Jumaat, 24 September 2010

Masak lemak tempoyak udang petai


resepi kali ini namanya agak panjang yea..ehe...tapi sila la mencuba...ermss best jugak..sapa makan tempoyak sure akan laju jea makan..sangat sedap di makan bersama nasi panas

so lets try

RESEPI MASAK TEMPOYAK UDANG BERSAMA PETAI

bahan2nya

10 ekor udang sederhana besar
6 helai daun kunyit (di hiris halus)
2 ulas bawang kecil
7 biji cili padi
santan kelapa
2 sudu besar tempoyak
sedikit gula
1 batang serai
garam
1 sudu serbuk kunyit

cara2nya
bawang kecil dan cili di tumbuk halus
masukkan udang kedalam periuk bersama santan dan bawang yg telah di tumbuk tadi
masukkan serbuk kunyit dan daun kunyit
letak di atas api sederhana dan kacau takut berkepala
bancuh tempoyak di dalam bekas dengan sedikit air..tapiskan
ambik air tempoyak tadi dan masukkan kedalam periuk
masukkan serai yg di titik
masukkan garam dan sedikit gula( bg tempoyak yg lama ianya sedikit masam so untuk menghilangkan rasa masam masukkan sedikit gula)
kacau hingga masak dan tutup api..sedia untuk di hidangkan


Photobucket

2 ulasan:

Uruchimaru @ kf berkata...

blm pnah rasenye rase rsepi ni..

*ni blog sdah tukar jadi blog masakan ke? hihi

ejdeejasmi berkata...

ekekek..sekali sekala uabah angin pulak..maklumla puasa belum hbis lagi..so updated masakan jea la..ehe