Isnin, 16 Februari 2009

~* Hanya kerak nasi untuk MAK *~

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cita padamu, ada
yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang ..orang
yang
paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan
kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH...

Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi
dia
masih hidup.

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati.....

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan akak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati
kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin
menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu
,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan

sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak
juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan
aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya
tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak
ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke
mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh
cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak
untuk
abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat
menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu
anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi
dah hampir habis. Terdetik dihatiku..

." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"
...seraya tu abang ku bertanya'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...

dua tiga kali kami pelawa begitu
juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makanroti
sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .. Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantasaku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih
dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis
kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.


Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya.
..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..

YA RABB
Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya AMINN

Tiada ulasan: