Jumaat, 27 Januari 2012

Kerang Berempah Resepi Rahsia..


Resepi kali ini adalah menu makan tengahari, atau malam pun boleh...

bosan dengan kerang rebus jea kan...kali ini emi cuba resepi sendiri..tak tahu nak buh nama apa so terhasillah nama kerang berempah resepi rahsia...

dah rahsia pulak kan?..tak delah rahsia sendiri..so kalu sapa nak masak jadi rahsia dia pulak...so rahsia air tangan kan..ehehehe....

so let check it out:- (semoga resepi ini akan menjadi masakan kegemaran anda pula yea...ehehe)

BAHAN-BAHAN:-

1/2 Kilo kerang
100 ml santan pekat
1 biji keledek oren
1 sudu cili kering (di rebus blend dengan bawang merah, putih dan belacan)
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu sos tiram
1 keping asam keping
1 sudu gula
1 papan petai (di kopek kulitnya..hanya ambik isi)
4 ulas cili padi (diketuk)
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar ( di racik halus)
2 ulas bawang putih ( di racik halus )am dan serbuk perasa
gar

CARA-CARANYA:-

*cuci kerang sebersih2nya....toskan hingga air kering
* dalam kuali masukkan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing
* masukkan cili kering yang di blend.. masak sehingga pecah minyak
*masukkan serbuk kunyit, serbuk kari dan sos tiram
*masukkan asam keping
*masukkan keledek yang dipotong kecil dan air..
*masukkan sedikit santan dan biar kentang empuk...sambil tu kacau jangan bagi santan berkepala..
*masukkan petai yang dikopek dan cili padi yang diketuk
*masukkan garam dan gula serta serbuk perasa
*masukkan santan yang selebihnya..tunggu mendidih dan masukkan kerang
*kacau kerang sehingga kulit terbuka...
*tutup api dan sedia dihidangkan

selamat mencuba....




http://www.emocutez.comP/s: kuah haruslah sedikit kering sebelum masukkan kerang..kerana kerang dah mempunyai air nya sendiri...bimbang lari rasa kalu air banyak sangat.

P/s 2:- asam keping cukup 1 sahaja untuk menghindarkan hanyir..kalu masuk banyak akan menghilangkan manis kerang...

2 ulasan:

rDnA berkata...

Nk ambik resepi...cam sedap plak tgk

ejdeejasmi berkata...

ambik je kak dina..ehehe ni resepi sendiri..sendiri bikin...eheheh