Rabu, 21 Disember 2011

Homemade Mushroom Soup



TUMPUKAN PADA SUP CENDAWAN TU JEA TAU


ok next resepi seperti di janjikan...sup cendawan pulak...memang nyummy sangat...macam di pizza hut jea rasa...ehehehe..so pasni leh la makan sup cendawan selalu...uhuhuhu...

so le check bahan-bahannya yea..

BAHAN-BAHANNYA:-

1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (racik halus)
1 Biji kentang (potong dadu)
30 g mentega/ buttercup
1 kiub ayam
1 cawan air
1 kotak susu UHT DUTCH LADY ( 150ml)
1 tin cendawan Butang dipotong2...
1 sudu tepung gandum/ jagung
1 sudu black papper
garam dan gula (optional)

CARA-CARANYA :-

1.panaskan mentega dan tumis bawang besar dan putih (tak perlu garing)
2. masukkan kentang dan air - biarkan sebentar biar empuk
3. masukkan cendawan butang separuh yg di potong...
4. masukkan kiub ayam dan separuh kotak susu..dan tepung
5. masak sehingga mendidih
6. masukkan bahan di atas kedalam blendar dan blend hingga pekat
7. masukkan bahan di blend ke dalam kuali semula dan perlahankan api
8. separuh lagi cendawan di blend dengan separuh lagi susu... (jangan biarkan hancur sangat)- sebab nak bila makan kita terasa gigit cendawan tadi
9. masukkan kedalam kuali dan masak hingga mendidih..tambahkan serbuk black paper
10. rasa dan kalu x masin tambahla garam n kalu xmanis tambah gula sikit..

DONE!!!.. selamat menjamu selera


http://www.emocutez.com

Tiada ulasan: