Selasa, 11 Disember 2012

PAVLOVA ....

PAVLOVA...

mendengar namanya sahaja buat kita tertanya2... yupss org dah banyak dh buat saya baru nak buat..
saya ni elergik sikit kalu menda menlibatkan telur putih ni.. bukan alergik apa sbb kadang2 nak mengasing kuning n putih tu memang remeh.. dah la sensitif yang amat.. tapi kali ni nekad

resepi di ambik dari CIK MAT GEBU.. thanks cik mat

 ni versi CIK MAT GEBU

Bahan-bahan:-
150 gm putih telur ( anggaran 4 biji)
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
whipping cream secukupnya dan buah2an segar


ni bulatan saiz 9cm 

Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 150C , sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel dan terbalikkan
2. Putar putih telur sehingga berbuih dan masukkan gula kastor sedikit deme sedikit pukul hingga kental dan berkilat
3. masukkan tepung jagung dan cuka ... kacau teknik kaup balik menggunakan spatula sahaja.. masukkan dalam piping bag dengan nozel saiz 9 ..paipkan bulatan mengikut saiz yang dilukis
4. turunkan suhu oven 120C dan bakar selama 1 jam 20 minit. sejukkan dan paipkan whipping cream serta susun buah2an kesukaan anda





Ni versi aku:

bahan-bahan:-\
 telur putih 75gm ( anggarn 3 biji saiz C)
1/2 cawan gula kastor
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/4 sudu teh esen vanila

dengan menggunakan teknik yang sama aku dapat hasilkan 5 biji pavlova bersaiz 9cm dengan mata nozel bentuk bintang saiz no 4

aku just bakar selama 90 minit sahaja...
 :)

crust aku yg xberaapa menarik tapi memang rasa terbaik... wah puji diri sendiri..kuikui