Rabu, 15 Februari 2012

PAPA ROTI or MEXICO BUN

adunan dah kembang
ready untuk di bakar
hasilnya


Hari ini cuba lak resepi baru.... lama nak cuba..teringin nak cuba...lagipun bila ke tesco selalu singgah beli Papa roti  rm 2.00 sebiji..makan panas2 lagi sedap...

resepi ni emi ambik dari Facebook masakan JOM MASAK...banyak resepi dan tips berguna dari situ..so ada yang emi ubah sikit2...eheee

bawah ni resepi asal dari situ emi kopipes jea la..

Bahan Inti:

200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang
*2sdb peanutbutter-jm tmbah.. - emi letak pon...

Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen+gula perang. Pukul sebati..Simpan dlmm bekas bertutup dalam peti ais..
*Jm guna whisk je..- sama lah kita pun..guna whisk
*Jm tk simpan..terus buat.. - pon sama bagi sejuk jea sikit...

Topping: 

100gm mentega
80 gm gula icing @ gula halus)
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas
*JM guna emulco kopi.. 1sdb - tak letak pon
100 gm tepung gandum

Cara membuatnya:

Putar mentega medium speed 5 minit.Masukkan telur, gula icing dan kopi segera. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. simpan dalam peti ais sehingga sedia untuk digunakan.
*JM tk ayak tpg n tk simpan peti pun..- oakay yg ni pon sama

Doh Roti
500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak - emi guna tepung gandum
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener (optional) - letak shortening je dua2 bahan ni xguna
20 gm susu tepung
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul
*JM guna shortening..sbb takder bread softener- ok sama

250 ml air/ susu segar (kalau guna susu tkperlu guna ssu tpg)
60 gm mentega

Cara membuatnya:

1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

2. Masukkan telur dan air & susu segar.

3. Uli doh.. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @shingga licin..
4. Bahagikan doh mengikut suka besar mana..

5. Letakkan inti..tutp semula mcm wat pau..

6. Susun di atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.

7. Rehatkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba..@ tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain..agar doh dapat haba..

8. Sementara tu, keluarkan topping dari peti ais dn masukkn dlm piping bag..toppingkan pda roti yg dah naik..

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau bun keperangan.Letakkan loyang pada medium pan..(tgh oven)..

sekian

P/s = jarak kan roti ni jauh2 yea...kalu Avon kecil tu letak 4 biji jea sekali masak


2 ulasan:

dotblogspotdotkom berkata...

WOW!!.. lama tak ke sini.. udah jadi chef ke tuan punya belog nih... huhuhuhu

ejdeejasmi berkata...

hahaaa... biasalah jadi suri rumah tangga cengini lah yea..ehehehe