Sabtu, 25 September 2010

Dulu penulis sarikata aku yakin dialah penulis skrip

salam dan selamat malam..entri ini ditulis jam menunjukkan 12.08 pagi...ehe..mata lom mengantuk..aku mmg tak boleh bertukar tempat tido..kalau bertukar mau semalaman aku xboleh lelapkan mata pelik bukan...

tu aku malas pergi kursus..malam pertama kat tempat kursus pasti aku tak boleh tido..dan mulalah aku akan berpeluh sbb aku mmg penakut..ehehee

lari tajuk asal...

sekarang tengah tgok TV..pastu bila tgok cite org putih pasti ada sarikata di bawah bukan?...ehe maka akhir cerita pasti akan ditulis sarikata oleh: sekian dan sekian kan?..

sp dulu dengan bangga dan tanpa rasa sedikit pun bersalah ketika masih mumayis..ehe.kanak2 la kan..aku pasti dengan bangga akan kata..dia tu kalau buat cerita mesti best..merujuk pada penulis sarikata..atau ayat nya mesti berbunyi "patutla citer tu best" si dia ni yg buat..merujuk lagi pada penulis sarikata..

hahaa...sekrg aku faham dah sapa penulis sarikata dan pasti akan aku gelak sorang2..kelakar gila..uhuhu..kalau la sapa yg masih igt pasti akan gelakkan aku..ekekek

Photobucket

Jumaat, 24 September 2010

Masak lemak tempoyak udang petai


resepi kali ini namanya agak panjang yea..ehe...tapi sila la mencuba...ermss best jugak..sapa makan tempoyak sure akan laju jea makan..sangat sedap di makan bersama nasi panas

so lets try

RESEPI MASAK TEMPOYAK UDANG BERSAMA PETAI

bahan2nya

10 ekor udang sederhana besar
6 helai daun kunyit (di hiris halus)
2 ulas bawang kecil
7 biji cili padi
santan kelapa
2 sudu besar tempoyak
sedikit gula
1 batang serai
garam
1 sudu serbuk kunyit

cara2nya
bawang kecil dan cili di tumbuk halus
masukkan udang kedalam periuk bersama santan dan bawang yg telah di tumbuk tadi
masukkan serbuk kunyit dan daun kunyit
letak di atas api sederhana dan kacau takut berkepala
bancuh tempoyak di dalam bekas dengan sedikit air..tapiskan
ambik air tempoyak tadi dan masukkan kedalam periuk
masukkan serai yg di titik
masukkan garam dan sedikit gula( bg tempoyak yg lama ianya sedikit masam so untuk menghilangkan rasa masam masukkan sedikit gula)
kacau hingga masak dan tutup api..sedia untuk di hidangkan


Photobucket

Khamis, 23 September 2010

resepi lagi...ketupat sotong


ehe dah lama kepinggin nak rasa ketupat sotong ni..cam menarik jea kan...so semalam gagahi jugak ke pasar malam mencari sotong ,beras pulut dan santan..ehe walaupun berpuasa

so merajinkan diri la kan smlm cuba masak...resepi cari lam google jea so jumpa la

hehe nyummy sedap jugak menda alah ni tahu..so meh la sama2 kita mencuba

RESEPI KETUPAT SOTONG

10 ekor sotong sederhana besar
1 batang serai dititik
bawang kecik di mayang halus
halia di potong halus
gula melaka (emi gula gula pasir je)
sedikit halba
santan kelapa
10 sudu beras pulut

cara2nya:

1. sotong di bersihkan sehingga bersih buang kulit luar supaya santan xbertukar ke warna merah..sebb nk jadi putih kan?..
2. santan di bahagi dua bahagian...bahagian A direndam bersama beras pulut dan bahagian B untuk memasak sotong...
3. rendam beras pulut selama beberapa minit
4. sumbat beras pulut kedalam badan sotong 3/4 saja...
5.masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi
6.susun kedalam periuk dan masukkan santan bahagian B
7.masukkan bawang,serai dan lebihan rendaman santan A..
8.akhir sekali masukkan gula dan garam
9. masak dengan api yg perlahan sehingga kering..

p/s: emi xmasak kering pun..sbb nk hirup kuah..ehe..terpulang pada anda semua yea
selamat mencuba
Photobucket

Selasa, 21 September 2010

resepi dan puasa

selamat hari selasa

wah nk buang sawang jap....lama tak menulis..mood mmg mls tahap gaban...
okeh minggu ni insyallah akan menunaikan puasa enam....kalau rajin till jumaat kalau tak sambung 2 hari lagi hari. isnin dan selasa depan...ikut keadaan semasa..

so semalam 1st berpuasa..kali ini bersama en suami...thnks lalink teman kan i yea

ok so sambung lagi..menu semlm tauhu sumbat,ayam masak black paper dan jugak kacang panjang goreng kunyit..

sebenarnya tauhu sumbat tu percubaan pertama..nk buat tauhu sumbat tu senag dia punya kuah tu..kalau kena kuah tak sedap mmg tak hbis la sbb tauhu tu mmg tawarkan..so ni kira main campak jea..alhmdullilah menjadi

ayam tu pun sama..try n error dah pesan pada en suami kalau tak sedap maaf yea..1st time cuba..gatal xnk google smlm.so main campak dan siap

kacang pulak msk cam biasa..dak tadika pun leh buat..so meh nk bgi resepi

cuba lah yerk

TAUHU SUMBAT

Bahan A
4 ketul tauhu sederhana
segenggan taugeh
setengah batang karot
setengah biji timun (emi xbuh pun)

bahan B

1 setengah biji cili besar merah
2 sudu cuka makan
3 ulas bawang putih
setengah cawan air
1 sudu gula
secubit garam

Cara-caranya
goreng tauhu sehingga garing..sejukkan dan kerat dua..secara segitiga
taugeh di celur,karat dan timun di potong nipis secara memanjang...dan sumbat semua kedalam tauhu

kuah
tumbuk sehingga lumat cili dan jugak bawang putih..masukkan air kedalam kuali..masukkan cili tadi dan letak cuka serta gula dan garam..tunggu mendidih dan angkat...sedia dia hidangkan...

AYAM MASAK BLACK PAPER

bahan2nya

separuh ekor ayam
2 inci halia..1 inci di tumbuk dan 1 inci di hiris halus
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu black paper (ditumbuk)
garam
gula
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu cili sos
bebapa biji cili padi (xletak pun xpe..sapa suka pedas leh letak)
sedikit air asam jawa
sedikit sayur seperti
karot
bunga kubis
dan sudip jagung
sayur adalah terpulang pada kehendak sendiri
minyak untuk mengoreng
sedikit air

cara2nya

tumbuk bawang putih,1 inci halia dan bawang merah...masukkan sedikit minyak..tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga garing..masukkan ayam yg di potong kecil ..masukkan sedikit air supaya ayam mudah masak...

masukkan sos tiram,sos cili dan kicap pekat..gaulkan bersama ayam dan biarkan mendidih..masukkan black paper dan cili padi dan kacau lagi..masukkan air asam jawa,garam dan gula..masak sehingga ayam empuk.

last sekali masukkan sayur2an dan bawang besar yg di potong bulat gaul sekejap diatas kuali dan sedia untuk hidang...

p/s: emi mmg suka sayur yg keras2 sikit..org kata masak sedang2..xmasak sgt..


KACANG GORENG KUNYIT

bahan2nya
kacang panjang
1 sudu kunyit
sedikit air
garam
bawang kecil di ricik halus
bawang putih di ricik halus
sedikit sotong yg di potong bulat
5 ekor udang sederhana

cara2nya
tumis bawang kecil dan bawang besar..tunggu sehingga garing..masukkan sootong dan udang..masukkan sedikit air untuk buat kuah,masukkan kunyit dan garam..kacau sehingga sotong dan udang masak..last sekali masukkan kacang panjang..tunggu sehingga 2 minit dan angkat..

okeh selamat mencuba...

Photobucket

Isnin, 13 September 2010

mood raya lagi ke?

salam empat syawal

camne ngan raya kome...best ke?...emi rini dah start masuk opis...ehe...saja gatal nk bekerja..malas nk cuti panjang2..

xtahu nk update apa nk cite pasal raya pun sama jea cam tahun2 sebelum nya...xkemana kerumah sedara mara jea..

ok la nk smbung buat kerja..bosan sgt dh ni
Photobucket

Selasa, 7 September 2010

yeay dapat kad raya


thanks to alizan
lama dh tak dpat kad raya yg btol2 kan..nk jugak di gantung di pokok bonsai di rumah atu di lekat ke dinding...

10 tahun yg lepas mcm tu la kan..malam raya sebuk pasang langsir baru dan jugak sebuk cari dinding kosong untuk nk letak kad raya hasil dari kiriman kawan2...tambahan kalau umah ada banyak anak dara maka banyak lah kiriman kad raya misteri dari peminat2 yang tak di duga...arghhh zaman kegemilangan dah berlalu skrg takde dah yg sudi..ehe

yang best sebelum tandatangan terakhir pengirim ada siap pantun

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

ATAU

pecah kaca pecah tong
sudah baca harap gantung

DAN yang tak boleh blah adik aku yg darjah 4 time tu terima kad raya dari peminat dia siap ada pantun

pen merah pen biru
u marah i love you
motip???? xtahu la..hahahaha..budak2 ni kan lain peelnya

sekarang zaman semakin canggih dari pesanan ringkas SMS, Facebook, sampai la ke email... hanya hantar cam tu je...kalau ada yg rajin nak print leh jea..print dah gantung..ehe

moga tahun depan aku dapat kad raya..rindu nk tgok posman lelah di bulan ramadhan...asik umah ni jea kan..mesti dia ngomel camtu,...uhuhu

P/s: to alizan selamat hari raya jugak yerk..maap zahir batin kalau ada salah silap
Photobucket

Isnin, 6 September 2010

raya sakan kah?

fuhs segala barangan untuk beraya telah di shopping minggu lepas dan berakhir sekitar ahad yg lepas..ehe

so mari kita senarai tempat shopping dahulu dan di ikuti hasilnya

1. jj ipoh
2. tesco taiping
3. bukit jambul penang
4. baling
5. sempadan thai-malaysia bebas cukai je
6. gerbang malam TKK ipoh

hasilnya

en suami
1. sepasang baju melayu purple ala johor (beli di 1st lady)
2. 2 pasang kasut (kalah budak2)
3. sehelai t-shirt paul smith
4. sehelai seluar jeans...
5. ada lagi wish nak sandal..nk kena cari

saya selaku isteri
1. 4 pasang baju kurung,purple,merah,itam dan pink...(sakan sunggoh)
2. 3 pasang tudung pink,putih dan itam
3. 3 pasang kasut
4. 1 handbag berwarna putih
5. purse berwarna merah

kueh mueh
1. almond london
2. mama carry
3. cornflakes madu (buat sendiri)
4. batang buruk (buat sendiri)
5. kerepek
6. biskut xtahu nama beli
7. biskut coklat (guru besar bagi)
8. segala kekacang

itu sahaja hasilnya..meriah bukan..
p/s: raya sakan seblum punyai anak..nanti en suami pasti akan dahului keperluan anak dari si isteri.. so jgn pernah mengalah..muhahaha...





Photobucket

iklan raya TV3 kebetulan atu sengaja

Tak tahu dah nk cakap apa dalam kemeriahan kita nak sambut hari raya beberapa hari lagi,kita di kejutkan dengan satu iklan di TV3 yang betul2 membuatkan umat islam tersinggung...adakah TV3 yang dah 26 tahun bersiaran tak boleh nk kaji sensitiviti umat islam..CEO org islam tapi senang2 di mainkan oleh staff yang bukan islam (Maybe) atau yg mengamalkan amalan Illuminati...

dulu AJL...ada jugak unsur Illuminati sekarang iklan raya...aduhai majoriti staff di media prima adalah ISLAM...tapi semua xleh pikir....dari yg mereka,meluluskan semua pejam mata demi keuntungan...

so mari kita kaji sama2 iklan TV3 raya ni..korunk fikir la sama ada ianya kebetulan atau memang sengaja...aku mmg marah ni...

sumber :amazing nara

Scene 1
– Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2

– Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3

– Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4

– Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5

– Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6

– Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7

– Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh.

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Photobucket

Khamis, 2 September 2010

BW award...tq

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
sekarang?..nk buka pose makan apa yerk?....eheeee.dan raya dah minggu depan...

2. Apakah nama samaran anda?
banyak tapi preffer guna ejdeejasmi..orang selalu tanya kenapa ejdeejasmi...saya pun xtahu nk jawab..ehe

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
i) suami
ii) mak
iii) Ayah
iv) adik beradik semua ( terlebih pulak..ehe)

4. Panggilan untuk si dia?
sayang atau abang

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
suami yg soleh dan sentiasa baik hati cam sekarang,nak kekal camni sampai bebila....suka

6. Blog yang anda selalu lawat?
banyak la ...xterkira nk citer

7. Tag kan kepada 15 blogger..
uish ramai nye...sapa berkenan silakan jawab

Akhirnya...
ni la awardnya....kena ngan tema awardnya....ehe...tapak kaki






Photobucket