Jumaat, 28 Ogos 2009

~* Apa permainan Zaman kecilmu *~




salam ramdhan semua

entri kali ini agak menarik untuk ditulis...dikenang2 dan senyum sorang2..hihhihi...

ni semua gara2 rabu lepas...ngah bersembang2 ngan rakan sekerja tetiba terbuka topik permainan zaman kanak-kanak kitorang

sambil gelak2 dam mengiya2kan apa yg diceritakan..ye sama la..tula ayat yg kitorg akan kuarkan dr mulut masing2...

teringat kembali (flash back la) orang kampung emi ckp..huhuhu.

masih ingat lagi ke..Guli,lompat getah,ting ting (kitaorg panggil jengket2),galah pajang,tuju tin,tuju kasut,rounders,lawan biji getah



bila dah naik ke sek rendah ubah skit permainan..main tikam pemadam,teuk daun terop yg gambar kartun2..main happy family..

bila petang balik sekolah agama terjun sungai dan macam2 lagi..memang indah zaman kanak-kanak di kampungkan?

zaman skrg ada?

mungkin di kg masih ada..seperti lastik burung dan sbgnya...tapi kanak2 sekrg lebih kenal PS2,PS3 dan sebagainya...game komputer la apa la

kalau kita ke Cyber Cafe boleh lihat kanak2 pun dah ramai bermain game online...uh sungguh tidak seronok kan

emi masih ingat..zamn kecil persis lelaki lagaknya..kalau tghari kompom di jemput ngan mak ngan sebilah rotan ditangan...

suh balik makan nasi...dulu tak mkn pun takpe..best bermain..panjat2 pokok,terjun air sg...hii...macam2 gelaran

comel je rasa time tu...ayu rambo,megat biar sinonim la ngan emi...huhuuu..ntah la maybe dulu cam tomboy sikit kot..hahahaha..

ok la..

emi nak tanya korang pulak...apa permainan zaman kanak-kanak korang?jom kongsikan....


Photobucket

Khamis, 27 Ogos 2009

~* S.K Laneh,lubuk merbau here i come *~

salam ramadhan buat semua sahabat blog yg dikasihi sekalian. Moga anda berada didalam limpahan rahmat ALLAH S.W.T di bulan yg mulia ini

tiada apa coretan untuk dikongsikan sekadar kerja2an yang sama sahaja setiap hari..masih ingat lagi entri ini saya yang menurut perintah. ok hari ini misinya telah dilaksanakan..misi penuh kesopanan dan keterujaan..hihiii..berkhidmat sambil membuat amal kebajikan.


misi nya bermula seawal 8.00 pagi..hari ini datang ke tempat kerja membawa kereta waja kesayangan suami tu..pinjam ye...saya takder kereta..hhhiiii..

punch card dan masuk ke Pusat Kegiatan Guru Talang pickup juruteknik Komputer PKG dan juga seorang student praktikal untuk menemani emi dan selaku pemandu pelancong...yela saya kan orang baru..mana tahu jalan kesana...


so misi pun bermula,jumpa pembantu tadbir kak Ramlah..baik orangnya..comel jugak...dan penuh senyuman menghiasi bibirnya....

disuruhnya kami mengisi buku pelawat dan dibawa ke tempat destinasi iaitu Makmal Komputer Sk Laneh, cantik jugak makmalnya

kami bertiga duduk di meja besar mula2 masuk kemakmal tersebut...segala alatan dikeluarkan 6 buah laptop,LCD Prijector,printer dan desktop untuk proses memeriksa tahap kerosakkan dan tahap logik untuk dihapus kira

emi bahagi sama rata,dan jugak panduan untuk dihapus kira..lin dan shida membantu emi..alhamdullilah selain pengalaman dorang kutip dorang dapat ringankan beban emi...xrugi baik ngan orang ni kan?..sama2 kongsi ilmu


so segala proses dijalankan...sementara menunggu kak ramlah menaip laporan emi tu kami membantu membetulkan NETWORK mereka yg rosak...


satu2 diuji dibilik server..sambil gelak ketawa...hiii..kami uat amal la...hihi...1 Pc rosak..so kami mix and match mana yg elok ngan tak elok..shida la jadi mangsa kami snap gambarnya..



sebb nya selain dia nak uat laporan kami jugak leh masukkan lam blog..thanks shida sebb kena masuk bawah meja..hahaha..sian dia...

ip adress di betulkan dan taraa...5 biji Pc yg tak boleh digunakan hanya 2 sahaja yang benar2 rosak.selepas kami betulkan.....wah seronok sangat..


kami tak sangka walaupun kami perempuan kami dapat jugak uat kerja ini..yela..tentula ada yg tak percaya kami leh uat networking dan betulkan komputer...

cikgu yang tunggu tu pun seronok sebab komputer dah leh guna...
Photobucket

~* Hantaran Al-quran *~

Terpanggil untuk sama2 menghayati pengajaran ini...

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad




Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.



sumber: JTKPK.com



Photobucket

Selasa, 25 Ogos 2009

~* KERLIPAN CINTA *~

Kerlipan Cinta
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

Photobucket

~* Tutorial masuk windows dengan Hiren Cd 9.9 *~

salam ramadhan penuh keberkatan dan jugak salam satu malaysia....jiwa patriotik mesti jugak kena ada kan..?..al maklumla bulan merdeka skrg ni

ok hari ini..emi ingin memberi satu tips and tricks baru untuk pengguna2 teknologi khususnya pengguna Pc,laptp dsbnya...

pernah kah komputer,pc atau laptop anda tidak boleh masuk ke windows?..disebabkan oleh perkara2 yang tertentu terutamanya serangan virus dan sebagainya...

ceh..penatla guna bahasa baku ni...adoi...cam cikgu lak...hiihii..

ok maaf continue balik ye..

mugkin jugak disebbkan oleh kehilangan NTLDR,NTDETECT dan SYSTEM32 CORRUPT..so anda akan meraung berguling2 sbbnya anda bakal kehilangan data2 penting jika data2 tersebut disimpan di pemacu C dalam Pc anda...

selain menggunakan cd boot untuk kembalikan file yg hilang,atau me"repair" windows anda jalan terbaik ialah anda gunalah HIREN BOOT CD version 9.9..

kelebihannya ialah...

anda boleh masuk ke windows anda untuk backup data anda sebelum proses memformat pc anda dijalankan...

ianya seolah2 windows safe mode...so bolehlah anda back up data anda di pemacu D ataw external HDD...




Klik image untuk download

prosesnya hanya semudah ABC

1. download hiren boot Cd version9.9
2. extract folder
3. burn image iso ( icon CD )..jika anda menggunakan nero start smart anda haruslah memilih nero burning Rom-ISO-NEW-FILE-pilih folder yg hendak diburn dan hny pilih hiren boot cd 9.9
4. masukkan CD yg diburn tadi kedalam Pc anda
5. pastikan pc anda di set kepada 1st boot CD ROM
6. pilih mini windows XP
7. tunggu sebentar dan windows anda sedang di load...
8..dan taraa anda boleh masuk ke windows anda untuk back up data2 anda sebelum ianya ilang jika di format...


ok selamat mencuba

Photobucket

Isnin, 24 Ogos 2009

~* Kami ada Pesta..kamu ada ? *~

entri kali ini di curik dari blog sekupu-kupu aku..hikhik..sepupu la..en azwa azmi.. mintak maap ye zwa tak mintak nak cilok gambar tapi nak cilok jugak...

ok pesta yg dimaksudkan ialah pesta Ikan.pesta ini berlangsung setiap ujung ogos dan september...

selalunya pesta ini akan berlarutan sepanjang sungai perak..tak kira la hulu ke hilir ke...tapi yang pasti hasilnya memang lumayan...

kalau tak bawak balik seguni dua ikan tak sah...

pesta ni xde yuran masuk atau yuran keluar...cuma yuran kerajinan je yg diperlukan...ringkas dan padat sahaja..sapa2 leh sertai tak kira golongan tua atau muda...lelaki atau pun perempuan



barisan peserta yang menyertai dan jugak meyaksikan....
lihat sana sini penuh orang
gaya seorang pakcik yang hebat
hasil sekali tangkup je tu...
aik makcik pun ada....

emi paling suka telurnya...pergh kalau di pais atau digoreng memang sentap...sedap ..ikan nya pula kalau tak digoreng rangup,dibuat perkasam atau bakar pun sodap....

lupa pula dah dok asyik bercerita..lupa lak nk cerita nama ikan nya...ikan nya dipanggil ikan LUMA...

P/s: jom sapa nak join...ujung minggu ni pasti aku akan kesana....
Photobucket

Khamis, 20 Ogos 2009

~* Saya yang menurut perintah *~



see..sapa tahu sekolah ni?..angkat tangan....ada lak orang nak pakai khidmat ni...hhihiii...
terasa diri dihargai....ceh...

uhu..selasa depan visi dan misi menerjah sekolah tersebut..ceh saya ni pemalu...mahu kah mereka menerima kedatangan saya...



bagaimanakah sekolah itu,orang2nya,adoi PPD pun tolong la lantik orang lain..saya ni bukan tahu sangat..tapi takpela tak salah menolongkan?

dapat gak pahala dibulan mulia nanti..wink wink




Photobucket

~* Cara Membuat widget di Bucu Blog Anda *~

salam...selamat pagi semua..harini dengan kadar goyang kaki terlampau di ofis..ditambah ngan kadar sejuk beku 20 darjah celcius di dalam bilik ni...emi nak bagi tutorial bagaimana nak buat widget di bucu blog anda seperti blog emi...nampak dibucu kiri atas,kiri bawah dan kanan atas itu?..mau tahu g mana....ramai dah tanya...penat nk jawab so sini emi dedikasi seikhlas ati untuk anda ye...

sebelum tu anda mesti la memenuhi syarat dan bahan-bahan di bawah..ceh dah mcm nk buat kueh raya...

bahan2nya ialah:

1. aplikasi Photoshop di Komputer anda.. 2. pasti komputer anda dapat acsess internet..hikhik 3. anda mempunyai akaun di photobucket,imageshack atau sebagainya

ok..jom

1. mula2..buka photoshop anda tak kira la cs berapa pun..asal photoshop ye...
2. ambik new dan pilih 200 X 200 Pixel..if nak buat besar gedabak pun ikut kome la...hiii
3. copy background seperti disebelah kanan ye
4. delete background asal..tinggalkan background copy sahaja..
5. pilih tulisan di icon T (text) sebelah kiri
6. ok tulis perkataan yang anda sukai....
7. copy satu lagi tulisan seperti anda men"copy" background tadi...lihat sebelah kanan ye...

8. ambik edit-tranform-flip vertical

9. jangan lupa pilih text copy tadi opacitynye 70%...untuk menjadikannya bayanag2 tulisan tadi

10. delete background copy dan save file anda sebagai PNG..ok dah siap bab 1
11. selepas itu log in ke photobucket dan upload image anda tadi...selepas dah siap klik kanan dan pilih image location
12. masuk ke laman adiwiget code generator untuk mendapatkan kod HTML
13. akhir sekali log in ke blog anda
14. layout- edit Html dan cari body seperti gambarajah..
15.preview dan jika anda berpuas hati save kan

itu saja..tadaaa.....
Photobucket

Rabu, 19 Ogos 2009

~* S.E.L.A.M.A.T B.E.R.P.U.A.S.A *~

Salam ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari lagi..tak sabar rasanya nak berpuasa kali ini..yela tahun pertama berpuasa dan menyambut lembaran dengan suami tersayang...Jiwang sekejap..hikhik...horeyyy


di kesempatan ini emi ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua rakan taulan,sahabat handai,kalau terguris sepanjang terjebak ngan bidang penulisan blog ini..maap ye..dari ujung rambut sampai ujung kuku kaki...huhuhu...


maaf dah lama tak update..bukan apa..lately busy sangat....pastu kamera tersayang telah dicuri dengan kebenaran oleh suami...tu yg blurr jap tu nak report apa lam blog ni...hhihiiih...

so itu jela kot...taknk membebel dan...maaf zahir batin dan selamat berpuasa untuk seluruh umat islam...


Photobucket

Selasa, 11 Ogos 2009

~*NONI si MUJARAB*~



Pati mengkudu atau noni (Nama saintifik : Morinda citrifolia) memang semenjak dahulu lagi telah digunakan sebagai penyembuh secara tradisional. ia dikenali sebagai makanan ajaib yang berupaya menyembuhkan luka dalaman. Ciri-ciri anti-radikal bebas yang terdapat didalamnya, berupaya melindungi dari kerosakan jantung dan memperbaiki sistem penghadaman. Bahan-bahan aktif dalam noni juga mampu membantu merencatkan sel-sel kanser, mengawal kandungan gula dalam darah, mengawal tekanan darah tinggi dan menigkatkan kekuatan badan menentang penyakit melalui pengukuhan sistem imunisasi badan


Kandungan bahan aktif yang terdapat dalam noni :
  • proxeronine
  • Damnacanthol
  • Caproid acid
  • Caprillic acid
  • Scopoletin
  • Minyak essential
  • Ascorbic acid
  • Asperulose tetraacetate
  • dan banyak lagi
Antara penyakit-penyakt yang dapat dibantu disembuhkan dengan FED NONI :
  1. Tekanan darah tinggi (hipertensi) / darah rendah (hipotensi)
  2. Kencing manis biasa/kronik
  3. Buasir/hemorrhage/berak berdarah
  4. Sakit-sakit sendi/arthritis/rheumatisme
  5. Sakit jantung/lemah jantung
  6. Ulser/gastric
  7. lelah/asma
  8. penyakit batu karang/buah pinggang/kesukaran kencing
  9. Hepatitis
  10. Kurang darah/anemia
  11. Sukar tidur malam/insomnia
  12. Penyakit kulit/psoriasis/jerawat batu
  13. Resdung/sinusitis/alahan rhinitis/selsema
  14. Beguk/gerondong
  15. Sawan
  16. Gila meroyan
  17. Gout
  18. Perut sembelit/tidak lawas
  19. Sakit kuning
Pandangan perubatan saintifik berkaitan noni :


"Ekatrak mengkudu menigkatkan fungsi kelenjar tiroid dan kelenjar timus yang dipercayai bertindak melawan infeksi dan masalah-masalah yang berhubung dengan sistem kekebalan tubuh"
Dr Mona Harrison,M.D
Boston University School of Medicine
"Ekstrak mengkudu mampu antaranya merangsang sel T (sel pelawan penyakit) dalam sistem kekebalan tubuh, memperkuatkan sistem kekebalan tubuh, menunjukkan kesan anti bakteria, mempunyai kesan analgesik (menahan sakit), melambatkan pertumbuhan sel-sel pra-barah iaitu dengan kemampuannya menormalkan fungsi sel-sel abnormal"
Dr Schecter, M.D
Institut Perubatan Alami, California
"Ekstrak mengkudu mengandungi scopoletin (sejenis phytonutrien) yang berfungsi melebarkan saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan. jantung tidak lagi perlu bekerja terlalu keras untuk mengepam darah. Ia mengatur tekanan darah tinggi menjadi normal'
Dr Neil Solomon, M.D, PHD
Medical obserber

"Ekstrak mengkudu bekerja secara sinergi dengan mikronutrien lain dalam menghalang aliran darah menuu ke sel-sel tumor/barah, sekaligus mematikan sel-sel tumor tersebut"Dr judah Folkman, PHD
Harvard University.

Cara penggunaan

  1. 3 titik atau lebih bawah lidah (untuk penyerapan optimum kedalam badan) sebelum makan,masa perut kosong, 2 kali sehari pagi & sebelum tidur
  2. tidak makan dalam 1/2 jam lepas ambil noni
  3. tidak minum teh/kopi dalam 2 jam selepas ambil noni
  4. sakit jantung & asma, mulakan dgn 1-2 titik, tingkatkan dos bila perlu

Jenis-jenis penyakit & tindakbalas

tekanan darah tinggi
Leher merasa tegang, belakang kepala bahagian atas rasa sakit & tegang, sakit kepala (berlaku selama 2-10 hari)

Tekanan darah rendah
Tegang leher bawah, kepala pening memusing

Buasir
berak berdarah

Kencing manis
Paras gula meningkat dalam seminggu, tangan & kaki menjadi bengkak sedikit, keadaan akan berkurangan dalam seminggu, keadaan penyakit akan beransur-ansur pulih.

Sakit puan
Cairan putih keluar semakin banyak, haid tidak stabil

Sakit sendi, sengal, pirai
Sendi rasa sakit, badan jadi panas

reumatisme
Bertambah sakit

Sakit jantung
Merangsang denyutan jantng menjadi cepat, rasa sakit dada, muka menjadi merah selala 2-4 hari, kebas dilengan atas tangan kiri

Lumpuh
Rasa sakit dibahagian saluran darah yang tersumbat, sakit & pening kepala

Ulser gaster
Seram sejuk, perut rasa pedih, berlaku cirit-birit @ sembelit

Asma, penat/lelah
bertambah tenat selama 2-3 hari, kadangkala muntah, keluar kahak

Batu karang
Bertambah sakit, air kencing berkapur, kencing berdarah

Jerawat
Jerawat keluar lebih banyak kerana keracunan yang terkumpul disingkirkan

Sakit buah pinggang/ginjal
Kerap buang air kecil, sakit dibahagian pinggang, muka, kaki & tangan bengkak sedikit

Badan berasid tinggi
Selalu berasa mengantuk, badanmenjadi panas,rasa dahaga,kerap kentut, air kencing berwarna perang

Hepatitis A,B & C
Tanda-tabda akan terus berkurangan, semangat pulih kembali, semakin berselera

Neurosis (sakit jiwa ringan)
Senang tidur selepas 2 minggu, rasa segar selepas bangun tidur, perasaan tenang,

Insomnia (sukar tidur malam)
di peringkat awal sakit/tegang kepala

Resdung
HIdung menjadi semakin sebu selala 3-7 hari. berksan selepas 2 minggu, badan agak panas

Anemia (kurang darah)
Keluar darah dari hidung, pening kepala

mandul
Keluar banyak darah haid berwarna hitam, sperma lelaki bertambh

Psoriasis
keluar lebih banyak

Kaki busuk (hongkong foot)
demam, mula berkesan selepas 1-2 bulan

Sawan (penyakit tarik)
Menjadi bertambah teruk

Kulit sensitif
Tidak balas menjadi semakin teruk selama seminggu

Kulit pecah-pecah & berair bisa
keluar air bisa, (nanah, darah kotor yang berbau busuk)

Luka dalaman
Sengal & sakit bahagian yang luka, rasa panas di bahagian yang sakit. kadang-kadang kencing berdarah & berwarna perang

Selepas pembedahan
Rasa sakit dibahagian yang dibedah

Meroyan (selepas bersalin)
mengantuk, badan rasa sakit, darah nifas keluar habis-habisan

Selsema
Bersin & hingus akan bertambah

Sembelit
Sakit ketika buang air besar

Gastrik
Seram sejuk, perut pedih, beraku cirit-birit @ sembelit

Gout
Sendi menjadi sakit & terasa panas

Sakit kuning
Badan lebih panas, meloya, air kwncing berwarna keruh


TESTIMONIAL



PERINGATAN PENTING:
Pesakit yang sedang menerima rawatan doktor, jangan tinggalkan ubat doktor secara mengejut semamsa mengambil produk noni teruama bagi pesakit darah tinggi, jantung & kencing manis. kurangkan dosej ubat mengikut nasihat doktor.


Photobucket

Isnin, 10 Ogos 2009

~* Sayang suami tinggal-tinggalkan *~

Saya telah balik kampung seorang diri...faizal kena tinggal..kesian...hihii......
opss bukan saja nk tgl..tapi dia ada kerja dan saya bosan keseroangan dirumah pada sabtu dan ahad...jadi saya pulang ke kampung seorang diri

sangat heppi...dah lama tak bawak kereta since berpindah ke sini..saya agak gugup sebenarnya..tapi sayakan kuat...so saya uat2 la kuat semangat...sejam saja saya drive...bila nak potong kereta pun saya mengucap dan baca bismilah..bukan apa takut tak lepas...mana tau nak excident...tol tak...

lega sampai jugak..so bila orang tanya mana suami..saya kata " sayangkan suami tinggal-tinggalkan"..hihiiii..

saya seronok bila malam saya tido bersama ibu saya..leh peluk mak..hoyey!!...jangan cemburu ye...hahaha..ok daa...


Photobucket

Rabu, 5 Ogos 2009

~* Banner exchange *~

thanks to rjuna.net untuk tutorial ni... emi dah cuba mencuba finally berjaya...so apa lagi jom la tukar banner..hikhik..layan...
ejdeejasmi

Photobucket