Sabtu, 14 Januari 2012

Mee Goreng Basah



hari sabtu dan ahad bolehla share menu pagi..mesti korang dah jemu ngan kueh mueh kan..ehehe..almaklumlah sebagai isteri yang berkerja sarapan pagi kadang2 jea dapat disediakan waktu hari bekerja betul dak..lagi pun suami emi kuarang sikit nak makan breakfast pagi2 sangat..so kalau buat breakfast pun bagi bekal jea...

arini dapatlah sediakan menu ala kadar jea.. MEE GORENG BASAH.. mode taram jea apa yang ada..alamak SOS Cili dah habis..so menu kali ni xde guna SoS Cili pun.. rasa tetap xberubah..

meh layannnnn..

BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang putih di ketuk
2 sudu besar cili kering (di blend bersama bawang merah, putih dan belacan)
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
5 sudu kicap lemak manis
garam secukup rasa sesedap sendiri...
200 gram isi ayam
200 gram daging
6 ekor udang sederhana besar
200 gram sotong dipotong cincin
2 biji telur ayam
1 paket mee kuning
3 Pokok sayur sawi
20 gm taugeh
minyak untuk mengoreng

Bahan Hiasan
cili padi
limau kasturi

CARA-CARANYA:-

1. panaskan kuali masukkan minyak
2. tumis bawang putih yang di ketuk
3. masukkan udang dan goreng sebentar.. (angkat dahulu.. tujuan goreng udang nak dapatkan bau udang dan manis udang tadi)
4. tumis cili kering hingga pecah minyak...
5. masukkan kicap manis, pekat dan sos tiram.. kacau sebentar
6. masukkan daging dan ayam..kacau hingga masak
7. masukkan sotong
8. pecahkan telur dan goreng sebentar
9. Maukkan garam dan sedikit gula
10. masukkan mee kuning kacau 3 minit
11. masukkan sayur sawi dan kacau hingga masak
12. akhir sekali masukkan taugeh..kacau sekejap jea sebab taknak taugeh lembut..bila makan rasa ranggup lagi

* hias mee goreng dengan cili padi dan limau kasturi


http://www.emocutez.comselamat mencuba .....

Tiada ulasan: