Jumaat, 27 Februari 2009

~* Ikan Ajaib *~


Ajaibnya kan? kuasa tuhan siapa yang tahu.

LOS ANGELES - Sekumpulan saintis cuba menyelesaikan misteri yang berusia 50 tahun terhadap seekor ikan ganjil yang mempunyai dua mata di hadapan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu turut mempunyai bahagian kepala yang lut sinar dan hidup di dasar laut dalam.

Ahli-ahli biologi di Institut Akuarium Teluk Monterey, California di Amerika Syarikat (AS) menggunakan video untuk mengkaji pergerakan mata ikan ganjil itu.

Pada kebiasaannya ikan mempunyai mata di sisi badan sekali gus mampu melihat apa yang berlaku di sekeliling kawasan haiwan itu.

Ikan ganjil itu mempunyai mata di depan kepala sama seperti manusia.

Namun, saintis-saintis itu mendapati mata ikan tersebut boleh bergerak ke dalam bahagian lut sinar di kepalanya bagi membantunya mengesan pencari mangsa dan makanan. - Agensi ..Kosmoklik disini.


4 ulasan:

Na Shari berkata...

Maha Suci Allah...

UnGu VioLeT berkata...

datang blog mar.. ade award menanti.. :)

~*Krsty_Pinky*~ berkata...

subhanallah...
mmg x penah tgk ikan cmni ade kn..
but juz wanna make sure its btol ade ke x..
kadang2 benda ni org boleh wat gune pshop jek..;)

EjdeeJasmi berkata...

mungkin btol kot akak..sbb ni hidupan laut dalam..tgok link ni
http://www.youtube.com/watch?v=RM9o4VnfHJU..kalau nak tahu kehidupan di laut dalam yang betul2 dalam mcm jurang marina semua spesis hidupan bercahaya..sbb sana btol2 gelap..seram