Selasa, 9 Disember 2008

~* Tok Wan *~

lupa lak nak cerita pasal hari raya aidiladha semalam..
" Kenapa tak bawa balik tulang2..leh uat sup" rungut paksu ku.."nape tak cakap nak?" ujar tok wan ku pulak..begitu la lebih kurang perbualan dua beranak dan disusulli pertanyaan kaum keluarga yang lain..

" Apa itu makna Qurban sebenar? tanya tok wan aku lagi..bukannya nak bawak balik daging semata..hari ni 4 ekor lembu tumbang di kampung ku..1 bahagian milik tok wan aku..jadi salah satu ekor tok wan aku yang sembelih..di panggil pemilik2 bahagian yang lain.."ok aku nak mula kan..kamu semua kena tengok..bila darah mengalir niat..taw tak niat? soal tok wan aku lagi kepada pemilik2 bahagian dalam lembu tadi..." tak taw" ujar salah seorang..so diajarinlah mereka akan niatnya..setelah selesai ditanya lagi" aku nak sembelih ni,kamu semua izinkan tak?" tanya lagi tok wan aku.. yup izinkan ramai2 mengangguk.."sedekah tak kat aku"tanya lagi

"ya kami sedekah." kata yang lain " Baikla aku pun sedekah bahagian ku kepada mu... itula antara dialog nya..aku pon kurang arif..ish naifnya aku..cuma aku taw kena sedekah balik je sbb nanti kita takleh makan..

cerita atok aku lagi..3 lagi main sembelih je..salah katanya...mana pergi erti qurbannya..dinamakan qurban ker?tiada proses akad berlangsung malah si pemilik bahagian langsung tak menyaksikan..ramai lak yang tunggu nak daging..bukan nak hayati erti pergorbannan tersebut..yang ambik terus ambik.."HARAM" tok wan aku cakap..kita kena bahagi kepada pemilik bahagian dulu..selebihnya baru disedekahkan..kalau si pemilik tak izinkan haram kita makan

lantas aku bergurau.."Nampaknya orang yang ada kongsi bahagian ngan tok wan la yang masuk syurga t"gelak kami...hhiii.sambung adik ku pula " Yang lain lembunya tercari2 jalan..samapi persimpangan gelap" gelak lagi...

Bukan riak tok wan ku pandai agama..dia seorang alim,dukun/bomoh la di kampung..penduduk segan ngan beliau..tapi kalu kita tak diberi penerangan tentu sekarang aku masih belum tahu..

lepas ni aku sedarla yang erti pengorbanan itu penting..bukan tamak untuk miliki daging sahaja..k la moga ini memberi pengajaran..aminnnn

Tiada ulasan: