Isnin, 1 Ogos 2011

Resepi: Udang Goreng sambal dengan tauhu

Udang galah

salam 1 ramadhan dan juga salam 1 ogos....ehehhee..cantik bulan puasa tahun ni jatuh ngam2 ngan tarikh bulan masihi...

so untuk 1st day puasa emi sediakan 3 juadah berbuka yang simple...30 minit jea leh siap..so xde alasan xsempat nak masak...antara rajin ngan malas jea..ehhee :)

so let`s see the ingredients:

7 ekor udang galah sederhana besar di cuci sehingga bersih
cili kering
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
2 tangkai cili merah
2 helai daun limau purut
2 ketul tauhu di potong dadu (potong 9 bahagian) di goreng hingga garing dan toskan
air asam jawa
garam
gula

cara2nya:

kisar cili kering,cili merah besar,bawang putih,bawang merah dan belacan
tumis bahan kisar hingga garing...
masukkan daun limau purut
masukkan udang dan biar air udang keluar..jangan tambah air lagi....
masukkan garam,gula dan air asam jawa..
masak udang sehingga kering..
tambah sedikit air jika mahu kuah
masukkan tauhu yang di goreng dan kacau sekejap
angkat dan hiaskan dengan daun bawang

http://www.emocutez.comselamat mencuba

Tiada ulasan: