Jumaat, 30 Januari 2009

~* Sulam Riben Pertama *~

Finally emi dapt jugak siapkan sulaman riben pertama..fuh..hny berdasarkan gambar emi try sendiri memikirkan teknik apa dia gunakan..so akhir sekali dapatla emi siapkan 1..hihii.

ada sedikit sebyk kecacatannya..tapi kira ok ler kan 1st time uat..org yg uat ni lak keras tangan ..huhuhu..so akhirnya jadi..hihii

meh usha2 and komen2...adoi sakit belakang ku

adoi ketara kecacatannye..kurang kemas sikit ..biasala first time..xpe t emi siapakan lagi yek

pandangan jauh nmpak chantek lak..isk3x


ermsss ok ler kan?

last view..jadiler satu


~* PhotoFunia *~

kali ini aku terjumpa satu menda baru..best gak untuk sape2 yang minat ttg editing ni.hihi..biarla kalau orang kata aku ketinggalan yang penting aku share..nape deme kedekut taknk share..

pernah dengar tak photofunia? ya kalau anda dah dengar and belum taw nak guna meh emi citer cket..kalau anda dah taw and taaw guna and tak nak info dari emi anda leh blah dari page ini dengan senangnye..hihii


so meh kita mula kan..ianya semudah ABC..kalau dak tadika akan nyanyi A-ayam makan padi, B-Burung terbang tinggi C-Cicak atas siling..hihii..mudah kan


anda hanya perlu melawat laman ini SINI

First step ~ Pilih template yang anda suka. scrol sampai bawah untuk pilih bahasa anda..harap maaf B.Melayu tak disediakan yerk..hihii..just klik icon bendera je kat bawah tu..



Second Step ~ klik Choose file..so pilih la gambar yang anda suka




Finally ~ Save ikut kehendak anda...

dan tadaaa..inila hasilnyeeee...selamat mencuba ye

Khamis, 29 Januari 2009

~* Sulam Riben *~

Ntah apa mimpinya aku telah berminat kerja sulam2 an ini..isk minat sentiasa berubah2 mengikut mood..huhuu..sekrg kegilaan lebih kepada aktiviti menyulam lak..even barang tak cukup dan dibeli satu persatu tapi aku sedikit puas di situ..


semuanya bermula ngan suka2..mana tahu leh jadi hobi and bisness..ceh..semuanya aku mulakan ngan konsep dan sedikit prinsip try and error..tak salahkan mencuba asal kita puas sendiri..mana la tau minat ni akan bercambah..


so meh sini emi tunjukkan semuanya apa yg di belajar arini..cukupla ngan asas..mana taw idea tuhan akan ilham kan satu persatu..hihii..









tadaa alhamdullilah berjaya..berkat kesabaran sedikit usaha dan pemikiran yg tajam aku rasa aku mampu lakukan..insyallah..amin

~* Menjahit Manik *~

semalam seharian aku berlajar menjahit manik..dari internet ..bukan main seronok dan kepalang gumbira nya..alatannya aku telah beli di kuala..so sedang mencari2 teman yang berminat so aku dapatla Kak Hubbina pembantu Makmal..senyap je kami berdua lam makmal..hihi
yang lain tak tahu kami sednag membuat project ini.sebb deme menyembang so kami ambik peluang mencuba beberapa design terkini..almaklumla tangan pon masih keras..so jahitan takla sehalus orang yang dah menceburi bidang ni bertahun lamanya..

tapi hasilnya memang tak mengecewakan..wah lepas ni aku telah berangan2 untuk menjahit setiap baju kurungku itu..upgrade jela...hihii..bior nmpak baru sedikit..
Ni jenis teratai dan manik jurai..aku combind kan sekali..
ni jenis teratai..

ni teratai dan jurai yang dan siap..sesuai untuk sekitar leher baju

close up sedikit

ni jenis pintal..ermsss ( maaf sedikit blur)

ni la kak hubbina..menjahit bersama2 ngan aku..hihii

ni hasilnya..bunga teratai..maaf sedikit blur

ni jenis tabur..lom siap sepenuhnya..tapi nk jugak masukkan lam ini...

ni manik manjalara 3 lam satu sebenarnya ini..jenis lalang manjalara + bunga manjalara & Jenis Manik Jurai

ni hasil sepenuhnya yang disiapkan lam masa dua jam belajar..belajar sendiri melalui internet..


~* Majlis Pertunangan Wan & Aida *~

pada 26.01.09 telah berlangsung pulak majlis pertunangan antara redzuan dan aida..majlis kali ini dekat sikit..wan org kuala dan aida org taiping..so kami mengikuti majlis ini..hantaran diberi 7 oleh pihak lelaki dan dibalas 13 oleh pihak perempuan..majlis ni sgt la meriah sbb dah macam kenduri kawen dah aku nengoknye..

wan dan aida ni dua2 kawan aku dari kalangan Juruteknik Komputer Sekolah di negeri perak ini..wan Sk jelutong dan Aida Sk changkatJering..hihii wan iku jejak aku nmpak..

ni la pasangan yang akan bergelar raja sehari kelak
Hantaran dari pihak lelaki biru

hantaran dari pihak perempuan warna krimnila kami..pantang lepa nak je tangkap gambar,.sedondon memilih kuning


~* Majlis Pernikahan Dan Bertandang *~

Kali ini aku nak post pasal majlis pernikahan dan majlis bertandang..sebb yang lelaki tu kawan kitaorang so menghadirkan diri kat sebelah lelaki la...huhuu..


sebelum tu kami sendiri menyaksikan majlis pernikahn berliau..siapa beliau itu..beliau ialah En saiful Azizi & Pn Rabiatul adawiah...en saiful ini kitaorang gelar juga Que Haidar..kenapa? sebb mmg wajah nya seiras..sekali pandang mcm Que dua kali dan macam epoy la..hikhik..

majlis pernikahan diadakan pada Malam sabtu..di Kg Masjid Sayong kuala kangsar dan majlis bertandang di Beruas..jauh gak tu...hihii..so meh aku buktikan siapa Epoy dan Que sebenarnya..hihii.. Wajah tenang untuk akad nikah..eceh..tenang kunun..maaf blur sedikitMajlis membatalkan Air sembahyangNila La epoy..(ada mcm Que Haidar tak)..pink gitu..nice lak kaler ni bergambar kenangan ngan kawan x-Teknik Kuala tahun 2000-2001 dan x- PUO
( Dalam hadiah tu adala sebuah TV Plasma) mmg best deme ni..dulu aku dapat peti ais
Ni pasangan Bahagia..sedondon dan sepakat memilih Oren untuk Majlis epoy itu..

~* Pertunangan Azhar & Asma *~

erkkk.sudah lama dah menulis..tangan pon dah menjadi kukukakikakakku kaku dah..ngeh3x..erhhhh sungguh penat bercuti-cutian..bukan merayakan tahun baru walau hakikatnya aku seronok cuti yg panjang dan mula bermalasan ntuk berkerjaan




padat ngan aktiviti..mengikut rombongan majlis pertunangan,menghadiri majlis perkhawinan juga...aghhhh sungguh sakit ini badan..

kali ini kami ke ijok..fuhhhhsss jalan penuh onak dan duri..berliku2..adoiii..sib aku tak drive..sian hubby..ermsssss takpe..demi ukhwah kekeluargaan kami ikut la...hihi..



pertunangan antara Azhar (sepupu Faizal ) & Asma..apalah si jaa ni cari jauh2..isk...

tapi jodoh pertemuan kan ditangan tuhan...


yang bestnya bila smpai..fuhsss nyaman je..rumah di tepi sungai...keluarga Tok imam beb..kihkih...siap ada bela kerbau,lembu,kambing,perghhhhh ....golongan ada2 gitu...

tapi apa yang aku respect tu sikap humble mmg terserlah..mkanan pon sodap...ulam2 kg...

pas hbis mkn yg lelaki g surau solat..yela masa smpai pon dh dekat zohor..so solat ler dulu...

majlis hbis sekitar kul 2 dan pukul 3 kitorang gerak balik..


hantaran 17 lelaki dibalas 15 perempuan...




Hantaran lelaki- pink gitu..aku dapat rasa tahun 2009 meriah ngan kaler pink
Hantaran sebelah pihak perempuan- hijau putih..ehem3xnila pasangan yang telah selamat bertunang..selamat bertunang untuk Azhar & Asma. Ni kami yang sedondon memilih Biru..hihii..

Rabu, 21 Januari 2009

~* Quotation E-Kehadiran *~

salam..lama dah tak post entri baru..al- maklumla bz lately selain kesihatan tak mengizinkan...so rini emi nye kawan en Azdan Hariz meminta sedikit pertolongan untuk menyebarkan sedikit berita baik..

ermsss apa berita baik itu?..nak taw meh sini emi cerita..anda perna dengar E-Kehadiran..kalu tak taw tanya En Google..mesti taw..E-kehadiran merupakan satu sistem untuk mengesan kehadiran staf ditempat kerja (btul ke?)..ha pasni takyah la nak tulis2 lagi..sebb leh tipu..datang kul 9 pagi tapi tulis kul 8..sistem ni leh mendisiplinkan org yg tak displin..emi tak ye..ngeh3x

so sini emi attachkan quotation nye..leh la anda servey and contact member emi tu..


ok la bye..

Jumaat, 16 Januari 2009

~* Bayar Tag *~

Oleh kerana Pn krsty uat tajuknya hutang tag maka aku membayar hutang itu..ngeh2..busannye..nak blik jumaat2 ni suami berjauhan lak..bis nk masak nk sediakan bju melayu kat sape?.. makanya aku hny stay di tempat kije keseorangan..tido2 and lepak2..

so meh menjawab tag ini..adoiiii..best gak kena tag ni..skunk2 kita taw ada orang yang suka nak kawan ngan kita....

apa tujuan tag ni eh?...sendiri pon tak taw tapi suka tag orang..padan muka...huhuhu..tpi dengan tag nila uhkwah yang terjalin tu akan berterusan..so jgn la marah kalu kena tag ye..jawab je..kalu korunk tipu pon ada org kesah ke..hehehhehe..

meh2 bertag ngan emi


1. Anda rasa anda hot?
= Hotspot ada la...hot spring..ngeh2..apa yg hotnye..? subjectif..perghhhh..

2. Upload gambar kegemaran anda.
3. Kenapa anda suka gambar ini?
= lesung pipit tu..sbb sgt comel ( suka atila nk puji diri sendiri pon) sebb ramai dah tersangkut melihat lesung batu itu...huhuh..my hubby kata mata..dia suka mata aku..(aku sgt kesah)..huhuhu..ntah nmpk lain sgt..kenapa lam gambar aku sungguh fotogenik ( @fotogedik )

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
= 2 tahun lepas ngan ayien26..elly x-housemate aku belanja sebb dia dh jadi manager pizza hut kat IOI MALL puchong..huhu..so makan free la..

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
= "Pelamin angan ku musnah " by Azie...sedap gak lagu lama ni

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
= format Pc bilik seni..brape banyak dia bela virus da...

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
= " Dak Ayu" ( saudara sebelah ayah di melaka)..

8. Tag lagi 5 orang (tak bleh tag orang yang sama tau)
= kak liya
= ayien26

= yat

= ciare

= ika


9. Siapa orang nombor 1?
= ooo dia yang byk ngajar pasal blog ni..best dpt ilmu baru and baca blog dia yg sgt2 happening tu

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
= en Mohaz (jgn marah yat).ngeh2x

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
= sweet....

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
= senior sek teknik..baru jumpa rini lam blog..sungguh cumil.

13. Siapakah orang nombor 2?
= my honey bunny sugar bag..my beloved friend and my beloved kesayangan


~* Adik Cik KIKIN dan Ipar EN WIWI *~

Sape dia ni?..ni la syira..ipar baru mawi..ngeh2..xpe pasni mak ekin dh takyah lagi susah2 cri ustaz nk tarbiah anknya..sebab dah ada menantu "uSTAZ" menjentat yang leh nasihat anak2 nya..

Fuhsss sekali tgok gambar ekin jelir lidah penuh gaya mengoda mau tak mawi jauh hati dan makan hati kalu ada lelaki lain nk sup lidah ekin nanti..hopefully ekin bila dh bertudung jaga adab sopan sesuai ngan imej skunk

paling terkejut mawi uat statement ekin wanita pertama bertahta dihati...sapa INA yerk..(jgn sedap ckp tnpa pk) and statement ekin ( gementar sebab 1st time bersentuhan dengan mawi time nikah ritu)..ada je gambar ekin pegang tangan mawi atas meja makan sebelum kawen ritu...huhuhu...

layan jela semua statement mereka..

P/s: dengarnya planet marikh telah berputar melawan arah dari paksinya..menyebabkan matahari terbit di seblah barat dan selepas ini dijangka bumi pula..(nak kiamat ke)..gerunnya.....