Khamis, 12 Januari 2012

karipap Pusing Mat Gebu



resepi kali ini aku ambik dari Dapur Tanpa Sempadan encik Mat Gebu...seronok tengok beliau masak....walaupun lelaki kan...terer...

tapi untuk inti citarasa sendiri...so meh kita tengok apa yang boleh di kongsikan..ehehe..

KULIT:

Bahan A:

260 g tepung gandum
50 g Marjerin
20 g gula halus
1/4 sudu teh garam
air sekucupnya ( adunan xmelekit kat tangan)

Bahan B

180 g tepung gandum
80 gm shortening / minyak sayur

CARA-CARANYA:

Bahan A di gaul sebati hingga tidak melekat
Bahan B juga di gaul sebati hingga menjadi doh

Bahagikan Bahan A dan B sama banyak..

lenyekkan bahan A dan letak bahan B di atas Bahan A...canaikan dan gulung...potong kepada 8 bahagian dan tiap-tiap bahagian di canai dan di letakkan inti

* Maaf entri tiada gambar proses pembikinan..bolehlah google cara2 nya yea..ehehe

INTI:

kali ini emi buat INTI DAGING PEDAS...

2 biji keledek oren
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji cili merah
sedikit daun sup dan daun bawang
1 paket serbuk kari
200 gm daging di potong kecil / daging kisar
100 gm udang kering di tumbuk halus
1 inci halia
3 biji bawang putih
minyak untuk menumis
sedikit daun kari (optional)
garam
gula

CARA-CARANYA:
tumbuk bawang putih dan halia..
tumis halia, bawang besar dan bawang putih hingga garing..masukkan serbuk kari ..tumis hingga pecah minyak..masukkan daging dan kentang...masak sehingga kentang empuk
masukkan garam dan sedikit gula sebagai bahan perasa...
masukkan cili besar merah yg di cincang halus dan juga daun bawang
masukkan udang kering
tunggu inti masak dan air kering




http://www.emocutez.com

Tiada ulasan: