Selasa, 21 September 2010

resepi dan puasa

selamat hari selasa

wah nk buang sawang jap....lama tak menulis..mood mmg mls tahap gaban...
okeh minggu ni insyallah akan menunaikan puasa enam....kalau rajin till jumaat kalau tak sambung 2 hari lagi hari. isnin dan selasa depan...ikut keadaan semasa..

so semalam 1st berpuasa..kali ini bersama en suami...thnks lalink teman kan i yea

ok so sambung lagi..menu semlm tauhu sumbat,ayam masak black paper dan jugak kacang panjang goreng kunyit..

sebenarnya tauhu sumbat tu percubaan pertama..nk buat tauhu sumbat tu senag dia punya kuah tu..kalau kena kuah tak sedap mmg tak hbis la sbb tauhu tu mmg tawarkan..so ni kira main campak jea..alhmdullilah menjadi

ayam tu pun sama..try n error dah pesan pada en suami kalau tak sedap maaf yea..1st time cuba..gatal xnk google smlm.so main campak dan siap

kacang pulak msk cam biasa..dak tadika pun leh buat..so meh nk bgi resepi

cuba lah yerk

TAUHU SUMBAT

Bahan A
4 ketul tauhu sederhana
segenggan taugeh
setengah batang karot
setengah biji timun (emi xbuh pun)

bahan B

1 setengah biji cili besar merah
2 sudu cuka makan
3 ulas bawang putih
setengah cawan air
1 sudu gula
secubit garam

Cara-caranya
goreng tauhu sehingga garing..sejukkan dan kerat dua..secara segitiga
taugeh di celur,karat dan timun di potong nipis secara memanjang...dan sumbat semua kedalam tauhu

kuah
tumbuk sehingga lumat cili dan jugak bawang putih..masukkan air kedalam kuali..masukkan cili tadi dan letak cuka serta gula dan garam..tunggu mendidih dan angkat...sedia dia hidangkan...

AYAM MASAK BLACK PAPER

bahan2nya

separuh ekor ayam
2 inci halia..1 inci di tumbuk dan 1 inci di hiris halus
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu black paper (ditumbuk)
garam
gula
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu cili sos
bebapa biji cili padi (xletak pun xpe..sapa suka pedas leh letak)
sedikit air asam jawa
sedikit sayur seperti
karot
bunga kubis
dan sudip jagung
sayur adalah terpulang pada kehendak sendiri
minyak untuk mengoreng
sedikit air

cara2nya

tumbuk bawang putih,1 inci halia dan bawang merah...masukkan sedikit minyak..tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga garing..masukkan ayam yg di potong kecil ..masukkan sedikit air supaya ayam mudah masak...

masukkan sos tiram,sos cili dan kicap pekat..gaulkan bersama ayam dan biarkan mendidih..masukkan black paper dan cili padi dan kacau lagi..masukkan air asam jawa,garam dan gula..masak sehingga ayam empuk.

last sekali masukkan sayur2an dan bawang besar yg di potong bulat gaul sekejap diatas kuali dan sedia untuk hidang...

p/s: emi mmg suka sayur yg keras2 sikit..org kata masak sedang2..xmasak sgt..


KACANG GORENG KUNYIT

bahan2nya
kacang panjang
1 sudu kunyit
sedikit air
garam
bawang kecil di ricik halus
bawang putih di ricik halus
sedikit sotong yg di potong bulat
5 ekor udang sederhana

cara2nya
tumis bawang kecil dan bawang besar..tunggu sehingga garing..masukkan sootong dan udang..masukkan sedikit air untuk buat kuah,masukkan kunyit dan garam..kacau sehingga sotong dan udang masak..last sekali masukkan kacang panjang..tunggu sehingga 2 minit dan angkat..

okeh selamat mencuba...

Photobucket

Tiada ulasan: