Jumaat, 28 November 2008

~* E.M.I E.R.D.A.Y.U *~

sedihnya...nape kata sedih?? korang pernah tak terfikir selama korang hidup nama korang takder maksud..sedih tak?.. aku pun..sedih sangat

mulanya aku tak kesah pon sebab aku masa blajar sekolah arab dulu selalu la gak cari2 maksud nama aku tapi mmg tak jumpa..so aku biarkan la,..lagi pon nama aku sedap per..kata kawan2 aku la..hihihi

bila g mana2 jerk ataw menghadiri apa2 kursus ataw program aku tak sabar2 nk memperkenalkan diri aku..yela nama aku kan sedap..

tapi hari ni aku rasa TERSEDIH yang amat..hihihi.tetiba ada mahkluk ALLAH ni seolah mempertikaikan nama aku..(maaf kalu anda rasa tak..tpi aku rasa YA)

siap kuarkan hadis lagi..ish tak terpikir lak aku even hakikatnya aku tahu nama yang mempunyai maksud akan jadi Doa

"It is reported that the Prophet (peace be upon him) said: "On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud) "

ish sape yang harus dipersalahkan? takpela kepada sidia thanks for remind me..

siap bagi nama baru untuk aku NUR IBTISAM..sedap sgt..aku suka thanks..tapi hakikatnya aku lebih suka nama aku yang diberi oleh ibubapa aku.. takpela kalu takde maksud awakkan dah bagi maksudnya

E -Emosional
M -Mesra
I- Ikhlas
E -Egoistik
R -Ramah
D -Dinamik
A -Amanah
Y- Yakin
U- Untung
apa2 pon aku ucapkan thanks sebb tesis yang awak uat untuk mengkaji nama2 islam..bgus untuk panduan bakal ibubapa di luar sana.. jangan pandang pada sedap ataw glamor tapi lebihkan pada maksud
terfikir gak apa la si maimun rasa kalu dia tahu maksud nama dia..si jamal lak?? mengamukkah dia? si Khairul?..ish tak tercapai akal mu..

~* Perak Darul Ridzuan *~

Pernah tak dengar lagu2 lama tentang negeri perak..dah lama emi cari akhirnya emi jumpa gak kat satu blog ni..thanks anna_Ummi..
kerana anda telah mengembalikan nostalgia itu..sesungguhnya saya berbangga jadi anak perak..


Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan
Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri
Bukit LarutWaktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan
Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria
tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang
Lihat padi menguning
Menambah seri
Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku
Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan
Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
tersergamEmpangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan
Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa
SITC maktab tertuaGedung
ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman
Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku.

Mari la sama2 kita menghayatinya.

~*MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008*~

MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008
Tarikh : 21 November 2008
Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm
Tempat : http://chatroll.com
Kehadiran : 31 online
1. PanglimaCyber
2. Che Moq
3. Ahlang
4. Fazrulls
5. Selendang_delima85
6. Dr Nov
7. Chegu Man
8. Bro Jinggo
9. Zealforce
10. Mizi24
11. Perjuang Bangsa
12.Abg Tuah
13.Warga
14. Apai_nye
15. Summadaksabah
16. Taipingmali
17. Sang Tawal
18. Slumber
13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..

BIL AGENDA
1. Ucapan Speaker
1.1 Ucapan ringkas dari PanglimaCyber Selaku Speaker Dewan
1.2 Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri
1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui Semua Ahli

2. Perlantikan AJK

2.1 Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula.

2.1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah:
i. Penasihat – DR NOV
ii. Speaker – Panglima Cyber
iii. Timbalan – Cheguman
iv. Setiausaha 1 – Che Moq
v. Setiausaha II – Selendang Delima
vi. Biro Multimedia – Despradov
ii. Biro Pemuda –Fazrulls
viii. Kelab Senator – Zealforce
ix. Biro Seberang Laut – Azzuhrie

x. Exco Negeri :-
i. Perlis-
ii. Kedah-
iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa
iv. Perak- Taiping Mal
iv. Selangor- Melayu Sepang
vi. Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo
vii. Negeri Sembilan –
viii. Melaka-
ix. Johor- Jebat
x. Pahang-
xi. Terengganu-
xii. Kelantan-
xiii. Sabah- Sumandak
xiv. Sarawak- Apai

2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.

TINDAKAN : Semua Ahli
3. Membuat Peraturan Forum

3.1 Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli.
3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior
.3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker.

3.4 Cadangan

3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka.

TINDAKAN : Semua Ahli

4. Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan
4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan
4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah menetapkan Isnin Rabu dan Jumaat sebagai hari perbahasan
4.3 Hari Selasa,Khamis dan Sabtu sebagai Hari untuk membincangkan soal Organisasi BPN
4.4 Semua Ahli bersetuju

TINDAKAN :Semua Ahli
5. Logo
5.1 Membincangkan logo Forum BPN.
5.2 Cadangan Ahli:-
i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran diatas Rehal dan keris dibelakang dikuruskan sedikit badan logo tersebut
iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi malam esok 28.11.2008
TINDAKAN :Semua Ahli

6.Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam

TINDAKAN :Semua Ahli

Disediakan oleh,
Selendang DelimaSetiausaha 2
Speaker Majlis Bloggers Pembela Negara Bloggers pembela Negara


Disemak oleh,
Panglima CyberSpeaker Majlis Bloggers Pembela Negara

~* Tudung Baru *~

nenong nenong..jom2 kita g menjongket..hihihi.ish2 kalu bos taw nahas kitaorg tapi kita org dh uat..ampun ye bos..tak buat lagi...hihii


semalam aku ngan segerombolan kawan ke baling kedah..tempat utama di tuju ialah kedai longwan yang baru dibuka..dengar kata murah so tu yg teruja nak pergi tu..


pastu sampai2 aku terpandang satu tempat..ye penjual tudung..belek punya belek baik punya belek aku sambar dua..murah2 je..huhuhu..so meh aku dh pakai hari ni..meh aku ajarkan cr memakainya..ekekke











Khamis, 27 November 2008

~*Perak tubuh sekreteriat blogger*~

IPOH: Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.“Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.Mohammad Nizar berkata sekretariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri menerusi media arus perdana. - Bernama

harian Metro 28.11.2008

Rabu, 26 November 2008

~ Koleksi Anak Saudara *~

So Mari kita pamerkan siapa lebih ramai memiliki anak2 sedara..uhuhu..so aku mulakan yerk..ekek..siap ngan biodata taw
Nama: Aida Iwani bt Azrul Erwan
Panggilan : Along, Aida
Nama Ayah: Azrul Erwan b Jasmi
Nama Ibu : Wan Rosnah Bt Samsuddin
Pekerjaan Ayah : Teller Bank Bumiputra Commerce Gerik
Pekerjaan Ibu : Pembantu Tadbir N17 Sk Bongor gerik
D.O.B: 25.11.2000 (happy besday)
Cita2 : Guru


Nama: Nur Aqilah Farahin bt Mohd Jamil
Panggilan : Kak Long,Kilot,Kilah
Nama Ayah : Mohd Jamil B Mohd Yussof
Nama Ibu : Azni Erdatina Bt Jasmi
Pekerjaan Ayah : Pembantu Perubatan U 29 Hospital Tanjung Rambutan Ipoh
Pekerjaan Ibu : Jururawat U 29 Hospital Besar Ipoh
D.O.B: 02 Julai 2002
Cita2: Doktor
Nama: Aida Irsyalina bt Azrul Erwan
D.O.B : 19.05.2004
Nama Ayah: Azrul Erwan b Jasmi
Nama Ibu : Wan Rosnah Bt Samsuddin
Pekerjaan Ayah : Teller Bank Bumiputra Commerce Gerik
Pekerjaan Ibu : Pembantu Tadbir N17 Sk Bongor gerik
Panggilan : Irsyalina,Syalina,Falin
Cita2 : Doktor
Nama: Nur Adleena Batrisya Bt Mohd Jamil
D.O.B: 11.June.2005
Nama Ayah : Mohd Jamil B Mohd Yussof
Nama Ibu : Azni Erdatina Bt Jasmi
Pekerjaan Ayah : Pembantu Perubatan U 29 Hospital Tanjung Rambutan Ipoh
Pekerjaan Ibu : Jururawat U 29 Hospital Besar Ipoh
Panggilan : Tompok,Tisya
Cita2 : Masih Dalam Pemikiran..hihihi

Nama : Mohd Danish Haiqal B Khairil Adha
Panggilan : Nanish,Danish
Nama Ayah : Khairil Adha
Nama Ibu : Erniwaty Bt jasmi
Pekerjaan Ayah : Pembantu Teknik J29 IKM Mara Jasin Melaka
Pekerjaan Ibu : Guru Giatmara Melaka
D.O.B: 12.June 2007
Cita2: Lom Fikir la

Nama: Mohd Iman Amjad B Mohd Yusry
Pangilan: Iman,Amjad,Adik,Iman Ten Ten
Nama Ayah : Mohd Yusry B Ismail
Nama Ibu : Eradiah Bt Jasmi
Pekerjaan Ayah : Pembantu Tadbir N17 Maktab Mahmud Yan Kedah
Pekerjaan Ibu: Pembantu Pharmacy Kedah Medical Centre
D.O.B: 10.10.2008
Cita2: Dalam Pembikinan..hihihi

Selasa, 25 November 2008

*~ TAG by ERLI*~

mari lihat perihal 7 jawapan anda mestilah

JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN SANTUN dan BERPEGANG PADA PRINSIP



1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.

a.Pendiam tapi tegas

b.Penuh rasa tanggungjawab pada diri sendiri,keluaraga dan saya..

c.Pemurah

d.Senyuman yang menawan

e. Tak Boros

f. Terima saya seadanya

g.Tak Merokok



7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup

a. F bukan nama sebenar..since standard five aku minat giler

b. Mark weslife ( sbb besday dia sama aku)

c . Siti Nurhaliza

d. Mawi

e. Erra Fazira

f. MY x

g. My Faizal



3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

a. Tak tentu arah..berpeluh sakan..hihihi

b. Gabra giler..semua tak kena

c. asyik senyum jer..berangan

d. terus kenyang..erkkkk

e. Ish tak terkata..

f. Akhirnya......

g. Terharu



4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

a. Hawaii

b. Paris

c. Eropah

d. Sabah and Sarawak

e. Langkawi

f. Bukit Tinggi

g. Pulau Perhentian



5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan kepada pasangan anda

a. Perfume

b. Neck tie

c. Kiss (ops!! pasni )

d. Kasih Sayang

e. Zuriat

f. Kasut

g. Ball Pen



6. 7 tajuk lagu yang akan anda dedicate untuk pasangan anda

a. Permata Yang DiCari

b. As Long As You Love Me

c. Matahari

d. Mencintaimu

e. Percayalah

f. Dealove

g. Di Dalam diam aku mencintaimu

Isnin, 24 November 2008

~* Kerisik ooo Kerisik *~

Pernah tak korunk pergi kenduri yg dibuat secara gotong-royong..best kan..leh sembang menyembang gosip mengosip turut gak terhibur ngan aksi makcik yg melatah..mmg akan jadi sasaran la... tapi zaman sekarang Dunia dh maju so amalan tu sikit sebanyak dh terhakis..org lebih senang untuk membuat secara katering..tempah..mudah kan?
so amalan ni hny di lakukan di kg2 lagi..emi turut tak Terkecuali..so ahad aritu 23.11.08 telah la bermula acara membuat kerisik..dr subuh lagi dh mula dgn mengopek kelapa,mesin dan goreng..kaum2 ibu apa lagi tumbuk la dlam lesung...
hihihi..kelakar gak ingt lesung batu yg kita uat sambal belacan tu..rupanya lesung tembaga..mak aih besarnya...so jom snap pic ngan emi..kita tgok sape jdi mangsa...

wah mmg penat tak tetahn lagik..huhu..sib la tak terasa sgt sbb uat beramai2..tugas emi ialah mengoreng bihun untuk para tetamu....hihi

~* Selamat Pengantin Baru *~

sabtu 22.11.008 telah berlagsg satu majlis perkhawina kawan baik emi..so ni la org nya..rosmawani bt arif... emi telah jadi pengapit..jdi bidang terjun gitu..1st time..wahahhaha seram nya..ekekke...

ni la pengapit lelaki..last minute action..tekala sape?..ambik berkat dulu ni..hikhikhik.. so papa pun wish both of u semoga bahagia hingga akhir hayat..amin

Jumaat, 21 November 2008

~* Raga Comel Itu *~


Nampak tak raga comel di atas? kaur? kurang jelas..isk2..itu la raga saya...hihihi..sape2 nak raga itu boleh la dpatkan pada 13.12.2008 ini..limited and special edition only...
Tadaaa ni sebenarnya yg lebih jelas..comel lagi bergaya gitu...arghh penatnya aku uat.....hikhikhik jus uat kertas kecik tu jerk..raga comel itu di sponsor oleh sister-in- law tersyg..thanks kak nah..t sponsor byk2 lagi yerk..





~* My name is *~

tu tadaaa nmpak tak nama saya siapa..My name is EMI ERDAYU..hihihi..
ni la anak sedara aku yg ke enam..wahaahhha..makin ramai lak cucu mak aku ni...seorg2 kuar melihat dunia..agak terpegun ngan kecantikkan aku agaknya si iman ni...

anak sedara yag keenam aku ini bernama MOHD IMAN AMJAD BIN YUSRY..dilahirkan pada pukul 4.10 ptg di Kedah Medical Centre..di bilik No 510..huhuhu pada 10.10.2008....gelaran diberi Iman TEN TEN..kerana tuah angka sepuluh...hihihi

sgt lasak..walaupun baru berusia sebulan lebih..sgt jarang menangis dan sgt kurang meragam...hanya tidur di atas riba si ibu...

so pasni yg ketujuh bakal menyusul ujung tahun ni..arghhh makin penuh umah aku nanti..apa2 pon bersyukur ngan kebahagiaan ini..moga ianya berkekalan..amin

~* Hari Makan Sedunia *~

hihihi..just to post..arini..ari mkn sedunia..tgok la gmbo2 yg telah di snap oleh emi..best taw kat sini..rugi sape tak dpt posting kat pat kije emi ni...tiap kali tiba musim percutian pelajar sekolah ini la aktiviti staff..maap yerk boss...curi tulang dlm ikan..ekkekeekke

arghhhh sedapnya..sib aku nk kawen..kena control..kalu tak 5 pinggan pon aku sanggup mkn..air asam..sambal belacan campur lak ngan ikan bakar dan sayur2 an yg segar bugar di petik dibelakang bangunan..erkkkkkk sungguh xtream kenyang nyeee...hihihi

jgn jeles taw...semalam emi tak bwk kamera so takleh la nk snap yg semlm nya...dh 3 hari aktiviti ini kitaorg uat.. hari pertama gado2 n yong taw fu...hari kedua mkn rebus and ketiga rebus and bako..

sape2 nak posting kat sini di alu2kan...kami la kwn TERBEST anda taw...hihi..kenangan takkan dilupakan..gamaknya kalu aku tuko..aku akan dpt mcm ni tak lgi rasa keseronokkannya..arghhh tak dpt nak di imagine...

k la tgn pon dh berbau belacan...so smpai disini dulu..

Rabu, 19 November 2008

~* ALhamdullilah *~

Finally aku LULUS exam perkhidmtan awam..huhuhu.syoknye..pernantian penuh debaran berakhir 5 minit tadi..jenuh aku melompat2 kegembiraan..aku LULUS wei..hihihi..syoknye..sekali ambik je ni..hikhik

Alhamdullilah syukurnya..tak lagi aku hadap buku pekeliling bagai yg tebal itu...cuma yang sedihnya..aku lom INDUKSI and BTN...

Bila nak p ni....adoi azab nya tunggu....kesian la aku..asal kol je kena tunggu turn...mcmner nk tunggu aku yg masuk bln 12/2007 lom induksi lagi..member aku yg bln 4/2008 dh induksi...

takpe la think positif je...maybe rezeki aku akan menyusul..deeply hope la sgt..amin..

Thanks ALLAH..

~* Penipu *~

salam..nak story sikit pasal kes menipu ni...isk2 nape la ada gak manusia mcm ni lam dunia..ingt ila kita disogokkan lam tV,lam citer2 drama yg kekadang sadis jerk..huhuhu..lam realitinya tak der tp wujud jugak kes begini...

Alkisahnya.......

kelmarin hari isnin malam abah aku dh ditipu..kesian pon ada kelako pon ada..yg kelako nya when dia blik ngan termengah2 bagi taw..korang nak taw tak....abah kena tipu...? ngan nafas tercunggap penuh emosi dia bercerita...aku tak tgok la coz aku dh tido..wahahahahaha...mak aku yg ckp ni

Ayah aku pergi hanto org ke sebuah neg Pantai Timur..K*L**T*N..huhuhu...mlm tu lam pukul 8.00 mlm tak silap..ayah aku ngan baik hati telah menolong hanto org secara percuma dan ikhlas..hihihi.." Ayu t anto tok wan balik ye..abah nk g teman kawan abah anto org ke K*T* B*A*U..katanya...so ok je la..

Flash back

7.00 p.m - di sebuah bus stesen,seorg Pemuda ngan penuh resah sedang mundar mandir, menghampiri seorg lelaki dan seorg shbt kepada lelaki itu..." Bang Nak g Mana? tny si Shbt .."Nak Balik Kg Mak Sakit"katanya... Si Shbt memandang Kepada siLelaki.."aku leh bwk,tpi aku tak berani sorg2 bwk mlm jauh2 ni" katanya...

"Takpe aku teman" Kata Si shbt..." ermss kami nak RM270.00,Leh ke bg?" kata si Lelaki.."boleh2 kata Sipemuda ngan sehelai jaket tersangkut di bahu..Ok jom kat si shbt...

si Lelaki mmg lgsg tak mempunyai wang maka di minta sedikit pendahuluan untuk mengisi minyak.." saya takder duit la bang, t smpai umah sy byar" kata si Pemuda..

so Silelaki pon tak kesah..maka dibwanya hingga sampai di hentian Rehat Berhampiran sebuah Kem Tentera.."Bang jom minum dulu,sy dahaga" Kata si pemuda.."ok..abg pon kalu jln jauh mmg dhg" kata si shbt...

di pesannya pelbagai makanan..lagak si kaya yg rakus..sebelum hidangan menjengah muka..si pemuda minta izin ke Toilet..tnpa mengesyaki apa2..si lelaki dan sht menjamu selera..

Setelah dua jam menunggu..si pemuda tidak jugak timbul..lantas si shbt bertny kepada penjaga toilet..."bang ada nmpak tak seorg budak lelaki pakai t-shirt merat dan jaket"tny si shbt.." Loh ada dik,dh lari kebelakng semak td"kata si penjaga toilet

"kita dh kena tipu ni" kata si lelaki kepada sishbt..hmpir sekeliling ditny termsuk markas tentera tersebut..lantas si Ketua kata takder manusia seprti itu di kem tersebut kerana tiada tnda2 ahlinya keluar..

menurut si penjaga toilet mungkin org yg berhampiran kerana tahu soal jln short cut di belakang semak tu...

Si lelaki penuh geram dan shbt penuh rasa mrh pulang la ke rumah..dgn rasa kesal,penat dan sakit ati.."kalu aku jumpa, aku penyek2..aku pijak2 bior mati" kata sillelaki...

Watak:
1.Si Pemuda- S'org rakyt yg dipimpin oleh sorg tn guru yg disnjung2 telh mencemarkan imej si tn guru tersebut..rata2 rkyt di neg ini memalukan pemimpin nya
2. Si Lelaki- seorg Guru yang baik hati,kerana menghormati profesion nya snggup menghantar si pemuda yg mengatakan ibunya sakit tenat.
3. Si Sahabat-Seorg lelaki yg baik hati menemankan kwnnya untuk menghantar si pemuda keparat itu..dan juga membelanjakan wang untuk isi minyak dan mknan..(ayah aku ler tu).hihihi


eiii aku tol2 geram..byk kebarangkalian aku telah andaikan..mungkin sipemuda mahu merompak kalu si lelaki keseorgan
2. Maybe sipemuda itu tersepit..

apa2 pon kebarangkalian yg aku telah cipta..sipemuda tu tak sepatutnya berbuat demikian..if takder duit pon...ckp la..maybe kalu kita btol..tak mustahil org akan bantu..

P/s :aku bukan nk kondem mana2 negeri..tp sepjg idup aku org neg ni mmg memalukan negeri mereka..rata2 rakyat terlibat dgn pelbagai kes jenayah,sosial dan tatasusila...
ada gak satu kes dimana adik aku kwn ngan dak neg ni..sikit2.."tok guru tak ajo kami uat mcmni" tu la trade mark dak tu...sekali kantoi bercumbuan...ngan selamba di bidas balik oleh adik aku" oooooo yg ni tok guru ajo yer?"... kan dah wakenabeb..

so jgn memalukan neg dan pemimpin anda...mana nilai yg korunk blajo...bukan menuduh sebagai emosi..leh la kita andaikan sebagai sedekah..tapi ingat "MATLAMAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA"...beware!!!!

Selasa, 18 November 2008

~* Thanks Ayien *~

Thanks ayien for the nice turtle...huhuhu..mmg aku berkenan..hihih..malam2 aku tido peluk menda ni...rindu lak kat ayien aku ni..sebuk jerk...huhu..bila la nk jumpa lagi ni..ermsss t aku dh tak leh peluk menda ni lagi..sbb aku ada new bantal peluk..jgn jeles yerk yin

comel tak?huhuhu..aku suka sgt..thanks yerk ayien..t ko kena beli untuk anak aku lak..hikhik..yer auntie...jgn marah yerk..hihihi

~* CJ7*~

Tadaaa sje nak tunjuk..emi ada 6 ekor CJ7 yg tomei2..kiut miut like their owner..hikhik..jgn jeles..sbnrnya emi dh lama beli ni since bln 10 ritu..nk post lam blog ni tp lom ada kesempatan..so arini rasa nk letak jerk...

ermsss...emi nk taruk nama tapi lom taw nama apa yg sesuai..so sape2 ada suggestion leh tak bg untuk 6 anak emi ni...ehe...

so meh sama2 kita check it out with me

1st beli letak ujung ngan cermin depan..takut tertonggeng terbalik..sian lak..huhuhuhu

so ni pandangan dr depan.. comel tak...huhuhuhuu

Pas jenuh memikir emi letak depan sekali..jenuh satu hari pusing2 cr double tape and tadaa..kakinya emi dh tapekan..so tak jatuh la dah..
ramai tol yg berkenan if emi parking..comel dan tertny2 mana emi dptkan..yela selalu jual satu kaler jerk..skunk emi ada 6 kaler


so sape2 ada suggestion lehla kemukakan yerk

~* WANITA*~

Syahdunya lagu ni..and terasa betapa istimewanya menjadi Wanita,...syukur dengan kurniaan ALLAh..kalu tak masakan banyak kita disogokkan ngan cerita keistimewaan wanita..bukan shj puisi,sjak,syair,lagu..perumpaan jugak digunakan untuk menujukkan keistimewaan itu..
tpi tak semua ..ada jugak yg sebaliknya ttp itu semua seagai pengajaran...baik lelaki ataw perempuan kita ada keistimewaan masing2..so dimana crila keistimewaan itu..

so selamat memaca..

Wanita- de hearthy

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Isnin, 17 November 2008

~* Taiping Time *~

Welcome2..to taiping...so ni aku nk cite pasal "kursus penyelengaraan Komputer"..kursus ini telah dihadiri seramai 40 org perserta dari setiap pelusuk negeri perak..huhuhu..Juruteknik je la yerk..ermsss ramai gak adik2 junior baru yang aku jumpa...aku telah ditempatkan di bilik berno 123..wah nice no...so roomate aku ialah syarifah aziawati...dibekalkan single bed dan satu double bed..kami berdua akan konker hbis2san.

tpi malangnye..secara tiba2..roomate aku menghilangkan diri..hohoho..jgn gabra ini hnyla memek semata2..hikhik..

suatu petang selepas check in..hny dibekalkan 1 kunci..aku pon memboloskan diri ke bilik aku..jumpa hny 3 saat roomate ku ilang 4 hari di sana...ekekekkeke

agaknya kerana "KEJAKUNNANYA" tak pernah menghadiri kursus agak cuak dia menghadapi aku yg kiut miut..comel lote ni..hahkhakhak..

rupanya dia tknk duk ngan aku...dah ada geng..so aku la telah menodai sepenuhnya ke atas bilik no 123..hakhakhak...

isk2..sungguh kesian..takpela kan..org sombong takde kawan..mak aku ckp..hikhik..aku yg senior ni dia taknk kawan takpe..rugi ooooo...dia lom taw asam grm jdi FT ni..(aisheh aku lak riak)..ekekkek...

so jom snap pic ngan aku dan tgok aktiviti aku...

Welcome to sero malaysia taiping..mmg malaysian sungguh..so sape2 ada kawan2 luar neg nk kenal masakkan malaysian..welcome to seri malaysia..hakhakhk..tol2 malaysian..bagus...4 bintang


Ni la bilik aku..kemas tak? takyah dh husekeeper nk kemaskan..aku siap mengemaskan untuk deme..huhu...

Ni workstation aku..di kongsi/ share partner with aida..rakan gosip terhormat..orgnya kiut miut...huhuhu..idaman jejaka melaya

ni sape la plak..en fudhail kot...ngh kusyuk mendgr ceramah EN "gantian" GITN..sian dia kena hadap kami ngan pelbagai soklan..5 minit uat perbentangan ngan sekadar mempamirkan slaid..sungguh membosankan..maap yerk..honestly aku ckp..last2 dia blah kerana ada urusan katanya..sian dia..apa la gITN ni..hanto org lain untuk g penerangn..last minute lak tuh..sian dia tak sempat nk prepare...
En Hairy yg tak pernah miss dr time mkn..asik mkn jerk..tpi still keleding gak..hoho...suasana minum ptg yg membangkitkan selera makan..hihi


so kami byk dpt ilmu baru lam proses penyelenggaraan komp ni..so berharap sgt KPM akn meneruskan usaha ini lagi...best oooooo rugi sape tak dpt..

pas balik dr sini..my hubby lak kena kat teluk batik..kursus ini..so bergilir2 lah...

~* Teluk Batik *~

ha ni aku tunaikan permintaan2 sape2 yang nk tgok aku kursus..huhuhu...meh2 tgok koleksi yang sempat aku snap....ni kat teluk batik..yang kat taiping..after dis yer...huhu

ni tempat 1st aku kursus ..bukan first time kursus..1st lam minggu lepas...huhu..tak bestnya...bkursusnya best...penginapan dan pengurusan nya aku bagi 2 bintang jerk..jaht tak aku?..ok jom terjah aktiviti aku lak..letssss gooooo

Ni la tempatnya..Teluk batik Resort...jom2 bercuti...huhu

sesi Perbentangan..kumpulan lain la..huhu..bkn kumpulan aku... Akak paling sempaoi..Cik Yati...best Jom..snap before g kelas mlm...siang kena formal...so mlm la nk sempoi2

Snap atas katil...baju tetap sama..tudung jerk lain..hahahahah

Ni la bunga2 lam kumpulan aku...kump TOK LELA...huhu..sempoi,ganaz dan ayu..wahahhaha

Ni jejaka idaman malaya..kumpulan paling Havoc..see wat i said..
so ni la sedikit sebanyak ttg kursus aku tu..huhuhu..tpi syokla kan...

~* TAG by Zelo 55*~

Arghh encik zelo nmpaknya telah membalas dendam..aku dh seminggu tak berupdatekan blog aku..bukan apa....aku kena kursus...huhuhu...penatnya...

so aku nk jawab la ni...ermssss ..thanks coz sudi tag aku..even aku mls pon aku tetap nk jawab gak..kuikuikui

1. What is the relationship of you and her/him?
ermsss...ntahla yg pasti nk nikah..huhu

2. Your 5 impressions towards her/him.
i) cool
ii) understanding
iii) dlm cool ada tegasnya
iv) senyumnya..dup dup
v) i love him

3. The most memorable things she/he had done for you.
ermmss bila dia 1st time dia nk ngorat..nk dgr tak?..huhu..kenal dia feb 2008 time kat kursus ft17 kat ipoh..last day dia tny nama,tempat and last dia ajak kawin..mmg pk dia gila tp ntah la mcmner ati terbuka..huhuhu...tpi bukan time tu gak kata nak..2 minggu kenal so i decide suh dia meminag if dia ikhlas..so tadaaaaa 17 Mei 08..bertunang and end dis year kawin..Alhamdullilah..i found my MR right..

4. The most memorable things she/he have said to you?
" Jom Kawin"..hihihi

5. If she/he become your lover, you will
" Married Him "

6. If she/he become your enemy, you will…
" Taknak la Kawan ngan dia dh"

7. If she become your lover, he/she has to improve
nothing coz i Love wat is him...

8. If she/he become your enemy, the reason is…
" Maybe i tak layan dia" hihihi

9. The most desirable thing to do on her/him is?
" Duk tepi Tasik and ckp akulah anugerah terindah yang pernah dia miliki"..

10. The overall impression of her/him is…
" Sempurna"

11. How do you think the people around you will feel about you?
" Tak semua org suka kita..so jgnla uat perkara2 yang menambah benci org pada kita"

12. The character of you for yourself is?
" Simple, tak kenal aku maka tak tahu..pastu aku jenis happy good lucky"

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
" Suka Makan"

14. The most ideal person that you wanna be is?
" My Husband till end"

15. For the people who care about and like you, say something about them.
" if aku tertido kejutkan..if aku terjatuh korunk tolong bgunkan...if aku slh korunk betulkan coz kawan yang baik itu ada lah cermin pada kita...so i love you all..much2"

16. Eleven people to tag:
1. Erliza
2. kak ruwaida
3. kak liya
4. Adibah
5. Harimau..ngaum
6. Arizs
7. Shoe
8.Hafiz
9.Mamat

17. Who is no. 2 having a relationship with?
kak ruwaida..kenal kat SMSIS..sama2 join koir...ingat tak lagi kak ruwaida?..huhuh..ada dua nama sama..satu ruwaida satu rawaida..kalu tak salah..ingat2 lupa gitu

18. Is no. 3 a male or a female?
Permpuan la..udah nama pon akak

19. If no. 2 and no. 4 were together, would it be a good thing
Maybe leh jadi kawan..reramaikan kekawan

20. How about no. 1 and 3?
No 1 adik aku la..No 3 kawan aku..huhuhu

21. What is no. 1 studying about?
My beloved sis...study kat IIUM..ambik ICT..ujung Tahun ni masuk GOmbak..Maybe tukar ke pendidikan..

22. Is no. 4 single?.
Single kot...tapi available tu tak tau la..no komen

23. Say something about no. 6
baik ati,kelakar...lom pernah jumpa tapi selalu Ym..ok la setakat ni..leh je masuk..huhuhu

~* Apa Dah Jadi *~


huhuhu..terkezut..terkedu seketika ketika mengadap FRIENDSTER aku..hohoho..kenapa jadi begini...dua hari yang lalu nak bukak tapi tak boleh..so aku hari saje nt tgok kot2 ada testi menjengah2 page aku...arghhhhh tidakkkkkkkk mana sahabat2 ku yang lain ni..dari 600 lebih skunk tgl 112...mana bakinya menghilang...ishh2 t kecik lak ati kawan2 aku..kata aku membuang mereka...tp fahami la aku..aku tak tahu menahu...
sape2 leh xplain tak y?


Rabu, 12 November 2008

~* Kursus ooo Kursus *~

arghhhh penatnya..baru balik dr kursus ni..penatnya..ni baru sampai ke tepeng lak...4hari di teluk batik resort yg penuh membosankan.line tenet yg di secure...bilik yg jauh dan seram...ahhhh pengurusan mmg teruk...nape aku kata gitu ye...sebabnya:

1. 1st check in aku diberi blok ORKID yg letaknya ditepi hutan..urghhhh seram..satu aras kami berdua je...lagi seram...
2. Rakan sebilik berlainan kursus...so bila nk blik bilik sorg2..1st time aku g kursus mcm tu
3. satu bilik hanya dibekalkan satu kunci..dh la rakan sebilik lain kursus..bg 1 kunci..parah2
4. makanan lgsg tak sedap..hari2 ayam 2...aku busan....
5. line tenet kena security...huhuhu..mmg kedekut
6. pemanas air kena sewa..1 hari-RM5, 2 hari- Rm8,3hari- RM10.00


arghhh aku takmo dh g situ..asal la gomen bg peserta ke situ...
ermsss ni lak aku kat tepeng..hopely servis ok..even Seri Malaysia ni dipgil Hotel Kerajaan..aku nk try gajk tgok servisnya....

penatnya..nk tido jap..pasni aku nk mandi and ready to dgr taklimat kursus kul 8.30..

k salam.... t aku cerita ttg kursus aku yerk...

Sabtu, 8 November 2008

~* I`m Shy2 Cat *~

Kali ini telah di tag dengan acara bergambar lak,...sebab aku dh buka pada kul 2.00 Pgi..so begini la keadaan aku..ngantuk dan suram....tawar dan kelat..tpi diam2 aku memuji..

" subhanallah..Cantik nya aku "..terima kasih Tuhan jadikan aku anugerah terindah menghuni alam ini...ekekekekkek...korunk jgn jeles yerk..tu la kata2 motivasi untuk aku setiap hari,..if org kata aku buruk pon..aku ttp kata diri aku cantik++++ tomei2...huhuhu...bru la ati sentiasa berbunga2 dan hari2 ceria sentiasa..

jgnla kata kuat2..t org kata persaan..just berbisik dengan diri...telinga kita yg dengar..bru otak mentafsir dan hati berbunga...huhuhu


Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
(dh uat dah)
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
( tgokla selekehnya)
3) Post that picture with NO editing.
(ahha..mmg or!,tak edit lgsg..tak caya jerawat tu bukti & saksi ..hihi)
4) Post these instruction with your picture.
(dh post dh)
5) Tag 10 people to do this
( t leh tak..memalam ni lom pk lagi sape)

~* Pagi Ini *~

huhu aku lom tido..dek kena penangan Ubat selsema yg membuat mata ku layu tpi tak mo tutup lagi..y? y?...huhhuhu....aktif semacam jerk ni..nalik kerja tdi terus ngemas dapur,...cuci sana sini...aku rajin ke?...TERrajiin jer kot..sbbnya kesan dr ubat tu membuatkan badan ku aktif semacam jerk...hihihi..tak pela..kerja dh setel..

esok seawal pagi kena bangun..ingt nk packing bju mlm ni..nmpknya tak jadi..esok la..kena rushing ke Kuala Kangsar lak..menjemput si abg tersyg..pastu jom kita ke sitiawan..jln2 cr pasal..sbb lusa aku kena ke teluk batik..hopely semuanya ok....

2 3 hari idung lak asik mengeluarkan sejenis cecair..selain mukus,hingus yg seakan2 cendol kedai mamak tepi jln tu..hihi..jhtnya aku...sejenis air yg serupa sirap gak telah mengalir laju je..dingin damai dan nyaman...ooooooohhhhhhhhhh tidak...darah lagi...inila rutin aku semenjak dr kecik..asal selsema je idung berdrh..

Doktor pon dh takleh nk kesan..redha jerk...sampai di masukkan ke wad pon aku ttp cengitu..so sape nak jawab??..biokan la..sib la aku bukan jenis yg pengsab tgok drh..kalu cengitu agak2nya...setiap kali flu..aku akn pengsan...huhu..

k la dh nak tido..nyte..jumpa next week..kalu ada link tenet sesat ke...ataw MR hotel tu nk kasi line streamyx free..aku update..kalu tak...kebulur la aku..ngadap peserta kursus..

leh tak nk ngorat lagi...bukan senang ni 3 buah negeri berkumpul..waahahahahah...


P/s: oh hidung jgn la berdarah lgi...aku perlu ke kursus...

Jumaat, 7 November 2008

~* Rosak *~

ermssss bukan nk citer rosak apa..tpi ni ha kereta my hubby lak uat hal...eiii big mistakes or small matter...ermsss.salah emi la ni..emi mana taw yang kita tak digalakkan mengisi petrol berwarna merah...selain dari merosakkan enjin ianya juga leh menyebbkan kotoran2 tak di tapis..yela jimat minyak when guna..emi mana taw..ritu mmg terpaksa guna..minyk dh nazak nak hbiis

lagi 40 km..so emi isila RM50...adoi kalu isi RM10 ke RM15 ke takpe la jugak...satu hari muka si faizal monyok..apa la emi ni..sorry ye syg..tak taw

skunk dh effect..kereta tersemput2..coil yg baru ditukar 1 buln yg lepas sudah rosak..adoiyai....bukan nya murah..yg ori je dekat RM4 ratus...yg local pon hampir RM 2 Ratus..... kalu sebiji rosak takpe..takut la dua2..

ermsss bersalahnya rasa...esok dh nk jln jauh ni..pergi kursus..ermsss..hopely la leh tuko and takder paper...

~ Scooter *~

tadaa rini sje nak tunjuk design scooter baru emi..


ni 1st2 beli..minat sgt kaler merah so booked one from FAH LOONG Motors gerik..seingat emi sekitar mei 2005..semester empat..guna loan PTPTN time praktikal..dr hbis shj so beli la scooter ni..minah scoot,...wahahhaha
setelah 3 tahun pakai warna merah tu ..so ubah la sikit masukkan combination blue,white and black..idea asal me..kaler di pilih oleh en Faizal..pandai..and suka
so ni pandangan belakang..nmpak tu seekor spider..melambang ke keganasan empunya scoot ni ..mslhnya..ganaskah aku?..ahakzzz


pandangan hadapan..tompokan nmpk seperti bunga tpi sebenarnya tapak2 kaki siberuang panda yang malas tu..ermsss berterabur sikit tapi ok la...kan..bukn org seni..


ni pandangan sisi...seorg wanita dan lelaki..means leh naik and tumpang2..so for gurls and guys..and tapak kai manusia tu untuk org la...ha jgn ingt tu lambang toilet ye..scooter ku bukan jamban mu...wahahhahah...
so apa2 pandangan leh la bagi..perlu diubah ataw di tambah..any idea accepted..hihihihi







~* Servey *~

Level 1 : Not difficult.
- What are you wearing now?
= Baju Kurung tanah hitam and bunga pink

- What's beside you?
= Almari kaca..

- What are you doing now?
= Menulis, smabil scan virus laptop Pk Kanan.Pn Rohani yin

- Where are your siblings?
= Eldest kat Cimb Bank Gerik work..Sister (1) Ngah Exam Last Paper..hope She Can do d best..Sista (2)..Ngah Teaching Kat Melaka..Bro (2) Ngah kerja at Belati Wangsa..Sista (3) Ngah Tido maybe coz dia msih lam pantang 1st baby..Bro (3) ngah kerja at Gombak..Sista(4) ngah chat ym maybe...hbiskan cuti semester..Bro (4) ngah Sekolah..

Level 2 : Kinda difficult

- What do you wish you had now?
= a big house, a car, and outstanding Career

- Have you told someone you loved them?
= yup

- Last time you shouted.
= ngan my hubby..nanya dh siap ke send kad kawen

- What are you wondering/thinking about now?
= Nak kerja yg lebih stabil ngan kelulusan...

- Have you ever thought you were gay/Lesbo?
= Nope...sesekali tak

- Have you ever wanted to tell someone how you really love him/her?
= yup..till end

- Have you regretted loving someone?
= never...sbb i love him 4eve


- Would you kiss your ex-crush?
= nope..

- Have you loved someone, but he/she doesn't know?
=maybe dulu2 cengitu la..skunk tak lagi

Level 4 : Get ready to spill your secrets.

- Have someone asked you to be her/his gf/bf but you rejected him/her and felt guilty?
= sometimes la

- When you hear a love/slow song, who comes into your mind?
= everyone i love..

- Have you broke someone's heart?
= yes i did...

- Have you regret letting someone go?
= no...semua tu ada hikmahNya...

- Would you kiss someone 3 years from now?
= perhaps..perhaps..perhaps...haha...yup mu hubby and mybe my babies..wah byk tu

- Do you think someone loves you?
( opposite gender )
= yup.....

- Where is the best place to flirt?
= jauh2 dr pandangan si dia..wah ada niat tu..dosa erk

- Would you date someone who is not hot/cute but he/she really loves you?
= ya..sbb kita pon masih byk kekurangan..jgn jadikan itu alasan untuk kita memilih..Tuhan tu MAHA adil..so dont judge book by it`s cover....ehehehhe

- Would u like past this question to someone
= yup..heheheh..i think i know who..wahahahah

- @ Liya, Ruwaida,eli,shoe,

~* Busy *~

adoi minggu ni aku tol2 bz coz minggu depan aku dah takdder seminggu kat sekolah..pening2 ngan kad kawen yang baru di cetak,baru di potong and di gam..aku rungsing la..if ada seminggu lgi maybe aku sempat..coz semua cikgu akan cuti minggu depn so aku takleh la nk bg dah kad..t kata aku tak jemput lak...adoi..pening2..minggu penuh ke"busy"an...wahhhh help me!!!!!...ink priter lak hbis..cam 2 petaka menimpa..ni la kalu kije last minute..aku lupa lak yg minggu depan aku dh berkursus dan minggu depan gak minggu last sekolah..uearghhhhhhh

bersepahnya bilik aku..nk kena clearkan semua virus cikgu2 ni..before dorg serahkan pada sekolah
Tu atas adalah kertas aku kena g kursus..uwaaaaaa penat nya..
ngah print kad kawen....eheheheh

dah siap potong....
Dah siap packing..so leh dh bgi...