Selasa, 21 Februari 2012

Nasi Goreng Kerabu

Hari ini masak sesimple yang boleh jea...taram p la..campak2 okay done... senang jea...
so moh la kita tengok resepinya


100gm isi ayam
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih - diketuk
4 cawan nasi putih - yang telah direlai2kan
100 gm kacang panjang- dipotong halus
1 batang serai- dipotong halus
1 batang bunga kantan -dipotong halus
kobis secukupnya
2 helai daun limau purut
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 sudu sos tiram

*panaskan minyak dalam kuali
*masukkan bawang putih goreng garing dan naik bau
* masukkan ayam dan tumis hingga masak
*masukkan sos tiram
* masukkan nasi dan goreng hingga masak
* perasakan dengan garam secukupnya
*masukkan cili padi, bunga kantan, serai dan daun limau purut- kacau sebati
*akhir sekali masukkan kacang panjang dan kubis
*kacau sebentar dan ready untuk dihidangkan

hidang bersama telur mata kerbau dan hirisan timun serta tomato

http://www.emocutez.comP/S: cara untuk mengetahui nasi goreng tu dah masak ke belum dengan cara bila kita goreng nasi tu dari berat menjadi ringan...ehehhe petua ni mak saya yang kasi sebab barulah nasi kita tahan lama dan tak cepat basi..sekian

Tiada ulasan: