Selasa, 31 Januari 2012

Maggi Goreng Bujang

dongak ke langit gelap gelita,
hujan tunggu masa nak turun,
makan panas-panas terangkat punya,
maggie bujang hasil sentuhan.


 ehehe pantun tak bagai....tak kena gaya pun..ekekkeek...lantak ko lah labu..
menu petang ni ini jea..malas nak menyinggah ke kedai nak membeli barang2 yang dah kehabisan..
mula-mula niat nak buat garlic bread tak jadi pula.. so esok lah yang tu tunda....
 hujan memang lebat...hati gundah gulana tunggu suami pulang dari tempat kerja...risau takut ribut di tengah2 perjalanan..hari ini suami bawak motor pulak..kalu bawak kereta xpula hujan..memang dugaan...
tunggu punya tunggu dah dekat pukul 6 tak sampai2 lagi...15 minit kemudian dengar enjin motor jenguk memang en suami tersayang dah pulang ...syukur
 tunggu di depan pintu dengan kain tuala..kesian dah lenjun...pastu apa lagi sambil tunggu dia buka sweater di luar sediakan dia milo panas...takut dia demam pula esok...terus pesan suruh mandi...suami tanya buat apa hari ni..rasa serba salah pula..hari ni tak masak apa2...pastu nasib dengar en suami cakap nak maggie lapar sangat..mungkin kena hujan perut cepat je bekeroncong..ehhee..so tunggu dia mandi maka bersilatlah didapur.. so tadaaa hasillah maggi bujang je

BAHAN-BAHAN:-

1 paket maggi kari ( direbus dan ditoskan)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu pes cili
1 sudu sos cili
3 sudu kicap
garam secukup rasa
sayur-sayuran

Bahan Hiasan:-
1 biji telur ( di goreng mata )
cili potong dan kicap

CARA-CARANYA:-

*tumis bawang putih, dan pes cili hingga garing...
*masukkan sos cili dan kicap serta perncah kari maggie
*masukkan maggi yang telah di celur terlebih dahulu
*masukkan garam dan sayur-sayuran
*sedia untuk dihidangkan


http://www.emocutez.comMenu bujang je..selamat menjamu selera

Isnin, 30 Januari 2012

Karipap Rangup berinti Sardin


KARIPAP SARDIN



BAHAN-BAHANNYA:-

Kulit Karipap:

250gm tepung gandum
2 sudu marjerin ( dipanaskan)
2 sudu minyak ( dipanaskan)
1/2 sudu garam
sedikit air


Cara-Caranya:

* Campurkan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit
*Uli hingga menjadi doh




BAHAN INTI:-

1 biji kentang / keledek
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tin sardin kecil
1 sudu pes cili (optional kalau nak pedas)
sedikit jus limau atau air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara-Caranya
* tumis bawang besar dan putih hingga garing
*masukkan pes cili dan goreng hingga masak
* masukkan keledek / kentang yang di potong dadu
* masak hingga empuk dan masukkan sardin yang di penyek halus2
* masukkan garam,gula dan air asam jawa secukup rasa
* masak hingga kering dah sejukkan


http://www.emocutez.comselamat mencuba

Bubur Tepung Gunting


kali ini hidangan zaman-zaman 80-an dan 90-an dahulu.. teringat zaman-zaman kanak. bubur tepung gunting adalah antara makanan kegemaran ketika dahulu..

dulu satu kaler jea jumpa..kaler putih jea..eheehe...xde lagi warna-warni yang wujud..tapi tu dulu..sekarang telah di variasikan oleh emi lak..sekali tengok seakan2 bubur cha cha pula.

tapi berbeza yea..bubur cha-cha di rebus tepung kering yag di beli di kedai..tepung gunting di buat sendiri adunan hingga menjadi satu manisan yang sangat nikmatnya

so jom enjoy

BAHAN-BAHANNYA:-

untuk tepung gunting

2 cawan tepung gandum
sedikit air
garam
sedikit gula
pewarna pilihan ( kuning, hijau, pink)

Untuk Kuah bubur

3 sudu sagu
100ml santal pekat
1 cawan air
1 ketul gula melaka
4 sudu gula putih
1 sudu garam
2 helai daun pandan


CARA-CARANYA:-

* masukkan semua bahan nak membuat tepung gunting didalam bekas..
*Kacau hingga menjadi likat seperti adunan nak buat kuih ketayap
* Panaskan Non stick pan dan ceduk adunan ke atas kuali dan terapkan
* terbalikkan adunan dan tunggu hingga masak
* buat sehingga habis adunan
* Gunting adunan mengikut citarsa masing2


Untuk Kuah Bubur
* panaskan air dan gula melaka
* kacau hingga gula hancur
* masukkan santan dan kacau perlahan2
* masukkan daun pandan dan sagu
* masukkan gula dan garam
* tunggu sagu kembang dan masukkan adunan tepung gunting
* kacau hingga sebati dan skuah serap ke dalam tepung
* sedia untuk di hidangkan


http://www.emocutez.commengimbau nostalgia betol

Jumaat, 27 Januari 2012

Kerang Berempah Resepi Rahsia..


Resepi kali ini adalah menu makan tengahari, atau malam pun boleh...

bosan dengan kerang rebus jea kan...kali ini emi cuba resepi sendiri..tak tahu nak buh nama apa so terhasillah nama kerang berempah resepi rahsia...

dah rahsia pulak kan?..tak delah rahsia sendiri..so kalu sapa nak masak jadi rahsia dia pulak...so rahsia air tangan kan..ehehehe....

so let check it out:- (semoga resepi ini akan menjadi masakan kegemaran anda pula yea...ehehe)

BAHAN-BAHAN:-

1/2 Kilo kerang
100 ml santan pekat
1 biji keledek oren
1 sudu cili kering (di rebus blend dengan bawang merah, putih dan belacan)
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu sos tiram
1 keping asam keping
1 sudu gula
1 papan petai (di kopek kulitnya..hanya ambik isi)
4 ulas cili padi (diketuk)
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar ( di racik halus)
2 ulas bawang putih ( di racik halus )am dan serbuk perasa
gar

CARA-CARANYA:-

*cuci kerang sebersih2nya....toskan hingga air kering
* dalam kuali masukkan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing
* masukkan cili kering yang di blend.. masak sehingga pecah minyak
*masukkan serbuk kunyit, serbuk kari dan sos tiram
*masukkan asam keping
*masukkan keledek yang dipotong kecil dan air..
*masukkan sedikit santan dan biar kentang empuk...sambil tu kacau jangan bagi santan berkepala..
*masukkan petai yang dikopek dan cili padi yang diketuk
*masukkan garam dan gula serta serbuk perasa
*masukkan santan yang selebihnya..tunggu mendidih dan masukkan kerang
*kacau kerang sehingga kulit terbuka...
*tutup api dan sedia dihidangkan

selamat mencuba....




http://www.emocutez.comP/s: kuah haruslah sedikit kering sebelum masukkan kerang..kerana kerang dah mempunyai air nya sendiri...bimbang lari rasa kalu air banyak sangat.

P/s 2:- asam keping cukup 1 sahaja untuk menghindarkan hanyir..kalu masuk banyak akan menghilangkan manis kerang...

Jumaat, 20 Januari 2012

Roti goreng lilit atau Pintal

petang semalam buat yang ni...sebenarnya nak kongsi satu rahsia..eheheh jeng jeng jeng... sebenarnyakan emi dulu takut sangat nak membuat roti...cuak gila takut xmenjadi...then pernah terpikir kena ada breadmaker (BM) dulu ke baru roti leh jadi...tapi tu semua xjadi masalah untuk mencuba...janji semangat ada dan kerajinan datang dan yang penting anda larat untuk menguli adunan hingga jadi doh..eheeee

so tanpa membuang masa meh kita layan resepi ni...resepi kali ni juga di ambil dari kak wan tapi di ubah sikit sebab terlajak letak susu...so terpaksa tambah tepung dan yis....

emi bagi resepi asal jea la eh..


RESEPI ROTI LILIT

350 gm tepung gandum
125ml susu suam
1 sudu yis mauripan
1/ 2 sudu garam
4 sudu gula kaster
1 sudu minyak masak
1 biji telur saiz B
minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA:-

*yis di kacau kedalam susu suam...
*dalam bekas lain satukan bahan2 lain kecuali garam...
* masukkan bancuhan susu dan yis sedikit demi sedikit
* masukkan garam
*uli adunan hingga jadi doh
*tutup adunan 30 minit (biarkan adunan naik)
* timbang setiap adunan sebanyak 40 gm dan bulatkan
* lilit adunan mengikut kreativiti sendiri

http://www.emocutez.comp/s : Adunan ni juga boleh dililit ke sosej...eheeh

Rabu, 18 Januari 2012

Lemon Meringue cheese Tart

Salam...

resepi kali ini hasil dari lawatan ke rumah kak wan ( resepicitarasawan)...

so mencubalah sendirinya..walaupun xsecomel kak wan buat tapi bolehla...percubaan pertama kan..rasanya sangat enak...masam,manis....

dan yang paling penting tart nya comel...kali ini hanya menggunakan acuan mini jea..
kulit tart

BAHAN-BAHAN KULIT

Kulit Tart
210gm tepung gandum
1/8 sudu teh garam
113gm mentega
50gm gula kaster
1 kuning telur A - pukul ringan

Cara-Caranya:-

*Pukul mentega dan gula .
* Masukkan bahan2 lain dan uli sehingga menjadi doh
*masukkan dalam acuan Tart dan bakar pada suhu 170 selama 20 minit

shell pasty jugak di panggil
sebelah kiri lemon Curd dan kanan adunan meringue

BAHAN-BAHAN LEMON CURD

Lemon Curd

3 Biji telur
120 ml jus lemon
120gm gula pasir
60gm mentega
2 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu whipping cream

Cara-caranya:-
*pukul telur menggunakan Whisk sahaja
*Masukkan semua bahan dan masak diatas api hingga pekat
*Masukkan kedalam bekas bertutup dan sejukkan di dalam peti sejuk

Adunan Krim Keju

250gm cream keju
60gm gula kaster
2 sudu besar lemon curd
1 biji telur
1 sudu tepung jagung
80ml whipping cream


Cara-Caranya:

*pukul Krim keju bersama gula hingga licin
*masukkan semua bahan dan pukul semula hingga sebati
*masukkan kedalam piping bag

Meringue

4 biji putih telur
130gm gula kaster
1/2 sudu cream of tartar

Cara-Caranya:-

*Pukul putih telur ngan cream of tartar
*masukkan gula dan pukul hingga bertanduk



kulit yang siap di piping cheese sebagai filling
dah siap...taddaaaa


bila semua dah masak...

*Ambik shell dan paipkan cheese bakar selama 5-8 minit pada suhu 170
* masukkan lemon curd dan bakr lagi selama 5 minit
*paipkan meringue untuk hiasan...


http://www.emocutez.comselamat mencuba

Sabtu, 14 Januari 2012

Mee Goreng Basah



hari sabtu dan ahad bolehla share menu pagi..mesti korang dah jemu ngan kueh mueh kan..ehehe..almaklumlah sebagai isteri yang berkerja sarapan pagi kadang2 jea dapat disediakan waktu hari bekerja betul dak..lagi pun suami emi kuarang sikit nak makan breakfast pagi2 sangat..so kalau buat breakfast pun bagi bekal jea...

arini dapatlah sediakan menu ala kadar jea.. MEE GORENG BASAH.. mode taram jea apa yang ada..alamak SOS Cili dah habis..so menu kali ni xde guna SoS Cili pun.. rasa tetap xberubah..

meh layannnnn..

BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang putih di ketuk
2 sudu besar cili kering (di blend bersama bawang merah, putih dan belacan)
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
5 sudu kicap lemak manis
garam secukup rasa sesedap sendiri...
200 gram isi ayam
200 gram daging
6 ekor udang sederhana besar
200 gram sotong dipotong cincin
2 biji telur ayam
1 paket mee kuning
3 Pokok sayur sawi
20 gm taugeh
minyak untuk mengoreng

Bahan Hiasan
cili padi
limau kasturi

CARA-CARANYA:-

1. panaskan kuali masukkan minyak
2. tumis bawang putih yang di ketuk
3. masukkan udang dan goreng sebentar.. (angkat dahulu.. tujuan goreng udang nak dapatkan bau udang dan manis udang tadi)
4. tumis cili kering hingga pecah minyak...
5. masukkan kicap manis, pekat dan sos tiram.. kacau sebentar
6. masukkan daging dan ayam..kacau hingga masak
7. masukkan sotong
8. pecahkan telur dan goreng sebentar
9. Maukkan garam dan sedikit gula
10. masukkan mee kuning kacau 3 minit
11. masukkan sayur sawi dan kacau hingga masak
12. akhir sekali masukkan taugeh..kacau sekejap jea sebab taknak taugeh lembut..bila makan rasa ranggup lagi

* hias mee goreng dengan cili padi dan limau kasturi


http://www.emocutez.comselamat mencuba .....

Khamis, 12 Januari 2012

Donut Kentang




kalau apa2 menda buh kentang or keledek memang sangat sedap..tak percaya silalah cuba buat anda pasti xmenyesal..contohnya PAU ROSE yang emi pernah buat haritu..sampai hari ini terbayang-bayang kenikmatan dan kegebuaan nya...

so kali ini emi Sharekan Resepi KENTANG DONUT hasil carian dari internet pagi tadi..mujurlah semua bahan cuma 2 3 bahan yang xde tapi emi ubah

resepi asal menggunakan 4 biji kuning telur dan susu tepung..di sebabkan telur ada 3 biji emi hentam jea hasilnya xmengecewakan..risau juga xmenjadi..biasalah selalu derhaka..eheheh

dan yang paling penting SUSU TEPUNG saya xada.maklumlah belum ada anak so xde stok susu tepung so saya gantikan dengan SUSU KAMBING tepung 3 in 1 jenama HI-GOAT...ehehee..rasanya urhhhh enak sekali

so tanpa membuang masa meh kita cuba resepi kali ini



Bahan-bahan

500 gr tepung gandum
50 gr susu kambing / susu tepung
11 gram yis
200 gr kentang, kukus, blender dan sejukkan
100 gram gula psir
75 gram saya guna marjerin
½ sdt garam
3 biji kuning telur / 4 biji
100 ml air sejuk dari peti ais

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, yis segera, kacau rata, masukkan kentang yang di blender ,masukkan telur dan air sejuk, uli hingga rata
.
Masukkan marjerin dan garam, uli terus hingga menjadi doh tidak melekat di tangan. rehatkan 15 minit biar adunan naikk sedikit.....
bahagiakan adunan 35gm... bulat-bulatkan dan tekan di tengah untuk membuat lubang donut
goreng hingga garing.. angkat dah sejukkan sebelum ditabur gula ising...




sumber: izah Muffin


http://www.emocutez.com

karipap Pusing Mat Gebu



resepi kali ini aku ambik dari Dapur Tanpa Sempadan encik Mat Gebu...seronok tengok beliau masak....walaupun lelaki kan...terer...

tapi untuk inti citarasa sendiri...so meh kita tengok apa yang boleh di kongsikan..ehehe..

KULIT:

Bahan A:

260 g tepung gandum
50 g Marjerin
20 g gula halus
1/4 sudu teh garam
air sekucupnya ( adunan xmelekit kat tangan)

Bahan B

180 g tepung gandum
80 gm shortening / minyak sayur

CARA-CARANYA:

Bahan A di gaul sebati hingga tidak melekat
Bahan B juga di gaul sebati hingga menjadi doh

Bahagikan Bahan A dan B sama banyak..

lenyekkan bahan A dan letak bahan B di atas Bahan A...canaikan dan gulung...potong kepada 8 bahagian dan tiap-tiap bahagian di canai dan di letakkan inti

* Maaf entri tiada gambar proses pembikinan..bolehlah google cara2 nya yea..ehehe

INTI:

kali ini emi buat INTI DAGING PEDAS...

2 biji keledek oren
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji cili merah
sedikit daun sup dan daun bawang
1 paket serbuk kari
200 gm daging di potong kecil / daging kisar
100 gm udang kering di tumbuk halus
1 inci halia
3 biji bawang putih
minyak untuk menumis
sedikit daun kari (optional)
garam
gula

CARA-CARANYA:
tumbuk bawang putih dan halia..
tumis halia, bawang besar dan bawang putih hingga garing..masukkan serbuk kari ..tumis hingga pecah minyak..masukkan daging dan kentang...masak sehingga kentang empuk
masukkan garam dan sedikit gula sebagai bahan perasa...
masukkan cili besar merah yg di cincang halus dan juga daun bawang
masukkan udang kering
tunggu inti masak dan air kering




http://www.emocutez.com

Selasa, 10 Januari 2012

Resepi Kuih Kasturi / Kuih Kacang




RESEPINYA:-

1 cawan kacang hijau di rebus hingga empuk
1/2 cawan gula
1/2 sudu garam

adunan siap untuk di celup dan di goreng

CARA-CARANYA:-
*bila kacang dah empuk dan air kering, masukkan gula dan garam dan biarkan ianya kering..
*angkat dan sejukkan...(biar betul2 sejuk untuk senang dibentuk)
* bila dan sejuk ambik adunan sebesar bola pingpong dan leperkan...

bancuhan tepung untuk di goreng

UNTUK BANCUHAN TEPUNG

1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu mentega
secubit garam
secubit gula
1 cawan air.
sedikit pewarna kuning

campurkan semua bahan kecuali air.. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan wisk....celup adunan kedalam tepung dan goreng
sedia untuk digoreng


http://www.emocutez.comlayan time panas-panas memang syahdu..jemputlah makan

Rabu, 4 Januari 2012

Swan Cream Puff or Swan Castard Puff

anak2 angsa berenang-renang


resepinya:-

BAHAN-BAHAN untuk badan angsa

150 gm tepung gandum
4 biji telur gred B
110gm mentega
250ml air
1/4 sudu teh garam
1 sudu gula

caranya:

* Masak air, garam,gula dan butter
*masukkan tepung dan kacau hingga menjadi doh
* tutup sebentar api dan kacau
*buka semula api dan kacau 2 3 minit lagi
*pecahkan telur 1 / 1 dan kacau hingga boleh di paip

Cara Bakar
* letak kertas minyak di atas dulang pembakar dan griskan
* Paip kan doh dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit dan turunkan suhu 160C selama 15 minit lagi
* untuk kepala swan paipkan huruf S dan bakar selama 10minit

UNTUK BAHAN KRIM KASTARD

* 250ml susu segar
* 2 sudu besar tepung kastard
* 2 sudu besar gula (nak manis tambah 1 sudu lagi)
* 1/2 sudu besar marjerin
* 1 biji kuning telur di pukul

Cara-caranya:-

masak susu dan masukkan tepung kastard,gula dan marjerin..kacau hingga sebati dan masukkan kuning telur....sejukkan sebelum di paip kedalam badam puff

adunan asal selepas di bakar
buat bentuk S untuk kepala swan
potong separuh untuk di piping kastard kedalam badan puff

http://www.emocutez.comdua ekor swan bersatu kepala membentuk sekeping hati...hoyey..selamat menjamu selera


Selasa, 3 Januari 2012

Apam Balik

Menu dari budak tak sihat ni.....ehehe

salam and salute,

rini xberapa sehat... flu, batuk and pening kepala seiring...tapi menu dari pagi tadi pikir harus dipenuhi... tambahan pulak en somi nak minum petang.. so terjah jea la...ehehe

ok jom baca resepi nya:

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
4 sudu kecil baking powder
1/2 cawan gula

bahan B

2 biji telur
2 cawan susu segar ( 1cawan susu cair + 1 cawan air)
1/2 cawan minyak masak

Bahan C

coklat chip
gula
corn cream

Cara-caranya:-

bahan A di kacau sebati sementara bahan B di blend...
masukkan bahan A kedalam Bahan B dan blend sekali lagi
panaskan kuali non stick dan ceduk adunan
pastikan adunan berlubang2 dan masak tengah baru letak bahan-2 C..
so lipat dan sediakan..
tunggu adunan masak
letakkan bahan hiasan
Lipat apabila di masak

sedia untuk di hidang...
http://www.emocutez.comni lah menu hari ini...jemput makan semua yerk