Khamis, 18 April 2013

ROTI JALA

Resepi kali ini kuih yang rata-rata ramai yang suka.. saya tak pernah pun buat.. ni percubaan kali pertama.. banyak saya google tapi resepi dari kak ita masam manis juga menarik perhatian...

blog kak ita memang kalau siapa singgah mesti akan ulang singgah banyak kali.. dengan teknik foodography dia memang macam pakar sangat.. tabik pada kak ita

cuma beza kaler je.. kak ita oren kuning , saya hijau kuning.. semangat kedah mungkin atau semangat BERSIH n PAS.. hahahaha.. maklumla nk pilihanraya...kihkih

oooooit xde kena mengena yea.. saja jea gurau..kang tak pasal2 kena ban ngan parti BN .. maybe lain kali saya suaikan MERAH and BIRU lak.. ok fair... jabat tangan balik.. ehehe

ok lets go dengan tujuan asal

so izinkan saya copy yea kak ita


ROTI JALA
By: Lynn
Rujukan : My Resepi

Bahan-bahan ~ Anggaran 10-15 orang.

450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur ~ di pukul sedikit
450 ml air ~ sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air 
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara-cara

Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya.
Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis dengan penapis halus.
Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus. 
Ketepikan adunan selama 20-30 minit. 
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan. 
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. 
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan. 
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan. 

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.



ACUAN MUDAH DAN SENANG DI KAWAL

Adunan mungkin agak banyak, jadi kepada keluarga yang tak ramai boleh rujuk resepi di bawah dari saudara Adnan Ibrahim. Resepi lebih kurang sama tapi dalam kuantiti yang sesuai untk keluarga yang tak ramai.


LOREKKAN TRADISIONAL

ROTI JALA
By : Adnan Ibrahim

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar ~ optional, kalau tak nak susu, letak air
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air atau minyak zaitun
Secubit garam

Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah.
Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi.
Ketepikan 10 minit.
Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci.
Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat
Kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung.
Kemaskan dan alih dalam pinggan.
Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap.
Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.

NI LOREKKAN SENDIRI.. ZIG ZAG

saya guna resepi yang pertama tapi di ganti serbuk kunyit dengan pewarna hijau dan kuning.

dan jugak mentega cair saya ganti dengan minyak jagung

buat banyak-banyak sebab nak bawak ke sekolah share ngan kawan-kawan... alhamdullilah licin



untuk yang berminat dengan botol acuan yang saya gunakan, saya beli di kedai DAISO di AEON Seksyen 18, Ipoh...




 ok.. selamat mencuba & selamat menjamu selera

Tiada ulasan: