Khamis, 26 Mac 2009

~* Kiamat Hampir Tiba?*~

Artikel ni aku ambik dr bakal ibu comel iaitu pn anida..hihiii..thanks akak untuk info ni..ish mmg nampak sgt dah..takutnya..Ya ALLAH ampunila dosa hambamu ini..
jom kita view tanda2 yang mmg dh nmpak sgt dah skunk ni

DuNia di penghujung nyawa-
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

JAWAPAN AKU: yup skunk ni tgh terjadi..

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

JAWAPAN AKU : Memang Tepat sgt..kalau tak masakan banyak kes buang anak terjadi?

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²wanita'- Ibnu Majah

JAWAPAN AKU : semua berlumba2 nk jadi penyanyi dah.. tgokla AF,OIAM,Malaysian Idol,Mentor,Juara Lagu,Muzik2,dll( Lu pk la sendiri)


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

JAWAPAN AKU: Memang obvius sgt..cth MASJID KRISTAL (HNY HIASAN DAN KEBANGGAAN)

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

JAWAPAN AKU: yup skunk ni dah ada..



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad

JAWAPAN AKU: tersangat la benar

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yangberiman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

JAWAPAN AKU: George Bush, Ariel Sharon,dan terbaru di malaysia (KJ)..angkatla jadi peminpin..kompon lingkup negara.


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

JAWAPAN AKU: yup..kalau tak kenal mmg tak lyn dah kan?

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'

JAWAPAN AKU: tgok la artis skunk,budak sekolah skunk,pakai(tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

JAWAPAN AKU: pergi la tgok bulan skunk..


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim

JAWAPAN AKU: Contoh terdekat (surat2 khabar)


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

JAWAPAN AKU :Saiful Bukhari,dan org yg bila dicerita pasti mati dibunuh

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

JAWAPAN AKU: Makin Hampir terjadi..bayangkan Mekah pun dah ada salji..








Tiada ulasan: