Selasa, 12 Julai 2011

Resepi Satay pakcik Jasmi

Maaf Gambar kurang menarik untuk tontonan..ehehehe


Resepi satay ini adalah resepi turun temurun keluarga emi...dulu ayah emi peniaga satay paling TOP di Gerik..eheh sapa xkenal satay pakcik Jasmi..sampai sekarang bila jumpa customer2 lama still tanya bila nak meniaga lagi...terutama kaum cina...sungguh gemar rasa satay ayah emi..

dulu aku pernah meniaga bersama ayah ..seawal usia 13 tahun..lgsg xmalu..malah berbangga lagi..dulu kami orang susah..so masa nak meniaga abah ulang alik antar barang2 dgr motor je..pernah sekali aku peluk kuah satay sambil naik moto..hbis kena baju..so balik semula salin baju...semua tu kenangan yang mendewasakan seseorang..sekarang oleh kerana kekangan masa dan juga pekerja,ayah emi dah xmeniaga...dulu kerana ari2 kami simpan RM10.00 sehari kami mampu memilik sebuah kereta..alhamdullilah

oklah tnpa membuang masa marilah sama2 kita berkongsi resepi ini..nak resepi kuah kacang akan datang..ehehhehee

Satay Ayam

2 ekor ayam besar (boleh dapat dalam lebih kurang 230 cucuk)
lidi satay

  1. bahan Perap:
  2. 2 inci halia
  3. 2 inci lengkuas
  4. 3 batang serai
  5. 4 ulas bawang putih
  6. sebiji bawang besar dibelah2
  7. *semua bahan perap diatas di kisar halus
  8. Jintan Putih ( disangai dan dikisar halus)
  9. serbuk kunyit
  10. Gula
  11. garam
  12. sedikit madu

Cara2Nya:
  • 2 ekor ayam dibersih sebersih2nya...jangan bagi peniaga potong..sebalik2nya beli sekor-seekor
  • lapah ayam sebaik mungkin supaya ayam xhancur dan boleh dapat isi dengan banyak..kasi tinggal rangka jea (eheheh kena tuntut ilmu lapah dari emi yea)
  • potong isi ayam secara serong2 dan kecil sebesar hujung jari
  • masukkan dalam bekas dan masukkan semua bahan perap
  • perap selama 1 jam dan sedia untuk di cucuk ke lidi
  • dan siap


selamat menjamu selera yea...ehehehhehe
http://www.emocutez.com

6 ulasan:

rDnA berkata...

nak copy resepi ni yer emi..nnt bleh buat

ejdeejasmi berkata...

boleh2 kak dna...hikhik..silakan

dotblogspotdotkom berkata...

huhuhu makan satay la kita yee... huhuhu

ejdeejasmi berkata...

ehehe cubalah pakcik..kuah jea lom masukkan lgi resepinya...hikhik

Azman berkata...

Insyallah nak cuba resepi. Bila pulak resepi kuah kacang?

Azman berkata...

Insyallah nak cuba resepi. Bila pulak resepi kuah kacang?