Salam...resepi kali ini hasil dari lawatan ke rumah kak wan ( resepicitarasawan)...
so mencubalah sendirinya..walaupun xsecomel kak wan buat tapi bolehla...percubaan pertama kan..rasanya sangat enak...masam,manis....
dan yang paling penting tart nya comel...kali ini hanya menggunakan acuan mini jea..





selamat mencuba

kulit tart
BAHAN-BAHAN KULIT
Kulit Tart
210gm tepung gandum
1/8 sudu teh garam
113gm mentega
50gm gula kaster
1 kuning telur A - pukul ringan
210gm tepung gandum
1/8 sudu teh garam
113gm mentega
50gm gula kaster
1 kuning telur A - pukul ringan
Cara-Caranya:-
*Pukul mentega dan gula .
* Masukkan bahan2 lain dan uli sehingga menjadi doh
*masukkan dalam acuan Tart dan bakar pada suhu 170 selama 20 minit

shell pasty jugak di panggil

sebelah kiri lemon Curd dan kanan adunan meringue
BAHAN-BAHAN LEMON CURD
Lemon Curd
3 Biji telur
120 ml jus lemon
120gm gula pasir
60gm mentega
2 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu whipping cream
Cara-caranya:-
*pukul telur menggunakan Whisk sahaja
*Masukkan semua bahan dan masak diatas api hingga pekat
*Masukkan kedalam bekas bertutup dan sejukkan di dalam peti sejuk
Adunan Krim Keju
250gm cream keju
60gm gula kaster
2 sudu besar lemon curd
1 biji telur
1 sudu tepung jagung
80ml whipping cream
Cara-Caranya:
*pukul Krim keju bersama gula hingga licin
*masukkan semua bahan dan pukul semula hingga sebati
*masukkan kedalam piping bag
Meringue
4 biji putih telur
130gm gula kaster
1/2 sudu cream of tartar
Cara-Caranya:-
*Pukul putih telur ngan cream of tartar
*masukkan gula dan pukul hingga bertanduk

kulit yang siap di piping cheese sebagai filling

dah siap...taddaaaa
bila semua dah masak...
*Ambik shell dan paipkan cheese bakar selama 5-8 minit pada suhu 170
* masukkan lemon curd dan bakr lagi selama 5 minit
*paipkan meringue untuk hiasan...
3 Ketuk- Ketampi:
ui...kamu sangat rajin ok. tabik! :D
eheheh kamu pun leh jugak...nnti dh kuo baby leh main masak2 yea
sy tak berapa nak kreatif. hahaha. :p
Catat Ulasan