Isnin, 16 Februari 2009

~* Adab Persahabatan *~

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang
dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati
ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat
mati dan membaca Al Quran."

Semua Orang mempunyai sahabat kan?...so tahukah kita mcmana nak jaga persahabatan itu supaya kekal selamanya ( cis cam ayat B.Melayu karangan PMR lak aku ni)..hihihi..tak de idea la nak mulakan..meh je la terjah adab2 persahabatan ngan emi..jom terjahhhhhhh



1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan
kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir
dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak
semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat
spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah
ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga
atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap
mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri
memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda
kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita
kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang
sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin
menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di
hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti
hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat
setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia
boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan
membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan,
kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-
mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t


.








Tiada ulasan: