Khamis, 2 Februari 2012

Garlic Roll or Garlic Bread


Hari ini langit cerah..sangat cerah.. balik dari kerja pergi cari 2 3 barang yang masih tiada di dapur..niat nak buat Garlic Roll ni dah lama di pendam... hari ni mesti di tunaikan juga..

so bermula lah sesi pencarian resepi.. jumpa blog SUHAINA blogger masakan dari Singapura kalu tak silap cari dan cari lagi tengok AZITA masam manis pun dah buat katanya sedap

Tanpa membuang masa dan waktu ehehee terus la buat apa yang di hajati


emi ikut kak Azita punya resepi...senang dan sedap..maybe boleh jadi makanan kegemaran en suami la pasni..memang en suami sekejap2 cilok 1 2 ketul sambil tengok tv ...ehehe...


BAHAN-BAHANNYA:-

untuk roti

3 cawan tepung gandum ~ emi guna tepung roti (high protein)
1 sudu besar yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air suam - emi guna 2 1/4 cawan 
2/ 3 sudu olive oil - emi guna 2 sudu minyak jagung



nak cerita panjang2 pun xberapa nak mahir lam berbahasa ni..

CARA-CARANYA:-
masukkan semua bahan kedalam bekas kecuali minyak
uli adunan hingga menjadi doh yang elastik
akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh
tutup dengan kain lembab 
simpan selama 30 minit hingga menjadi 2 kali ganda dari doh asal
sambil tunggu doh naik kita buat butter garlic



ni bancuhan untuk sediakan garlic Butter

BAHAN-BAHAN Butter Garlic:-

50 gm salted butter
2 pokok daun ketumbar
secubit garam
1 sudu lada hitam kisar

garlic yang telah di cincang lumat-lumat menggunakan chopper jenama cosway (haha promote sat)

CARA-CARANYA:-

* biarkan butter cair dalam suhu bilik
*masukkan semua dalam mangkuk dan kacau hingga sebati
Hasilnya menjadi garlic butter

UNTUK GULUNGAN:-

* Doh yang naik 2 kali ganda di tumbuk2 untuk membuang angin
* bahagikan kepada 2 bahagian
* kalau nak tempat timbang sama banyak
*canaikan doh dan sapu garlic butter
*gulung adunan dan potong 4 ~ emi potong 6 sebab nak masukkan dalam aluminium foil pembakar je
*buat juga yang sama
* susun dalm dulang pembakar dan sapu lebihan garlic 
* tabur bijan dan bakar pada suhu 180darjah selama 30 minit
sapu di atas doh yang di canaikan

gulung adunan untuk membuat roll



masuk dalam dulang pembakar dan lebihan butter garlic di sapu ke atas roti 

sedia untuk di bakar

TIPS:~ jentik bawah adunan roti untuk mengetahui samada roti dah masak . bunyi kosong menandakan adunan masak dengan sempurna - Chef wan

 Tadaa...  


http://www.emocutez.comselamat mencuba

Tiada ulasan: