Selasa, 24 Mac 2009

~* Bila Wanita *~

Wanita.memang seuniknya..banyak tafsiran tentang wanita..so kalau nak tahu ttg wanita lebih lanjut leh la view dibawah ini..thanks erli...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia
sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia
sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu
selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk
menenangkan hatinya semula sebelum
kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang
dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita
yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta
dengan sorang lelaki, lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta
merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi
selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis
yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu
tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula
menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah
tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang
mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka
meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan
yang mereka ni lansung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh
mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang
dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya
melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah
tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan,dia akan menjerit
kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu
berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu
erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang
wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu
satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang
tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama
dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu
untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini
lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara
yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas
keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri
di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa
ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada
di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah
cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa
yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang
berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka
yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil
berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki
yang cintakan mereka sepenuh
hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang
yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah,bunga atau
sekadar kad ucapan romantis).Mereka
akan rasa terharu dan merasakan bahawa
dirinya dicintai setulus
hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-
ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada
lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So,kalau nak
memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati
wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa..








1 ulasan:

elly ellyza berkata...

mmg itulah wanita..sapa ade idea tambah la....welcome my sys