Rabu, 23 November 2011

Resepi Cheese Tart



selamat malam semua..... ok. bertalu2 kaunter FB emi jadi tempat kaunter pertanyaan resepi tart ni..so dengan in, emi berbesar hati nak share ngan semua orang yang craving sangat nak makan blueberry cheese tart ni....

so layannnnn.......

Untuk Kulit Tart

500 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
buttercup 250 gm
100gm gula halus (castor)

Untuk Inti Blueberry Cheese

250 gm Cheese Philidhiphia
1 biji telur
20 gm butter cup
50 gm gula halus
1 sudu besar oren sunquick
blueberry jem

untuk buat kulit

semua bahan di campur dalam bekas dan uli dengan tangan hingga jadi doh.. simpan sekejap di dalam peti sejuk. ambik doh dan tekap di dalam acuan tart

tekan dengan lidi

tekan adunan dengan garfu atau lidi dan bakar 20 minit pada suhu 150 darjah

sejukkan kulit dan letak inti


untuk membuat inti

cheese,butter,telur dan gula di pukul dengan mesin, masukkan oren sunquick pula selepas itu..

paipkan inti blueberry dalam kulit, then paipkan cheese pula keatas inti tadi......

ambik sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna pilihan

lorekkan corak pilihan anda di atas cheese tadi
bakar semula pada suhu 150 darjah selama 10 minit. rasa dengan tangan, if cheese x melekat dah kira masak..kalu x tamabh 1 minit lagi

done!!!

http://www.emocutez.comthanks kak ita: blog masam manis sebab share step by step membuat tart ni dan ieja untuk resepinya....thanks a lot..mmg sedap

Tiada ulasan: