput. tunggu sehingga 2 atau 3 kali menggeleggak dan angkat...

P/S: siput jangan terlalu masak nnti xleh nak sedut keluar... kalu nak tahu masak ke tak ambik seekor dan try sedut kalu dah keluar maknanya masak n tutup api

cara makan siput ada style nye.. hahahahaha...