Rabu, 14 Januari 2009

~* Debu - Debu Dosa *~

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Lagu : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

P/s : sedih nya dengar lagu ni..cuba sgr sambil tgok kekejaman israel ke,tgok gmbr lama2 ke,tgok gambr bf ke if bf dok jauh..confirm sayu and nak nagis...





Ejdeejasmi yang tulis

Tiada ulasan: