Isnin, 30 Januari 2012

Bubur Tepung Gunting


kali ini hidangan zaman-zaman 80-an dan 90-an dahulu.. teringat zaman-zaman kanak. bubur tepung gunting adalah antara makanan kegemaran ketika dahulu..

dulu satu kaler jea jumpa..kaler putih jea..eheehe...xde lagi warna-warni yang wujud..tapi tu dulu..sekarang telah di variasikan oleh emi lak..sekali tengok seakan2 bubur cha cha pula.

tapi berbeza yea..bubur cha-cha di rebus tepung kering yag di beli di kedai..tepung gunting di buat sendiri adunan hingga menjadi satu manisan yang sangat nikmatnya

so jom enjoy

BAHAN-BAHANNYA:-

untuk tepung gunting

2 cawan tepung gandum
sedikit air
garam
sedikit gula
pewarna pilihan ( kuning, hijau, pink)

Untuk Kuah bubur

3 sudu sagu
100ml santal pekat
1 cawan air
1 ketul gula melaka
4 sudu gula putih
1 sudu garam
2 helai daun pandan


CARA-CARANYA:-

* masukkan semua bahan nak membuat tepung gunting didalam bekas..
*Kacau hingga menjadi likat seperti adunan nak buat kuih ketayap
* Panaskan Non stick pan dan ceduk adunan ke atas kuali dan terapkan
* terbalikkan adunan dan tunggu hingga masak
* buat sehingga habis adunan
* Gunting adunan mengikut citarsa masing2


Untuk Kuah Bubur
* panaskan air dan gula melaka
* kacau hingga gula hancur
* masukkan santan dan kacau perlahan2
* masukkan daun pandan dan sagu
* masukkan gula dan garam
* tunggu sagu kembang dan masukkan adunan tepung gunting
* kacau hingga sebati dan skuah serap ke dalam tepung
* sedia untuk di hidangkan


http://www.emocutez.commengimbau nostalgia betol

Tiada ulasan: