Jumaat, 28 November 2008

~* Perak Darul Ridzuan *~

Pernah tak dengar lagu2 lama tentang negeri perak..dah lama emi cari akhirnya emi jumpa gak kat satu blog ni..thanks anna_Ummi..
kerana anda telah mengembalikan nostalgia itu..sesungguhnya saya berbangga jadi anak perak..


Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan
Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri
Bukit LarutWaktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan
Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria
tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang
Lihat padi menguning
Menambah seri
Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku
Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan
Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
tersergamEmpangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan
Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa
SITC maktab tertuaGedung
ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman
Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku.

Mari la sama2 kita menghayatinya.

Tiada ulasan: