Selasa, 18 November 2008

~* WANITA*~

Syahdunya lagu ni..and terasa betapa istimewanya menjadi Wanita,...syukur dengan kurniaan ALLAh..kalu tak masakan banyak kita disogokkan ngan cerita keistimewaan wanita..bukan shj puisi,sjak,syair,lagu..perumpaan jugak digunakan untuk menujukkan keistimewaan itu..
tpi tak semua ..ada jugak yg sebaliknya ttp itu semua seagai pengajaran...baik lelaki ataw perempuan kita ada keistimewaan masing2..so dimana crila keistimewaan itu..

so selamat memaca..

Wanita- de hearthy

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Tiada ulasan: