Jumaat, 20 Januari 2012

Roti goreng lilit atau Pintal

petang semalam buat yang ni...sebenarnya nak kongsi satu rahsia..eheheh jeng jeng jeng... sebenarnyakan emi dulu takut sangat nak membuat roti...cuak gila takut xmenjadi...then pernah terpikir kena ada breadmaker (BM) dulu ke baru roti leh jadi...tapi tu semua xjadi masalah untuk mencuba...janji semangat ada dan kerajinan datang dan yang penting anda larat untuk menguli adunan hingga jadi doh..eheeee

so tanpa membuang masa meh kita layan resepi ni...resepi kali ni juga di ambil dari kak wan tapi di ubah sikit sebab terlajak letak susu...so terpaksa tambah tepung dan yis....

emi bagi resepi asal jea la eh..


RESEPI ROTI LILIT

350 gm tepung gandum
125ml susu suam
1 sudu yis mauripan
1/ 2 sudu garam
4 sudu gula kaster
1 sudu minyak masak
1 biji telur saiz B
minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA:-

*yis di kacau kedalam susu suam...
*dalam bekas lain satukan bahan2 lain kecuali garam...
* masukkan bancuhan susu dan yis sedikit demi sedikit
* masukkan garam
*uli adunan hingga jadi doh
*tutup adunan 30 minit (biarkan adunan naik)
* timbang setiap adunan sebanyak 40 gm dan bulatkan
* lilit adunan mengikut kreativiti sendiri

http://www.emocutez.comp/s : Adunan ni juga boleh dililit ke sosej...eheeh

Tiada ulasan: