Khamis, 17 September 2009

~* Popia Pedas*~

yang ni tak tahu apa namanya...emi bagi je nama berdasarkan logik..hikhikhik...

yang pasti mmg nyummi la jugak...sebb dia ada rasarangup, pedas dan manis dalam satu rasa..perghh..sambil menaip ni kecur lak air liur ni..sib la puasa...kalau tak mau tetiba blik buka balang...hikhik

ok la jom emi tulis resepinya
Bahan2nya:
1bungkus Kulit popia
sedikit bijan ( disangai dulu iaitu goreng tnpa minyak)
tepung gandum (bancuh cam gam)
1 cawan gula
cili kering di blend

Cara2nya:
Gulung kulit popia rapat2..gamkan dengan tepunggandum di hujungnya

bijan di sangai

Potong kulit popia secara mengereng
Goreng sehingga garing
toskan minyak dulu

tumis cili kering sehingga pecah minyak
masukkan Gula dan kacau
masukkan sedikit air
bila dah masak masukkan bijan tadi
dan masukkan popia kacau dan api ditutup
siap untuk di makan


dan last emi nak tayang stok kuih raya yg sempat di buat..


Photobucket

~* Conflakes Madu *~



Semalam dua kueh raya aku sempat buat...hihi..yang simple dan senang je aku ambik..yang susah2 di tinggalkan

so tgok la sedapkan?..yup mmg sedap sgt...hihihi...nnti jemput beraya ke rumah ye



Resepinya:

1 botol kecil madu
conflakes (guna conflakes timbang je RM5.00)
1 ketul butter cup
1/2 cwn gula
kismis/halwa betik/hirisan badam
coklat rice untuk hiasan

Cara2nya:

panaskan kuali
masukkan buttercup masak sehingga cair
masukkan madu kacau dan masukkan gula hingga hancur
masukkan conflakes dan kismis/halwa betik/hirisan badam
tutup api
masukkan dalam cup dan tabur coklat rice
bakar 15 minit dengan suhu 150 darjah celcius

dan taraa..siap...nyummi
Photobucket

Isnin, 14 September 2009

~* Majli Berbuka Puasa JTKPK *~

ingat lagi entri emi yang menjemput Warga JTK Perak ke Majlis berbuka puasa di rest House Kuala Kangsar isnin Lepas? Majlis itu telah pun dilaksanakan dengan meriahnya..oOk meh layan sepuasnya Gambar-gambar yang diambil Oleh JTK Smk Gunung rapat..credit to Him apai


Faizal ( Sk Padang Ampang) dan Khai (Sk sentosa)

yang ni pantang nmpak camera...fobia..hikhik emi (Sk Talang),Jue (Sk Methodish) dan Avin (smk Anderson)
Wan (Sk Jelutong) dan Avin (SMK Anderson)..belakang tu panorama Sg Perak..cantik seh
Mr Bawal ( Sk Kg Nasib) menunjukkan skill dan perutnya..ops...hikhik
Fizlan aka Yb (Sk Tasek Damai) dan Khai ( Sk sentosa)



Khamis, 10 September 2009

~* Puding Roti *~


Resepi kali ini di cilok dari Dak Tedi...saja mencuba semalam tapi berlainan sikit sebab emi letak sausage dan cheese..dah macam piza lak...hihii..tapi tetap nyummi
yang ni emi letak kismis...saja untuk diberi kepada jiran tetangga
siap dibakar


RESEPINYA

* 12 keping Roti Gardenia di potong kecil-kecil
* 4 biji telur
*1/2 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula pasir
*2 cawan susu segar/susu cair/ air
*1/4 cawan coklat chips/ kismis (emi ganti sausage dan cheese)


Cara-caranya :

*Panaskan oven pada suhu 180 darjah
* Kisar semua bahan kecuali roti dan coklat chips/kismis/sausage/cheese
*Tuang adunan ke dalam roti dan coklat chips /kismis /sausage/chesee. Kacau rata.
* Sapukan butter pada loyang dan tuangkan adunan tadi.
* Bakar selama 30-45 minit


p/s: salin gak dari dak tedi malas nak menaip..ngeh2X..maafkan dinda ye dak tedi..hikhik

malam tadi kul 9.00mlm kami berdua keluar ke pekan kuala..saja melihat bazar2 menjual kelengkapan aidilfitri...

dari pada saja2 tu aku TERbeli dompet dan tudung dibawah ni..suami lak beli tali pinggang...hihi

maafla ye model bergaya tanpa makeup..muka kusam sikit..hihihi...bukan malas tapi kurang mengemari make up ni..cukup sekadar krim dan bedak..saya tetap kelihatan cumil...muhahahaa

p/s: sesuai ke aku pakai tudung SITI ni?..hikhik..faizal tetap puji cumil..jgn muntah ye.,..nnt batal puasa..ngeh3x
Photobucket

Selasa, 8 September 2009

~* Murtabak Mini *~


Gambar: Google

salam ramadhan..rini tak tahu nak letak entri apa...pastu terlintas nak letak resepi murtabak mini ni...maaf gambar takde..so google je la

dah 3 kali emi uat..memang laku...takyah uat sos dia..makan begitu saja pun sodap...hikhik
1st buat guna sebiji kentang je dah dapat 7 biji mini murtabak ni...pastu second tu tak ingat bape biji tapi memang banyak..3rd buat kat umah kakak di Alor setar..

licin jugak..kakak emi siap suh anto SMS mintak resepi..so kali ini emi nak kongsi lak ngan anda semua..maybe ada yang dah tahu..tapi emi guna simple je bahan..xbanyak modal

Resepi murtabak mini

Inti

Bahan A
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
serbuk kari
1 ketul kiub ayam knor
garam
Daging kisar/ayam kisar atau ayam/daging fresh
1 biji kentang saiz besar (kalau kecik guna 2biji)- Potong Dadu

bahan B
2 biji telur
Lada Sulah
Bawang besar (dipotong Dadu)
minyak untuk mengoreng
kulit Popia

Cara2nya
bawang kecil,putih dan halia di tumbuk halus.tumis sampai naik bau..masukkan rempah kari ,masukkan kentang yang di potong dadu bersama2 daging..masak sehingga empuk..masukan kiub Knor if dh masin takyah tambah garam..kalau kurang masin tambah sedikit garam..selepas masak masukkan dalam bekas dan sejukkan

pecahkan telur sebiji dan masukkan sedikit lada sulah..pukul sedikit ,masukkan bawang besar yang dipotong dadu,masukan Inti ( dari bahan A)

Kulit popia di buka dan masukkan inti didalam kulit popia..lipat segi 4..goreng dengan minyak yg sedikit.Pastikan yg dilipat berada dibawah supaya apabila mengoreng ianya tak terbuka...

ok selamat mencuba
Photobucket

~* Tag *~

1- Nama Timangan Anda?
~ emi,ayu,ejdee,ej

2- Anda Seorang Yang?
~Yang macamana anda nampak?.

3- Insan Yang Teristimewa?
~ Mak,ayah,suami,adik beradik,kawan2..dan kamu semua ~

4- Lagu Kesukaan Anda?
~Sedap Halwa telinga~

5- Makanan Kesukaan Anda?
~ Masakan Ibu dan saya sendiri~

6- Sikap Yang Membuatkan Anda Stress?
~Bila orang pertikaikan kerja kita... ~

7- Warna Kegemaran Anda?
~Absolutely merah dan sekarang Pink..eheww~


8- Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg?
~ Digital Camera,gloss( tapi saya tak pakai pun).dompet,Handphone,kunci rumah dan kunci ofis~

9- Kali Terakhir Anda Menangis?
~ Jumaat lepas..(saya rindu Mak) ~

10- Tempat/Negara Yang Ingin Anda Kunjungi?
~ Satu dunia ~

11- Tag Untuk 6 Rakan Anda..
~ Sapa Nak Jawab silakan

Photobucket

Jumaat, 4 September 2009

~* Kuih Raya siap satu *~



Pernah dengan kuih ini.."kuih Batang buruk"...mesti semua sudah dengar kan...hihiii...ni salah satu kuih peberet emi time raya...perghh sedap gila...

semalam dengan kerajinan yang melampau after berbuka di KFC singgah sebentar membeli keperluan untuk menyediakan kuih in...sampai je umah...solat maghrib ,maka kerja pun dimulai...

sapa lagi mangsa...suami la...hihii...dulu ada adik..rindu erli...huuu..dulu kami berdua pasti akan menghabiskan masa menyiapkan kuih raya...skrg feel pun dah kurang..ikut mood je

so tugas sebenar bermula selewat kul 9.00 malam..hiiii..mula2 tu faizal tukang menggoreng kacang...setiap kali aku toleh...pasti aku akan cakap "jangan hangus ye bang"...dia nganguk je...bila kacan dah mula menaikkan bau aku pun suh dia tutup api..biarkan sejuk sambil tu aku potong kulit popiah...

cari pen,basuh bersih,lapkan untuk digunakan menggulung...pastu kul 9.30 kami berdua lari kedepan lak...hahah kelakar je rasa sebb taknk missed tengok TOWER 13...hikhik

sambil tgok TV sambil menggulung kulit popia...hikhik..bila cite habis...mulala kami beroperasi...faizal lagi kena mesin kacang,pastu aku ayakkan,mesin gula dan seterusnya..

bila dah siap semua..aku gaulkan dan sumbatkan dalm kulit popia yg telah digorengkan...fuhsss 1st time cuba uat kuih ni dan rasanya perghhh sedap gila..tapi termanis sikit ...hikhik..



suami emi lagi la mula nk rasa satu,pastu lagi satu..last2 emi tutup simpan...pastu ckp jgn bangun uat2 ngigau nk curik kuih ye...hihiiii

ok la tu...malam kang smabung lagi...habiskan serbuk batang buruk dan kulit popia...semalam setel kul 11.30...cuci segala perkakasan dan tido....huhuhu

hari ini lewat sahu..5.20 pg baru tersedar...apa la...sib sempat jamah makanan...

Photobucket

Rabu, 2 September 2009

~* Majlis berbuka puasa FT17 *~

( semua jtk kuala kangsar dan di jemput juga jtk daerah lain serta warga sahabat JTKPK untuk menghadiri majlis berbuka ini bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini. sekian.) Cadangan telah dibuat pada masa yang ditetapkan.

UPDATE 2 SEPT 2009

Tarikh: 07 September 2009 bersamaan (17 Ramadhan 1430)

Hari : Isnin

Tempat: Rest House Kuala Kangsar

Masa: Bekumpul 6.30 - 7.00 malam

Menu: buffet ( Nasi,Ayam, Udang, Daging, Buah2an, Sayur, ABC dll )

Harga: Dewasa: Rm 12.00 , Kanak2: Rm 8

Senarai nama JTK kuale..
1. Faizal - sk padang ampang
2. Emi Erdayu- sk talang
3. krul - sk kg naseb
4. farok - sk karai
5. sue - sk kota lama kanan
6. anis - sk sayong
7. wan dego - mckk
8. faizal- clifford
9. fazli - pkg kota lama kanan
10.lin - pkg talang
11.pc klon aka zuraime - sk chenein
12.sakinah- sk sultan abdul aziz
13.alif -pkg kati
14.rafi- pkg sg siput
15.arman- smk tok muda abd aziz
16.maryam- sk bendang kering
17.mas ayu- smk sayong
18.shida- smk bukit merchu
19.smk tajul ariffin - faizura
20.sk temin- amelia aka achik
21.sk siput- nafisha
22.smk rangcangan khas lasah-
23.sk jalong - shida
24. sk lempor- shahril
25. sm teknik kuale- jtk
26. sk senggang - arip
27. Avin- SMK anderson ipoh
28.ejam - sk sungai wangi
29.jue - jtk Convent




Photobucket