Khamis, 29 Disember 2011

Resepi: Dadar Durian

DADAR DURIAN

salam n salute;

menu petang ni adalah dadar durian... so mari kita tengok resepinya:

UNTUK KULIT:

3 biji telur (di pukul ringan)
100 gm tepung gandum
1/4 sudu garam
250ml susu segar
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu mentega cair

cara-caranya:

pukul telur dan masukkan semua bahan lain....tapis dan sediakan kuali non stick
panaskan kuali dan ceduk 3 /4 sudu bancuhan dan masak diatas api yang perlahan
terbalikan kulit yang di bawah untuk diletakkan inti



bancuhan tepung





sedang di masak

inti kastard durian

BAHAN INTI:-

100gm isi durian
250ml susu
2 sudu tepung jagung/ kastard
1/4 garam
2 sudu besar gula

Cara-caranya:

*susu di masak atas api bersama tepung kastard. kacau hingga sebati, masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga likat.
* angkat dan sejukkan
*ceduk 2 sudu dan letak di atas kulit sedia untuk di gulung


untuk proses mengulung

tadaaaa....macam-macam bentuk
penuh ngan inti..nyummm



http://www.emocutez.commencuba pelbagai resepi baru...credit to kak wan

Tiada ulasan: