Rabu, 30 November 2011

Resepi Muffin coklat chip / Muffin chip coklat



Resepi Muffin Chip Coklat / Muffin coklat chip

bahan-bahannya:

2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
1 cawan susu segar
2 biji telur
125g butter cup (separuh dari seketul butter cup)
1/3 cawan gula castor
1 cawan coklat serbuk
1 cawan coklat chip (di gaul sedikit tepung untuk elakkan coklat chip tenggelam)
1/2 sudu garam

*serbuk coklat,tepung dan garam di ayak
* pukul telur,butter dan gula hingga kembang
*masukkan bahan ayak dan susu segar
*akhir sekali masukkan coklat chip dan gaul mengguna spatulla sahaja

masukkan 3/4 kedalam mangkuk cawan dan bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit

done!!!

selamat minum petang

http://www.emocutez.com

Selasa, 29 November 2011

Maggie kari rebus cendawan




salam and salute: :)

Menu orang bujang di kala cuti pagi hari... malas nak kuar mencari nasi lemak or roti canai jugak malas nak masak..lagipun balik dari pahang badan memang terasa amat penat sepenat2nya....

so perut 2 orang harus di isi...rasa lapaq sangat...so kita masak maggie jea la...ehehhehe


ok bahan-bahannya:

2 bungkus maggie kari
5 Biji cendawan Shitake (cendawan kering)- rendam hingga lembut dn potong 2 or 4
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
air secukupnya
kubis or sawi (depends pada kesukaan anda)
2biji telur

cara-caranya:

letak air di dalam kuali, masukkan bawang,cili padi yang dipotong,bawang putih yang di ketuk.. biarkan mendidih sebentar.

pecahkan telur dan masukkan perencah kari,...... di ikuti cendawan

akhir sekali masukkan maggie dan kacau sebentar.... kalu nak kuah tambahkan sedikit lagi air dan kubis..kacau sebentar dan tadaaaa siap

jemput makan

P/s: Menu orang bujang sahaja... jadilah untuk mengisi perut

Rabu, 23 November 2011

Resepi Bubur Cha Cha



jam menunjukkan pukul 10 malam...perut sedang berkeroncong... mintak isi...malas nk kuar....so sambil2 tengok bola sepak Malaysia lawan Syria sambil on FB.

ish takleh jadi ni..perut makin laju bernyanyi riang mintak di isi.. so bangun dari bantal empuk menuju ke dapur....

" ermsss air masak dah habis, masak air dulu lah..... isi dalam tong air siap2...so masa nak p sinki terpandang tempat simpanan bahan kering.... owh ada santan kotak, ada gula kabung (gula melaka), ada jugak keledek (baki buat pau haritu)...so tanpa berpikir panjang letak air atas api... mula buka kabinet dapur cari periuk...ehehehe

so meh kita share resepi sikit

2 biji ubi keledek - dipotong dan dibasuh
2 cawan bubur cha cha - di basuh
3 cawan air - untuk rebus bubur dan ubi
3 sudu gula putih
1 sudu kecil garam
1 kotak santan KARA
1 helai daun pandan
2 sudu sagu (optional)

ubi keledek dan bubur cha cha di rebus bersama2 air hingga empuk....lebihkan air pun xpe

* untuk tahu ubi dah masak ke belum ambil seketul dan cucuk dengan garfu...kalau ubi dah empuk dia akan lembut...

* bila ubi dan bubur dah empuk (kembang).... buang sedikit air if air banyak

masukkan gula melaka dan kacau hingga gula hancur, masukkan santan dan gula putih serta garam, perlahankan api untuk elakkan santan berkepala (berketul-ketul)

bila dah menggelegak tutup api dan hidang dengan minuman kegemaran.. done!!!

jom makan



http://www.emocutez.combubur orang makan petang-petang... dia makan malam...ehehhehe :P

Resepi Cheese Tart



selamat malam semua..... ok. bertalu2 kaunter FB emi jadi tempat kaunter pertanyaan resepi tart ni..so dengan in, emi berbesar hati nak share ngan semua orang yang craving sangat nak makan blueberry cheese tart ni....

so layannnnn.......

Untuk Kulit Tart

500 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
buttercup 250 gm
100gm gula halus (castor)

Untuk Inti Blueberry Cheese

250 gm Cheese Philidhiphia
1 biji telur
20 gm butter cup
50 gm gula halus
1 sudu besar oren sunquick
blueberry jem

untuk buat kulit

semua bahan di campur dalam bekas dan uli dengan tangan hingga jadi doh.. simpan sekejap di dalam peti sejuk. ambik doh dan tekap di dalam acuan tart

tekan dengan lidi

tekan adunan dengan garfu atau lidi dan bakar 20 minit pada suhu 150 darjah

sejukkan kulit dan letak inti


untuk membuat inti

cheese,butter,telur dan gula di pukul dengan mesin, masukkan oren sunquick pula selepas itu..

paipkan inti blueberry dalam kulit, then paipkan cheese pula keatas inti tadi......

ambik sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna pilihan

lorekkan corak pilihan anda di atas cheese tadi
bakar semula pada suhu 150 darjah selama 10 minit. rasa dengan tangan, if cheese x melekat dah kira masak..kalu x tamabh 1 minit lagi

done!!!

http://www.emocutez.comthanks kak ita: blog masam manis sebab share step by step membuat tart ni dan ieja untuk resepinya....thanks a lot..mmg sedap

Jumaat, 18 November 2011

Pau rose

timbang 15gm setiap 1 bulat
susun doh yang selesai ditimbang

canaikan doh

letak inti di tengah2
sedia untuk di gulung

gulung doh yg telah dicanaikan dan diletakkan inti


potong di tengah2...bahagikan dua



susun di atas paper cup atau kertas minyak



boleh jugak di buat seperti biasa bulatkan
masuk dalam paper cup atau kertas minyak


dah siap.......kukus dan leh makan
http://www.emocutez.combaru tahu pau kalau buat dari ubi keledek mmg sgt lembut..aghhh hujan2 gini mmg syahdu makan pau dengan air kopi..selamat menjamu selera yerk

Khamis, 17 November 2011

checkered cake


kek dam atau kek petak2 atau jugak disebut checkered cake... done for minum petang harini


telur & butter


kek pertama..kek putih
kek kedua..kek coklat
potong kek ke beberapa bahagian
masak sirap gula untuk buat krim
letakkan krim tuk lekatkan setiap lapisan kek
ketidaksamaan rata potongan di situ...ngeh2


sapu krim di seluruh kek
tapis kek dan curahkan pada kek
coklat dah memenuhi kek
jom minum petang

http://www.emocutez.comcuba jaya..selamat mencuba

Khamis, 10 November 2011

mangkuk coklat aiskrim vanilla

belon-belon cinta
aiskrim cinta
sedia untuk sidia
kalu sedap cengini sepuluh mangkuk pun saya sanggup habiskan
http://www.emocutez.comkalau panas2 makan aiskrim vanila bermangkukkan coklat kan best.... sila jgn tiru istillah bermangkukkan....hahaha

Rabu, 9 November 2011

Blueberry cheese tart

salam and salute..layankan step by step membuat blueberry cheese tart ni......nanti next entry lagi owesome bakal menyusul

kulit dahulu
kulit siap di bakar
paipkan blueberry jam
paipkan cheese lak
lukis corak pilihan hati
done leh di bakar n makan

corak kedua pilihan

http://www.emocutez.comDone... 1st time try uat pastry and ia sangatlah owesome...menjadi dan sangat sedap....ehehehehe...nak resepi akan diberikan kemudian..layankan gambo2 nya dulu