Selasa, 31 Januari 2012

Maggi Goreng Bujang

dongak ke langit gelap gelita,
hujan tunggu masa nak turun,
makan panas-panas terangkat punya,
maggie bujang hasil sentuhan.


 ehehe pantun tak bagai....tak kena gaya pun..ekekkeek...lantak ko lah labu..
menu petang ni ini jea..malas nak menyinggah ke kedai nak membeli barang2 yang dah kehabisan..
mula-mula niat nak buat garlic bread tak jadi pula.. so esok lah yang tu tunda....
 hujan memang lebat...hati gundah gulana tunggu suami pulang dari tempat kerja...risau takut ribut di tengah2 perjalanan..hari ini suami bawak motor pulak..kalu bawak kereta xpula hujan..memang dugaan...
tunggu punya tunggu dah dekat pukul 6 tak sampai2 lagi...15 minit kemudian dengar enjin motor jenguk memang en suami tersayang dah pulang ...syukur
 tunggu di depan pintu dengan kain tuala..kesian dah lenjun...pastu apa lagi sambil tunggu dia buka sweater di luar sediakan dia milo panas...takut dia demam pula esok...terus pesan suruh mandi...suami tanya buat apa hari ni..rasa serba salah pula..hari ni tak masak apa2...pastu nasib dengar en suami cakap nak maggie lapar sangat..mungkin kena hujan perut cepat je bekeroncong..ehhee..so tunggu dia mandi maka bersilatlah didapur.. so tadaaa hasillah maggi bujang je

BAHAN-BAHAN:-

1 paket maggi kari ( direbus dan ditoskan)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu pes cili
1 sudu sos cili
3 sudu kicap
garam secukup rasa
sayur-sayuran

Bahan Hiasan:-
1 biji telur ( di goreng mata )
cili potong dan kicap

CARA-CARANYA:-

*tumis bawang putih, dan pes cili hingga garing...
*masukkan sos cili dan kicap serta perncah kari maggie
*masukkan maggi yang telah di celur terlebih dahulu
*masukkan garam dan sayur-sayuran
*sedia untuk dihidangkan


http://www.emocutez.comMenu bujang je..selamat menjamu selera

Tiada ulasan: