Rabu, 31 Disember 2008

~* Welcome 2009 *~




selamat datang 2009 ..selamat tinggal wajah2 2008..hikhik..mungkin 2009 t aku lebih komel2...ekekekk

~*BIDANG TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER FT17*~

Senarai Tugas

Membantu merancang,mengurus,menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan insfastruktur teknologi untuk menjalankan aktiviti di Sekolah Bestari Seperti:

Penggunaan Sistem Pengurusan sekolah bestari (Smart School Management System atau SSMS) Untuk pengurusan sekolah Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran atau Pembelajaran (Teaching Learning Materials atau TLM atau Courseware) Dalam pengajaran dan pembelajaran .
Akses Internet.


1.1 Melapoor dan bertanggungjawab kepada Guru Bestari

1.2 Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian Router,Modem dan sebagainya

1.3 Menyediakan inventori bagi kemudahan insfasturktur teknologi yang dibekalkan

1.4 Membantu menyenggara kemudahan insfasturktur teknologi yang di bekalkan

1.5 Menjalankan penyelengaraan “Preventive” bagi peralatan IT dan bukan IT.

1.6 Mambantu menguruskan akaun pengguna dan Email

1.7 Memastikan kesemua kemudahan Insfrastruktur Teknologi berada dalam keadaan bak dan bersedia untuk digunakan

1.8 Memastikan kebersihan dan keselesaan persekitaran bilik dimana kemudahan insfrastruktur teknologi ditempatkan

1.9 Memastikan garis panduan /peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi dipatuhi

1.10 Membantu menyediakan keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti Sekolah Bestari

1.11 Mengenalpasti masalah yang timbul samaada masalah yang berkaiatan dengan perkakasan,Sistem pengoperasian Rangkaian atau perisisan seperti Sistem Pengurusan sekolah Bestari dan Bahan pengajaran- pembelajaran serta menyelesaikan masalah tersebut.

1.12 Membantu merancang dan menguruskan pembelian habis guna (Consumables) Cth: Ink,A4 paper

1.13 Menjalankan kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan computer yang rosak

Memastikan keselamatan kemudahan infrastuktur Teknologi dan Data

2.1 Memastikan kemudahan Infrastuktur Teknologi melalui langkah-langkah berikut:

2.1.1 Memastikan Bilik Pelayan hanya dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja

2.1.2 Memastikan alat penghawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik

2.1.3 Memastikan alat pemadam Api berada dalam keadaan baik dan berada ditempat yang telah dikenal pasti.

2.2 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah yang berikut:

2.2.1 Memastikan Komputer bebas dari Virus

2.2.2 Membantu membuat back up dan replikasi maklumat apabila diarah oleh Guru Penyelaras Bestari

3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa. (paling tidak suka................)

~* Sasaran Kerja Tahunan (SKT) *~

perghhh atas permintaan ayienz tomot..aku letak la SKT aku lam ni..jangan gelakkan aku taw yin..apa la konye opis..semua nak blok..hantor fail guna Ym pon nak blok..ish2..ingat aku nk anto virus ke?..takpela..undang2 Teknologi la katakan...

so meh2 aku tunjukkan Sasaran Kerja Tahunan untuk tahun 2009..baru jerk pas sent kat CC..hihi..

Penetapan Sasaran Kerja Tahunan
Ringkasan Aktiviti/Projek (untuk semua bertanda ~* adalah :Pertunjuk Prestasi(Kuantiti/Kualiti/Masa/Kos))
1.Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan ICT disekolah
~* 20 Buah Komputer Peribadi Di makmal

2.Menguruskan Dan menyelenggara kemudahan ICT dan
Perisian –perisian aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN
Serta menyelesaikan masalah teknikal yang timbu ~*10 buah Komputer peribadi di
Pusat Akses

2.1 Pemeriksaan dan penyelenggaraan kelengkapan IT yang
Rosak seperti kerosakan papan induk/cakera keras/
Cakera liut/tetikus dan sebagainya (1st level support)
~* 20 buah Komputer Riba untuk Guru PPSMI

2.2 Membantu dalam troubleshoot system rangkaian dan
Aplikasi system di peringkat sekolah

2.3 Membantu Guru Penyelaras Bestari dalam melaksanakan
Penlarasan system berkaitan pembahagian IP-Address,
Gateway,Modem dan sebagainya ~*6 Buah Komputer Peribadi di
Pejabat pentadbiran


2.4 Membantu memantau dan mengurus rangkaian LAN dan
WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan
Rangkain seperti firewall,Proxy,DNS,bagi School*net
Dan MOE*net dan sebagainya.

2.5 Help-Desk dan 1st level support
(menerima aduan danMembuat troubleshoot awal kerosakan)
~* 17 Buah Komputer Peribadi DiMakmal Epu

2.6 Sebagai Liason officer bagi aktiviti penyelenggaraan
Berpusat termasuk mencatat log,memantau kerja yang
Dilakukan oleh pembekal,membuat tindakan susulan
Kepada pihak berkaitan bagi aktiviti yang belum siap
Dan sebagainya ~*6 Buah Komputer Peribadi di
Bilik Formula 1

3.Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan
Membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pelajaran\
Dan pembelajaran ~* 1 Buah Komputer Peribadi di
Bilik APD pusat Sumber


4.Mengurus isu-isu keselamatan system maklumat diperingkat
Sekolah serta mewujudkan kawalan-kawalan dan prosedur
Keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar
Keselamatan yang telah ditetapkan oleh JPN/KPM/PPD/
Sekolah dan ~* 4 Buah projector di bilik-bilik APD

MAMPU
5.Memberi bantuan teknikal pihak pengurusan sekolah dalam
Aktiviti pengemaskinian data dan maklumat seperti EMIS,
HRMIS,SMM,SSDM,SISPEB, Sistem buku teks dan sebagainya

6.Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT Yang diarahkan dari masa ke semasa ( yang ni paling Ft tak suka..eheeheheh )

P/s: Memerlukan Masa Sepanjang Tahun Untuk Memantau semua Jenis kerosakan dan juga Untuk menjalankan aktiviti penyelenggaraan

~* Cover CD *~

Aku siapkan sekali cover Cd diorang..so tengok je la kan?..hihihi...


Selasa, 30 Disember 2008

~* Salam Maal Hijrah 1430H *~

thanks sekali lagi untuk zikry..emi pon ucapkan slmat tahun baru 1430 H..so sama2 la kita capai azam tahun baru ni..
kepada sahabar bloggers..sila la ambik ini jugak yerk...jangan sesegan

~* Award & Penghargaan*~

thanks pada zikry kerana bagi award2 ni...hihi..lambat ambik..sorry sangat..tercari2...






dah tak blajar lagi...maybe ujian untuk tahun baru kot..hihihi
apa2 pon..emi nak kasi balik pada pengunjung blog ni..ambik la..emi bagi...

~* Kemas Makmal & Bilik Akses *~

time kemas2 makmal bermula..lagi seminggu nak buka persekolahan..so welcome back to school..rini dak 2 ambik result PMR..congrates kepada yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang..dan yang sedang2 tu usaha lagi..masih ada lagi dua tahun untuk memperolehi kecemerlangan seterusnya bermula la fasa kehidupan sebenar..

nak wish congrates gak pada anak kak bina yang memperolehi 8A..tahniah..


penatnya kerja..sepuluh hari cuti mmg malas tol nak kije..rini ajak kak suraya tolong kemaskan bilik akses ngan makmal..sapu2 sawang and habuk..esok operasi mop lantai lak..hihii..sakitnya tulang belakang..


rini jugak isi borang tukar..sangat sedih untuk bertukar..tapi ni la kehidupan..melalui fasa baru tu satu kemestian..dah berkahwin kena la ikut suami..ayah mentua je yang tinggal..so tak de sapa nak jaga..so kami la kena korbankan..moga2 semuanya dirahmati olehNya
semalam balik kampung..ke kuala umah mentua..hihihi..masak sup daging untuk suami..bangun pagi g pasar..beli barang dapur yang sudah habis..dapat pujian sedap katanya..cancel dah kedai mamak..huhu..terharu..memang pandai masak pon..hikhikhik..:P
k meh kita tengok apa yang telah aku uat rini....let`s check it out
ni ha kak suraya..sambil menyapu..sambil menyanyi lagu jamal abdilah..KAU LUPA JANJI..huhuu..sungguh terhibur..ada radio free...
tadaaa dah siap kemas tak..hikhik..sungguh nyaman mata memandang
aik ada lagi plastik sampah..huhuhu..lupa ler tu...
ni antara kegemilangan makmal komputer tempat emi bertugas..JOHAN makmal komputer negeri perak tiga tahun berturut2..sampai JPN tak bagi bertanding lagi..sungguh jels JPN ni..hikhik

~* It`s Finally *~

finally aku berjaya gak edit gambar aku..asik edit gambar orang jer kan?..so meh2 tgok..and komen2..credit for apai kerana menangkap gambar kami..hihi

~* Edit Gambar *~

fuh..mmg penat..ntah la bila nak siap..ada 7 pasangan sedang menanti gambar mereka..satu pasangan mintak 30 keping gmbr yang di edit..gambar aku pon lom siap sepenuhnya..so tak pela..aku post yang mana siap je dulu..tgok la.hihihi..aku bukan pandai mana pon...
Ni pasangan Ramlah & zul..di satukan pada 29.11.2008








ni lak hanim & izham..di satukan pada 14.12.2008..sehari pas aku jerk..best edit gambar diorg ni..sgt sporting gambar2nya ..si isteri sungguh cantik..



ni pasangan aliah & nazaruddin..pasangan ustaz dan ustazah..si suami sangat pemalu..so gambar sedikit sahaja..susah nak cari pose yang menarik..so apa yang ada je

Jumaat, 26 Disember 2008

~* Honeymoon *~

pada 24122008 TERpergila kami ke Pulau Pinang..huhuhu honeymoon yang tak di rancang pon nak ke situ..saja nak menghabiskan duit bonus..wahhahhahah..so berangkat la kami dalam pukul 1.00 petang lebih kurang..first2 kitaorg cari hotel..yela ngan tak BOOKINGnya..kitaorg terjah je...dapat tu nasib la..so kitaorg first cari Seri Malaysia..sampai je kat situ FULL dah..semua telah di BOOKED..so terpaksala cari yang lain lak..

sib la ada sahabat yang setia bercerita mana jalan dan Hotel..so kat2 situ gak kitaorg Check in kat B-Suite..area bukit Jambul bayan Baru..RM 135.00 Dua single bed..yang lain FULL gak..so kitorg ambik la..Cantum Katil La..hikhikhik..Bijak tak?
dah hampir kul 4.00 so kitorang pon sampai bilik di tingkat 4..no bilik 0406..ok la..nice view..so kitaorang rehat2kan diri..tidur jap solat dah jamak tadi kat Seberang Perai..so takla kelam kabut sangat..tido2 and rehatkan diri..lebih kurang kul 6 kitorng mandi and siap2 untuk keluar..


1st destinasi cari pat makan la..lapar sangat..so kat2 area Queenbays Mall kitorng g satu kedai makan tepi laut..tol2 mengadap jambatan dan Pulau ..


















lepas makan2 so kitaorg pergila bukit jambul..saja windows shopping..huhu..nak dengar cerita tak my hubby kehilangan Kad Pengenalan..huhuhu..sungguh Careless..pergi balik cari mmg tak jumpa la..dah la situ banyak warga Indonesia..so maybe dah di curi..ermsss..

after dat kitaorang g la Pesta Penang..
so itula hari pertama..penat nya..balik and rehat...hihii
hari kedua kitaorang pergi jalan2..




1st kitorng ke batu feringgi,bukit bungah,tanjong tokong,kuil sek lok si (pagoda),Bukit bendera,Taman Rama2, Empangan Teluk Bahang,Padang Kota Lama..hiiii..Best sangat..ni kat empangan Teluk Bahang..Taman Rama2..hihihi..tak masuk lam pon Mahal sangat tiket nya..huhuhunila kuil kek lok si ataw nama glammernya Pagoda..best taw beli barang kat sini..hikhikhikNi beli satu kat Pagoda..hikhik..ngan cenderahati untuk kekawan dan keluarga..
so hari tefakhir tak g mana2..tibala masa untuk pulang..sedihnya... :(..kitorang naik feri..sja nak tgok laut..hikhik..best..

k la t kami nak g lagi..so bestla.banyak kenangan terukir di sini..selamat tinggal Penang.. jumpa lagi..

Selasa, 23 Disember 2008

~* Majlis Menyambut *~

Salam... hari ni emi nak tunjukkan gambar majlis menyambut menantu yang telah diadakan pada 21.12.2008... sama ngan mawi gitu..jangan jeles yerk....hiihhi..so ni la sedikit gambarnya.. ni la suami emi yang senget benget..namanya faizal..gelaran sekarang gigi..nak taw ke sebabnya..rahsia la..huhuhu
ni aksi spontan yang telah di snap oleh my hubby..sebenarnya nak tengok family yang tertinggal ke belakang..sempat lagi di kandid..tpi cukup menarik kan?

ni aksi manja tak bertempat..huhuhutakpela sebagai kenang kenangan


hush lajunya..so gambar sedikit bergoyang


hihihi..aksi melihat ke langit smabil merenung masa depan..sedang kira mau anak berapa yerk??

malu2 kucing gitu..kekonon je la.....

aksi manja pasangan suami isteri..suami ke? isteri ke? tak percayanya akuuuu


pagi yang suram di kedai pengantin..opsss tukar sampin dan tengkolok..huhuhu...