Selasa, 2 November 2010

Fakta Paksa Rela


kerja ini ditag oleh sapa lagi kalau bukan en dot tu [Sambil muncungkan mulut sedepa]uhuhu..bila baca bab tag ni mesti doa jangan la di beri tugasan tahap Universiti Havard ..saya ni SPM pun cukup2 makan jea..dah la main letak arahan dalam bahasa inggeris..bahasa Urdu tahu la saya ni..alahai...

sib pakcik ni baik hati dah google translate siap..kalau x jenuh jugak nak kena buka link cit-cat nak translate arahan ni...

ok ni arahan saya dah tukau caler xnak sama ngan pakcik..[hakikat copy paste,sama seperti tajuk blog jugak ]

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 10 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha"

Fakta Kelahiran dan keturunan

1. keturunan adam dan hawa..tentulah kan...
2. Mak orang perak ayah orang melaka dan saya tentu bukan orang2 yea..itu fakta jugak
3. lahir di perak dan dibesarkan diperak kawin pun orang perak dan menetap di perak..[anak jati perak tapi tetap sokong kelantan dalam bola sepak piala malaysia...]
4. Anak ke 6 dari 9 beradik ..walau saya lebih besar dari kakak saya tetap adik [fakta yang xleh disangkal]
5. ada 2 abang 3 kakak dan 2 adik lelaki dan 1 adik perempuan [cukup sempurna xperlu lagi adik2 angkat dan abang2 angkat zaman sekolah dulu..eiiiiwwww geli]

Fakta isteri

6. isteri yang kadang2 jea masak untuk suami [suamiku harus meraung]
7. isteri yang rajin menanam bunga..buktinya umah kami di dalam taman..uhuhu
8. isteri yang kadang2 suka mengusik sang suami [ haruslah sebab dia bongsu,]
9. isteri yang suka menjahit barang kraf dan si suami di paksa membeli barang tersebut
10. isteri yang .....[berapa banyak isteri yang daaaa]

Fakta Pendidikan

11. tak pernah tadika jugak macam pakcik..puas tanya mak kenapa saya je sorang dia xanto g tadika..tapi tetap jawapan yang sama [ xyah g tadika umur 6 tahun dah pandai baca surat khabar kang anto budak lain kecewa sebab dapt no 1 sokmo ] adakah itu perli atau fakta?
12. masuk tingkatan 1 RKA...[ rancangan khas Agama] even skrg dah lupa apa itu bola dalam bahasa Arab [ ini bukan fakta,auta]
13. Tingkatan 4 tukau lagi aliran ke sekolah teknik pulak [ sangat lari aliran susah tol nk kejar time ni]
14. Sempat masuk tingkatan 6 rendah jea aliran sastera pulak [bape banyak aliran aku dah belajar]
15. sambung diploma di politeknik [ aliran sejajar pulak..eh silap kejuteraan laaa]

Fakta percintaan

16. mula bercinta dengan sepupu sepapat sebab selalu main masak2 ,main kawin2...ehehe...uat pondok2
17. sekarang cinta hati adalah encik suami seorang jea...[ sumpah xtipu ni]

Fakta Sekarang

18. Seorang pekerja gomen dengan gaji xikiut kelayakkan sewajarnya...ehe [ alhamdullilah syukur]
19. menjahit ikut mood..kang kalau mood xbaik hasilnya harus la senget benget
20. ada 1 jea mesin jahit jenama SINGER dan sedang memujuk encik suami untuk beli mesin jahit tepi
21. Suka pergi makan angin tapi encik suami tidak [uwaaaaaaa,camner nak pujuk ni]
22. Selalu guna ayat " lama kita tak tengok wayang kan,kerusi penggung wayang pun dah xtahu camner bentuk nya kan kan " [pujukkan maut untuk dapat tengok muvie]
23. Selalu masak time btol2 rajin sahaja [jangan tiru aksi ini]
24. paksa suami balik kampung tiap-tiap minggu [guling2 kalau xdpat balik]
25. berusaha lari dari bertutur bahasa kuala kangsar sebab bahasa gerik lagi sedap [ nak tahu macamana sila rujuk cikgu bahasa anda ]

yeay berjaya lagi potong pakcik...ehee..full mark ni

1. erlizawani
2. bella
3. teddy
4. anita
5. ika
6. rose
7. shoe
8. Mar
9. kak liya
10. cha

berjaya menge "tag" 10 orang jugak..uhuhu..semua perempuan adakah diskriminasi?..no lah

Tiada ulasan: