Selasa, 21 Februari 2012

Talam Roti 3 in 1 atau Talam Roti Paun


Resepi Asal : Chef Asmah
Sumber: Kak Ita masam manis

LAPISAN BAWAH: 

4 Keping roti Butterscotch- resepi asal roti putih  ( emi pakai roti butterscotch)
3 keping roti choco Raisin- resepi asal roti putih ( emi pakai roti putih)
1 biji telur
1/4 cawan gula kastor/ halus
100ml santan
secubit garam
125 ml air
1/4 sudu esen vanilla
1 sudu serbuk koko vanhaounten- emi tambah

CARA-CARANYA:
* Panas Kukusan di atas dapur
*sediakan loyang 8 inci
*oleskan loyang dengan sedikit minyak makan dan lapik plastik putih di atas loyang juga oleskan plastik dengan minyak makan

* carikkan roti kecil2 dan ketepikan- emi asingkan roti putih dengan roti butterscotch
*satukan semua bahan KECUALI serbuk coklat dan kacau dengan whisker
*bahagikan kepada 2 bahagian- 1 bahagian rendam roti butterscotch 1 bahagian lagi masukkan serbuk coklat dan kacau baru rendamkan roti putih.
* rendam selama 30 minit sehingga semua adunan serap kedalam roti dan roti jadi lembut.
*masukkan adunan kedalam loyang secara berselang seli roti butterscotch dan roti coklat
* tutup adunan dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit

P/s: emi just tutup penutup dengan kain. supaya air xmasuk kedalam adunan

sementara tunggu adunan masak kita masak adunan tengah pula

LAPISAN TENGAH

1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1 biji telur
secubit garam
100ml santan pekat
100ml air ( digunakan untuk blend daun pandan)
sedikit pes pandan- emi tak letak pun tapi gantikan dengan 4 helai daun pandan diblend dengan 100ml air tadi. tapis dan ketepikan
sedikit pewarna hijau

*Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang perlahan..
* kacau sehingga adunan tak terlalu pekat tak terlalu cair anggaran cair susu pekat jea
*tutup api

*keluarkan adunan lapisan bawah dari periuk kukusan lap sedikit air dengan tuala yang bersih..tekap2kan je supaya tiada air diatas puding roti
* cakarkan dengan garpu diatas permukaan roti supaya adunan lapisan tengah melekap dengan baik
*tuang adunan lapisan tengah dan sambung kukus selama 25 minit lagi
* sementara tunggu adunan tengah masak kita sediakan adunan  atas pulak

LAPISAN ATAS:
Bahan-bahan
1/4 cawan tepung kastard
1/4 cawan gula halus / kastor
secubit garam
2biji telur
100ml santan pekat
100ml air
Pewarna kuning - optional xletak pun xpe

* seperti cara untuk sediakan lapisan tengah
*masak di atas api kecil
*anggaran kepekatan susu pekat jea
*Angkat adunan di atas priuk kukus dan cakar pemukaan dengan garpu
*tuang aduanan lapisan atas kedalam loyang dan sambung kukus selama 30 minit

* tutup api dan biarkan adunan betul2 sejuk sebelum di keluarkan dari loyang
dan baru di potong dengan menggunakan pisau plastik yang dioles sedikit dengan minyak masak bagi membuatkan talam yang dipotong kelihatan lebih cantik

http://www.emocutez.comSelamat mencuba..memnag tak rugi cuba sangat sedap dan senang.. rasanya seperti anda makan puding roti bersama kuih talam dan juga puding kastard 3 in 1

Tiada ulasan: